NOTA: Post ini adalah sambungan/lanjutan daripada post asal, yang boleh dibaca di sini.

Dalam post yang pertama, saya telah menghuraikan kepada anda cara untuk menjalankan (run) aplikasi (apps) Android di komputer (PC) anda, iaitu dengan menggunakan emulator yang bernama BlueStacks, sebagaimana screenshot di bawah;

BlueStacks App Player, yang ‘standard’

Setelah beberapa kali anda menggunakan BlueStacks ini dan mencuba segala fungsi-fungsinya, anda mungkin akan mula merasakan terdapat beberapa ‘kekangan’ (cons), antaranya;

PERTAMA: Tiada cara mudah untuk mengakses Google PlayStore. Skrin utama BlueStacks hanya memaparkan apps yang dipasang dan cara untuk mencari apps yang dikehendaki adalah dengan menggunakan fungsi ‘Search’.

KEDUA: Aplikasi yang memerlukan senarai kenalan ‘contacts’ tidak dapat berfungsi, kerana ‘Contacts’ itu sendiri ‘tidak ada’.

KETIGA: Ketidakselesaan kerana antaramuka (interface) BlueStacks yang standard tidak begitu mesra pengguna.

Dilema-dilema di atas boleh diatasi, dengan menggunakan cara berikut;

Memasang ‘Custom Launcher’

Cari ‘Go Launcher’, dan klik untuk muat turun dan pasang.

Apa itu ‘Launcher’? Secara asasnya Launcher merupakan antaramuka (interface) yang ‘duduk’ di atas sistem Android yang asal, dan Launcher ini fungsinya adalah untuk ‘mengubahsuai’ interface Android itu agar lebih cantik, kemas atau efisien berbanding interface asal yang dibangunkan Google atau OEM-OEM seperti Samsung (TouchWiz) dan HTC (Sense).

Jika anda pernah menggunakan Linux OS di komputer, anda tahu yang Linux boleh digunakan dalam pelbagai interface, antaranya KDE, Gnome, XDesktop, dan lain-lain. Co-incidentally, Android merupakan OS yang berasaskan Linux, walaupun bukan 100%.

Tetapi bukan perkara teknikal yang saya ingin huraikan, kerana saya tahu anda bosan, dan tujuan kita adalah mahu get rid those craps yang disenaraikan di atas.

Penyelesaian kepada tiga (3) dilema  yang disebut sebelum ini, adalah dengan memuat turun Go Launcher EX, iaitu sejenis ‘custom launcher’. Pernah dengar? Ah ha, saya pasti ramai yang menggunakan custom launcher  ini di telefon bimbit anda. OK, sila download terlebih dahulu. Caranya, di BlueStacks, klik ikon Search, dan taip ‘Go Launcher’. Apabila carian telah selesai, klik install. Tunggu sehingga sesi muat turun dan pemasangan selesai.

Selesai pemasangan, anda akan dapat melihat apps Go Launcher di senarai apps BlueStacks. Langkah seterusnya, anda sudah tahu. Apa lagi, klik lah Go Launcher EX tersebut!

Klik bro! Apa tunggu lagi?

Apabila anda klik sahaja ‘Go Launcher EX’ tersebut, maka secara rasminya interface Go Launcher akan ‘mengambil alih’ interface standard BlueStacks, dan inilah hasilnya;

Go Launcher EX secara rasminya telah bermaharajalela di BlueStacks!

Jika selepas anda klik pada Go Launcher dan entah macam mana skrin anda menjadi terpusing dan terbalik, jangan panik. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah restart kembali BlueStacks, dan keadaan akan kembali menjadi normal.

Dan jika pop-up seperti di bawah muncul, langkah pertama, tandakan (tick) pada ‘Use By Default For This Action’ dan kemudian klik pada Go Launcher EX.

Tandakan ‘Use by default for this action’, kemudian klik Go Launcher EX.

Go Launcher EX- Bagaimana Ia Menyelesaikan Dilema 3 Segi?

NOTA: Jika anda pernah dan sedang menggunakan Go Launcher di telefon bimbit anda, maka huraian ini mungkin akan buat anda mengantuk (sebab anda sudah tahu), tetapi kesian kan lah rakan anda yang baru kenal apa itu Go Launcher, plus mana la tahu ada maklumat lain yang anda tidak tahu? ;-)

Go Launcher merupakan satu ‘manifestasi’ tentang bagaimana interface Android itu boleh di user friendly kan. Kelebihan Go Launcher adalah ia memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih tema (theme), mengubahsuai kertas dinding (wallpaper), saiz dan jenis font, saiz dan rekabentuk icon, custom widgets, dan lain-lain. Pendek kata, pengguna boleh ‘mempersonalifikasikan’ telefon bimbit/tablet mereka.

