Sudahkah anda bersedia?

Jika dihitung-hitung, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak, di mana seluruh umat Islam yang cukup syarat dan tiada halangan syarie diwajibkan berpuasa. Secara peribadi, sudahkah anda bersedia untuk menunaikan ibadat puasa? Insya Allah, saya pasti kita semua sudah bersedia dan amat-amat mengalu-alukan kedatangan bulan yang penuh berkat ini.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) saban tahun akan menyiarkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk sebulan yang dipaparkan di laman web rasminya. Sukacita dimaklumkan bahawa sebentar tadi saya telah ke laman web JAKIM dan pihak JAKIM telah pun menyediakan satu laman khas untuk para pelawat memuat turun jadual tersebut dalam format PDF mengikut kawasan/zon masing-masing. Untuk senarai yang lengkap, anda boleh klik di sini untuk ke laman web JAKIM, atau untuk memudahkan para pembaca, saya senaraikan setiap negeri-negeri dan zon masing-masing untuk anda muat turun terus di sini.

Pada senarai di bawah, lihat pada senarai negeri dan klik pada zon yang bersesuaian dengan anda. Pautan (link) yang tersenarai merupakan fail PDF dan anda boleh klik kanan pada pautan yang berkenaan dan pilih ‘Save Link As’ atau seumpamanya untuk menyimpan fail tersebut di dalam komputer anda. Atau klik terus pada pautan tersebut untuk membuka dan melihatnya kemudian cetak/simpan jika mahu.

P/S: Saya telah mengaktifkan sistem undi untuk soalan ini: Pada Jam Berapa Anda Bangun Untuk Bersahur? pada sidebar. Sila berikan undian anda dan jika jumlah yang mengundi adalah memuaskan, saya akan ulas di dalam post yang akan datang. Mari mengundi, ajak rakan-rakan anda untuk turut sama! Terima kasih.

Melaka

SELURUH NEGERI MELAKA.

Johor

ZON 1: PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL.

ZON 2: DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN.

ZON 3: DAERAH PONTIAN DAN KLUANG.

ZON 4: BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR.

Perak

ZON 1: TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM.

ZON 2: IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR.

ZON 3: PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG.

ZON 4: TEMENGOR DAN BELUM.

ZON 5: TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR.

ZON 6: SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR.

ZON 7: BUKIT LARUT.

Sarawak

ZON 1: LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS.

ZON 2: NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI.

ZON 3: TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU.

ZON 4: IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG.

ZON 5: MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG.

ZON 6: KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK.

ZON 7: SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM.

ZON 8: KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN.

Sabah

ZON 1: BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.

ZON 2: BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH.

ZON 3: BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA.

ZON 4: BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN.

ZON 5: (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT.

ZON 6: GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M).

ZON 7: (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR.

ZON 8: BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU.

ZON 9: BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG.

Terengganu

ZON 1: KUALA TERENGGANU DAN MARANG.

ZON 2: BESUT DAN SETIU.

ZON 3: HULU TERENGGANU.

ZON 4: KEMAMAN DAN DUNGUN.

Kelantan

ZON 1: JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG).

ZON 2: JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM.

Selangor

ZON 1: DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG.

ZON 2: DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM.

Pahang

ZON 1: PULAU TIOMAN.

ZON 2: KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH.

ZON 3: TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA.

ZON 4: RAUB, BENTONG DAN LIPIS.

ZON 5: GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI.

ZON 6: CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND.

Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR.

PUTRAJAYA.

LABUAN.

Perlis

SELURUH NEGERI PERLIS.

Negeri Sembilan

ZON 1: JEMPOL DAN TAMPIN.

ZON 2: SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU.

Kedah

ZON 1: DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA.

ZON 2: DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN.

ZON 3: DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING.

ZON 4: DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU.

ZON 5: DAERAH LANGKAWI.

ZON 6: PUNCAK GUNUNG JERAI.

Pulau Pinang

SELURUH NEGERI PULAU PINANG.

Jika terdapat sebarang masalah pada mana-mana pautan di atas, sila maklumkan kepada saya melalui ruangan komen atau menggunakan borang feedback. Anda juga boleh pergi terus ke laman web JAKIM untuk mendapatkan artikel-artikel terkini berkaitan bulan Ramadhan.