Convest 2008, Hijab Sang Pencinta & One Utama


Al-Fatihah

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Bro. Azizuddin Husairi Hussain, salah seorang ahli PRS UIAM 12th Batch atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham ayahandanya dicucuri rahmat dan anda sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

Pendahuluan

Pertamanya, selamat menjalani ibadah puasa!

Sudah terlalu lama rasanya saya tidak mengemaskini blog ini. Post yang terakhir ialah pada bulan Julai yang lepas, dan kini telah pun memasuki bulan September. Ini bermakna hampir sebulan lebih saya menghilangkan diri tanpa apa-apa perkembangan.

Sepanjang ketiadaan saya, banyak perkara yang positif dan negatif telah berlaku, yang saya akui amat mencabar komitmen diri dan juga kesabaran diri saya. Walau bagaimanapun, saya juga amat bersyukur kerana beberapa inisiatif yang dirancang saya dan rakan-rakan yang lain seperti projek perniagaan PRS UIAM (Tok Penghulu Convest Business Project 2008), CSD Support Group Team Building, Inter-Mahallah Debate 2008, dan program memperkasa PRS UIAM telah membuahkan hasil yang amat positif. Tahniah kepada Business Unit Peer Counselors, rakan-rakan, dan juga individu-individu yang telah memberikan sokongan sepenuhnya, termasuk membeli kek lapis Sarawak dan kek Batik (haha, Cik Nonie and rakan-rakan…) yang dijual oleh kami! Terima kasih sekali lagi.

Kek Lapis & Convest 2008 – Laporan Ringkas

Qimie, Yana's Sandwiches & I

Oh, untuk yang bertanya, business kami pada Convest 2008 yang lepas telah mencatatkan pulangan yang amat memberangsangkan (dengan erti kata lain, Net Present Value -NPV – yang positif) dan keseluruhannya melebihi apa yang telah diforecast oleh kami dan business unit PRS UIAM. Kek lapis Sarawak, produk utama kami, mencatat jualan purata sebanyak 15 unit sehari (kami di sana selama 7 hari, kira sendiri, hehe…) dan pendapatan bersih hampir mencecah RM 2200.00 termasuk cukai kerajaan. Betul, tak tipu! (semua angka-angka & figures telah diaudit oleh juruaudit dalaman kami, Brother Nurhafiz Morjidi, pelajar jabatan perakaunan UIAM). Return on Investment (ROI) juga mencatatkan angka yang amat menceriakan, malah semua yang terlibat dalam projek ini amat teruja dengan pulangan yang diterima memandangkan ini kali pertama kami terjun ke dunia retailing kek lapis. Selain kek lapis, produk-produk lain turut mencatatkan jualan yang membanggakan.

Che Fatihah & Kek Lapis. Girls love the cuteness of the cake. They said...

Che Fatihah & Kek Lapis. Girls love the cuteness of the cake. They said...

Kejayaan ini dibantu oleh perancangan rapi dan teliti yang telah dibuat oleh business unit dan research unit, di mana demand dan sales forecasting telah pun dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif beberapa bulan sebelum hari kejadian. Malah, kami telah mengkaji gelagat pengguna (consumer behavior) di mana saya sendiri telah mencadangkan precise segmentation untuk kek lapis, dan berdasarkan kajian dan data perisikan, pelajar perempuan amat meminati kek lapis dan kek batik, di mana secara puratanya setiap pelajar perempuan memiliki probability sebanyak hampir 0.6 untuk mereka berpotensi membeli satu unit kek lapis dan untuk kek batik, probability sebanyak hampir 0.8 per unit (nombor ini berdasarkan kajian dan analisis saya sendiri). Memandangkan kebarangkalian tersebut agak tinggi dan promising, saya juga telah mencadangkan, dengan persetujuan rakan-rakan PRS yang lain, untuk memperkenalkan branding ‘Tok Penghulu’ kerana jenama ini memiliki keunikan dan daya tarikan yang tersendiri. Malah, konsep ‘catchy branding’ telah saya gunakan untuk semua product line kami (Una’s Pop Corn, Mila’s Kek Lapis, Ida’s Kerepek, Yana’s Sandwiches) dan Alhamdulillah, strategi ini amat berjaya. Kos pengiklanan dikurangkan dengan hanya menampal poster di lokasi trafik tinggi seperti Kuliyyah Ekonomi dan Kuliyyah Undang-Undang, serta memperhebatkan iklan di mahallah-mahallah perempuan.

Insya Allah, tahun depan Tok Penghulu akan ada lagi, tetapi mungkin strategi kami akan berubah memandangkan kami mungkin akan menerima beberapa new entries daripada competitors yang baru.