Dalam kes BlueStacks ini, Go Launcher memberikan anda satu interface yang boleh dikatakan ‘sebijik’ dengan telefon bimbit anda, maka anda tidak akan merasa ‘sesat dalam rindu’ apabila menggunakan BlueStacks. Saya bagi perbandingan, mana yang lebih cantik, di antara BlueStacks standard dan BlueStacks yang telah di’overlay’ dengan Go Launcher?

Ini adalah BlueStacks yang ‘standard’ atau ‘stock’.

BlueStacks setelah ‘dijahanamkan’ oleh Go Launcher.

Mana yang lebih cantik dan dilihat mudah untuk digunakan? ;-) Anda juga boleh memuat turun pelbagai tema Go Launcher untuk lebih kesan dramatik, font-font funky, etc. etc. dan memberi anda bragging rights di kalangan rakan-rakan. Saya biarkan diri anda sendiri membuat eksplorasi fungsi-fungsi dan kelebihan Go Launcher.

OK, dilema pertama – BlueStacks tidak user friendly dan ‘buruk’ – telah berjaya diselesaikan.

Dilema yang kedua pula, bagaimana untuk mengakses Google PlayStore secara terus kerana BlueStacks yang standard tidak memaparkan apps Google PlayStore?

Lihat screenshot Go Launcher di atas, anda ada nampak tak Google PlayStore dalam senarai apps? Ada? Jika anda tidak nampak, itu tandanya pendek umur. Hahaha. Gurau beb! Ada kan? Klik lah!

Google PlayStore. Muat turun lah sesuka hatimu!

OK, dilema yang kedua, settle! Sekarang kita ke dilema yang ketiga, iaitu “Aplikasi yang memerlukan senarai kenalan ‘contacts’ tidak dapat berfungsi, kerana ‘Contacts’ itu sendiri ‘tidak ada’.”

Lihat sekali lagi, screenshot Go Launcher App Drawer di atas-atas (skrol atas sikit bro). Nampak tak apps ‘Contacts’? Ada? Kalau tidak nampak, ini bermaksud . . . . . . (OK, no joke again Audi!). Klik sahaja ‘Contacts’ dan selesai. TAPI . . . . . . .

Apa hal? KOSONG??? Kena buat manual ke, add satu-satu-satu . . . . . . .

Jangan panik brothers and sisters, saudara dan saudari! Saya akan huraikan cara nak add contacts anda ke dalam ‘phonebook’ BlueStacks ini, tetapi pada post yang akan datang yer! Buat satu-satu, jangan gelojoh. Malam ini kan malam Jumaat (ketika post ini ditulis – ada kena mengena ke?)

Selamat mencuba!

Addendum – Fakta Yang Orang Ramai Tidak Tahu . . . . . . .

Apa yang dimaksudkan dengan emulator? Menurut kamus, emulator bermaksud A piece of software that simulates other software and/or hardware.

Jika BlueStacks adalah sebuat emulator, maka ia semestinya akan ‘menyamar’ menjadi sejenis Android device bukan? Persoalannya, apakah peranti yang ‘diwakilinya’? Untuk mengetahuinya, selepas mengaktifkan Go Launcher, saya terus mengakses ‘Settings’ yang tersenarai dalam senarai apps (bukan butang Settings di penjuru kanan bawah BlueStacks), dan ke bahagian ‘About Device’. Ini hasilnya;

About Device. Jeng! Bukan Lagi Rahsia!

Maklumat yang kita boleh dapatkan daripada ‘About Device’ adalah,

PERTAMA: Versi Android yang di-emulating adalah 2.3.4 atau nama timangannya, Android GingerBread.

KEDUA: Model peranti yang di-emulating adalah bernombor kod GT-I1900. Apa kejadahnya device ini? Eh, macam pernah dengar, kalau kod GT GT ni, bukan ke . . . . . . . OK, GT-I9100 sebenarnya adalah . . . . . . .

Samsung Galaxy S2

Persoalan terjawab. To be continued . . . . . . .

About these ads