Selamat Hari Raya


Picture3_1
Salam Aidilfitri kepada sahabat-sahabatku sekalian. Ampun dan maaf saya pinta atas segala kesilapan dan kesalahan saya yang lalu. Kepada yang telah menghantar SMS ucapan Hari Raya, terima kasih dan maaf jika ada di kalangan kalian yang tidak mendapat balasan atau lambat menerima balasan. Bukan disengajakan. Terima kasih atas SMS Raya kreatif anda semua (my favourite: Pantun Jawa, thanks Elfa Haryani!).

Kepada sahabat-sahabat yang telah menjemput saya ke rumah terbuka tetapi tidak dapat menghadirkan diri, ribuan maaf saya pinta. Saya terlepas dua jemputan rumah terbuka pada 27 Oktober (saudari Farah Hazierah di Petaling Jaya dan saudari Amyra Abd Ghaffur di Ampang) kerana ketika itu saya masih berada di

Melaka. Insya-Allah, saya sedia menerima dan hadir di majlis rumah terbuka anda semua selepas 29 Oktober 2006. Jika tidak menjadi beban, sila maklumkan kepada saya seminggu sebelum majlis untuk memudahkan saya merancang jadual saya. Saya sedia menerima jemputan rumah terbuka dari seluruh negeri di Malaysia.

Berkenaan rumah terbuka saya, Insya-Allah akan diadakan selepas peperiksaan akhir semester tahun ini. Pada mulanya saya ingin mengadakannya pada minggu kedua Hari Raya tetapi memandangkan peperiksaan sedang berlangsung, rumah terbuka saya terpaksa ditangguhkan. Tarikh sebenar dan jemputan rasmi akan saya maklumkan melalui panggilan/sms dan juga melalui blog ini kepada anda semua.

Oh, duit raya? Dijamin ada. Hehe… Tetapi jika anda mahu tahu jumlah kutipan duit raya saya tahun ini… Err… Tak banyak, kurang dari RM50. Dah besar kan?

SELAMAT HARI RAYA!

This entry was posted in Bahasa Melayu, Official Statement and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s