One Utama

Bulan puasa tiba lagi. Hari pertama Ramadhan jatuh pada 1 September 2008, iaitu Isnin (orang Melaka dan Johor cuti sampai hari Selasa), dan pada hari tersebut saya dan keluarga merancang untuk membuat persiapan Hari Raya dengan membeli barangan yang sepatutnya dibeli. Kami sekeluarga kurang gemar melakukan kerja last minute, dan saya (termasuk adik-adik) akan dimarahi oleh mak dan ayah jika mereka mendapati kami membuat sesuatu kerja atau tugasan di saat-saat akhir. Kami ke One Utama, Bandar Utama, sebagai destinasi shopping kami.

Kami tiba di One Utama Shopping Complex sekitar jam 9:30am. Ya, saya tahu di saat itu One Utama pun belum buka lagi (lif dan eskalator masih berkunci semasa kami tiba di sana), tetapi sepertimana yang telah saya nyatakan, keluarga saya amat pantang jika kami buat kerja last minute. Pesan mak saya – biar kita tunggu orang, jangan biarkan orang tunggu kita – (hmm, mungkin ini jawapannya buat rakan-rakan saya yang sering bertanya mengapa saya tiba di kelas dan meeting terlalu awal…)

Di One Utama, seperti biasa barangan yang dibeli adalah persalinan Hari Raya. Ini yang paling penting memandangkan terdapat offer diskaun sehingga 70% untuk pakaian-pakaian yang dijual. Mengambil kesempatan atas tawaran ini, adik bongsu saya, Fatin Batrisya (7 tahun, darjah 1), menjadi individu yang paling gembira memandangkan dia diberi peluang memilih bajunya sendiri. Apa lagi, macam-macam lah yang dia berkenan (huh, perempuan, what can I say?).

Seorang lagi adik perempuan saya, Fatin Afiqah (16 tahun, tingkatan 4), walaupun turut turun padang memilih baju, dia mempunyai agenda lain di One Utama. Bukan VCD/DVD drama Korea atau Top Up Maxis RM 10, tetapi…

Novel Lagi!

Hijab Sang Pencinta

Selesai membeli baju-baju raya, adik saya terus mencadangkan agar kami singgah di MPH Bookstore. Mendengar cadangan tersebut, cheh, saya telah mengetahui apa yang dia mahu. Novel! Lebih tepat lagi, novel jiwang (ah ha, seperti yang saya telah ceritakan sebelum ini, adik saya ini peminat setia novel jiwang).

Kami pun singgah di MPH Bookstore yang terletak di New Wing.

Dia terus berlari ke seksyen novel melayu. Saya, kurang berminat dengan novel sebegitu, terus bergerak ke seksyen majalah untuk mencari majalah kegemaran saya – Mobile World – dan keluaran kali ini ada review untuk smartphone HTC Touch Diamond dan Nokia N82 (lupa plak, saya ini peminat handphone dan teknologi di sebaliknya). Selesai memilih majalah, saya terus pergi ke seksyen novel melayu untuk melihat apa yang adik saya ‘target’ untuk dibeli.

Seperti biasa, sampai di sana, dia tersengih sambil menunjuk satu novel – Hijab Sang Pencinta. Dan seperti biasa juga, dia meminta saya membelanjanya membayar novel itu. Novel itu, saya tahu, merupakan karya Ramli Awang Murshid dan sebenarnya adalah sambungan untuk dua novel sebelumnya, Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Dua novel ini saya beli sendiri kerana tertarik dengan konsep ceritanya dan elemen jiwang yang tidak ‘melampau’. Saya akui, saya sendiri tertunggu-tunggu novel ketiga ini yang merupakan penamat trilogi kisah interaksi merentasi masa (?).

Tanpa banyak soal, saya membayar harga novel itu. Nampaknya Laksamana Sunan @ Saifuddin, Haryani dan Dani akan menghantui adik saya minggu ini. Sekali lagi.

Sebelum novel ini keluar (pelancaran rasmi telah berlangsung pada 22 Ogos yang lepas), adik saya telah menjangkakan yang Laksamana Sunan akan pergi ke abad 21 menemui Haryani. Saya ketawa dengan prediction itu, dan saya bergurau pada adik saya, jika benar Laksamana Sunan ke abad 21, dia perlu balik ke zamannya semula dengan cara ditembak, atau lebih ekstrem, tikam dengan pisau dapur, bukan keris Naggroe.

Nampaknya ramalan saya dan adik saya benar, Laksamana Sunan ke abad 21 dan dipulangkan ke zamannya kembali dengan cara mati ditembak ketika majlis pernikahannya dengan Haryani. Huh.

Hehe. Saya tak akan cerita lebih-lebih, nanti tak surpriselah untuk mereka-mereka yang belum baca. Baca, dan rating saya, 95%. Perkembangan cerita mungkin tak semenarik Cinta Sang Ratu, tetapi overall novel ini berjaya mematikan watak Saifuddin dengan baik (ada sedikit elemen tergantung di akhir cerita, sama ada Saifuddin mati atau tidak). Lagi satu yang saya boleh beritahu, Dani tak berkahwin dengan Haryani di akhir cerita, dia ada pilihan hati yang lain.

Nak lagi? Opps, tidak perlu. Pergilah baca sendiri. :-)

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s