Selamat Datang 2007


Sahabat-sahabatku,

Kita sudah menghampiri penghujung tahun 2006…

Sememangnya, suka duka dan pahit manis yang dilalui sepanjang tahun 2006 sedikit sebanyak telah memberikan pengalaman dan mematangkan diri kita. Diharapkan segala tugasan dan tanggungjawab kita telah pun diselesaikan dengan jayanya. Jika kita menghadapi kesulitan dan keperitan, bersabarlah hendaknya.

Secara jujur, saya agak terkilan kerana saya mengakhiri tahun 2006 ini dengan beberapa masalah yang agak rumit. Masalah-masalah ini telah memberikan impak yang amat besar kepada prestasi dan reputasi akademik saya. Walau bagaimanapun, saya menganggap ini adalah satu cubaan dan ‘peperiksaan’ hidup yang dijadikan Allah s.w.t untuk memantapkan perjalanan hidup ini.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kebanyakan perancangan saya sepanjang tahun 2006 telah berjaya dilaksanakan. Visi utama saya di tahun 2006, mendapat GPA 3.5 ke atas pada semester 1 di UIA telah berjaya saya sempurnakan. Kejayaan ini adalah berkat usaha saya dan juga rakan-rakan seperjuangan yang turut bersama-sama saya meredah perpustakaan dan ‘resource centre’ semata-mata untuk mencari ilmu…

Kepada sahabat-sahabatku dan guru-guruku sekalian, terima kasih atas tunjuk ajar dan bantuan anda semua. Anda adalah ibarat ‘tangan kanan’ saya, saling memerlukan. Maaf dipinta atas segala cacat-cela, silap dan salah, zahir dan batin dan diharap tidak berkecil hati. Saya ada melakukan kesilapan sepanjang hidup saya, dan seboleh-bolehnya saya tidak mahu kesilapan dan masalah saya mendatangkan musibah dan kesusahan kepada anda semua. Insya-Allah, saya  sentiasa mendoakan kesejahteraan, kejayaan dan keselamatan anda semua.

"Ya Allah, selamatkanlah diriku, rakan-rakanku, guru-guruku, mereka-mereka yang telah membantuku, serta umat muslimin dan muslimat seluruhnya daripada sebarang bala bencana dan kesusahan. Kurniakanlah kepada kami kejayaan, kebahagiaan serta rahmat dan hidayahmu. Eratkanlah dan peliharalah perhubungan kami semua hingga ke akhir hayat kami. Amin."

Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Tahun Baru. Semoga 2007 memberi kejayaan besar kepada kita semua. Insya-Allah!

Ikhlas dari sahabatmu,
AUDI FALIQ BIN IBRAHIM
Petaling Jaya.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Official Statement and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s