Jangan terkejut dengan tajuk ini yer! Betul, saya belum kahwin, dan topik ini sering dikaitkan dengan orang yang sudah berkahwin sahaja. Tapi dari sudut ilmu, tidak salah buat kita yang sudah matang, baik yang belum, bakal dan sudah kahwin, untuk tahu dan mempelajari ilmu-ilmu rumahtangga ini. Orang dulu-dulu ada satu kitab khas yang membincangkan hal-hal suami isteri ini (dipanggil Kitab Kuning kalau tak salah). Di sini, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda, berkenaan petua memilih jantina anak.

Informasi ini pun saya dapat daripada pelbagai sumber, banyak ‘riwayat’nya, jadi untuk trace pemilik asal petua ini pun agak susah. Tetapi atas dasar perkongsian ilmu bersama, saya tetap kongsikan kepada anda, dan petua ini juga boleh dibaca di blog, laman web dan forum-forum rumahtangga yang ada di Internet. Kepada yang telah berumahtangga, bolehlah diamalkan. Kepada yang belum, teori sahaja yer, praktikal belum lagi!

Jika ada fakta-fakta yang kurang tepat, saya mohon maaf dan sila maklumkan pada saya untuk dibuat pembetulan demi manfaat pembaca-pembaca yang lain.

Petua Mendapatkan Bayi Perempuan

Pertama: Berdoa sebelum bersama dengan niat usaha untuk mendapatkan bayi perempuan.

Kedua: Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari ke-11 hingga hari  ke-19 dari kiraan hari pertama datangnya haid). Mengapa perlu dalam waktu subur isteri sahaja? Sebabnya suami aktif 24 jam, jadi spermanya sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ini sahaja, hormon isteri lain macam sikit. Itulah sebabnya agak mencabar untuk mendapat bayi perempuan. Tetapi jika diperhatikan, majoriti pasangan yang baru berkahwin, potensi mendapat anak perempuan adalah tinggi.

Ketiga: Suami melepaskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kebarangkalian hanya sedikit sahaja sperma di dalam rahim isteri supaya gen XY dapat diseimbangkan dan gen XX menjadi majoriti. Suami membawa gen XY, manakala isteri membawa gen X. Penentu jantina bayi adalah daripada sperma suami (rujuk Biologi Tingkatan 4 & 5).

Keempat: Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu).

Kelima: Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.

Amalan Pemakanan

Pertama: Banyakkan makan sayur, sup dan makanan berunsur beralkali (pahit).
Kedua: Banyakkan makan buah-buahan.
Ketiga: Kurangkan amalan meminum minuman berkarbonat/gas.

Amalan Fizikal

Pertama: Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam. Surah Yusuf untuk menguatkan badan dan bayi, dan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi.
Kedua: Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan.
Ketiga: Berdoa selepas solat.

Perubahan Fizikal

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi perempuan, dikatakan perutnya akan meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Petua Mendapatkan Bayi Lelaki

Pertama: Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha untuk mendapatkan bayi lelaki.

Kedua: Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari ke-21 hingga hari ke-28, bermaksud hari sebelum datang haid dari kiraan hari pertama selepas waktu subur). Ini kerana sperma suami daripada jenis gen XY perlu lebih sedikit pada waktu ini.

Ketiga: Suami melepaskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kebarangkalian sperma yang membawa gen XY lebih banyak berbanding XX. Suami membawa XY, isteri membawa gen XX, gen Y diperlukan untuk menjadi anak lelaki.

Keempat: Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu).

Kelima: Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.

Amalan Pemakanan

Pertama: Banyakkan makan laut (seafood) serta daging.
Kedua: Banyakkan makan makanan yang berasid (masam).
Ketiga: Amalkan meminum minuman yang kurang manis.

Amalan Fizikal

Pertama: Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam. Surah Yusuf untuk menguatkan badan dan bayi, dan surah Maryam untuk pembentukan minda bayi.
Kedua: Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan.
Ketiga: Berdoa selepas solat.

Perubahan Fizikal

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi lelaki, dikatakan perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.

About these ads