SMS Hari Raya : Sentuhan Kreativiti


SMS kini menjadi pilihan untuk menghantar ucapan, walaupun ada segelintir yang masih mempertahankan fungsi kad raya itu sendiri.

Sepertimana kelaziman tahun-tahun yang sudah, apabila menjelang Hari Raya, kita akan menghantar ucapan-ucapan tanda ingatan dan kemaafan kepada seluruh sahabat handai dan keluarga. Zaman yang bertambah maju dan teknologi yang berkembang pesat telah menyaksikan medium penyampaian ucapan Hari Raya telah bertukar daripada penggunaan kad Hari Raya yang dihantar melalui pos kepada medium yang lebih pantas dan efisien seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Sistem Pesanan Multimedia (MMS). Walau apa pun medium yang digunakan, sememangnya acara menghantar ucapan-ucapan ini telah menjadi satu kewajipan dalam diri kita semua.

Lihat kembali SMS atau MMS yang anda terima sempena Hari Raya pada tahun-tahun lepas. Apakah teknik yang paling popular dan paling kerap digunakan? Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan ucapan yang dihantar adalah berbentuk pantun empat kerat, dan sebilangan sahaja yang menggunakan teknik-teknik lain seperti kata-kata hikmah, SMS effect ataupun sekadar ayat ucapan ringkas.

Eksplorasi – SMS Hari Raya Aidilfitri

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pantun dan ucapan kreatif Hari Raya yang telah dihantar oleh sahabat-sahabat saya sepanjang Hari Raya yang lepas. Lihat bagaimana kreatifnya olahan dan susunan ayat yang digunakan, dan kepada anda yang mungkin masih lagi tidak mempunyai idea ucapan, pantun-pantun dan ucapan ini boleh membantu. Anda boleh mengambilnya 100% tanpa pengubahsuaian ataupun memanipulasinya mengikut kreativiti dan kesesuaian anda sendiri. Ya, saya tahu mungkin ada di antara anda pernah menerima pantun-pantun dan ucapan kreatif yang dipaparkan ini.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegar jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi;
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri.

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri;
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa di hati.

Malam raya pasang pelita,
Pelita dipasang sampai pagi;
SMS dihantar maaf dipinta,
Moga silaturahim kekal abadi.

Pelita dipasang penaik seri,
Ramadhan diganti si Aidilfitri;
Mesej pendek pengganti diri,
Tanda saudara sentiasa diingati.

Sebulan telah berlalunya Ramadhan,
Tersempak pula si anak bulan;
Kini tiba hari lebaran,
Eloklah kita bermaaf-maafan.

Jika anda perhatikan dengan cermat, kebanyakan pantun-pantun di atas mempunyai struktur dan susunan ayat yang hampir sama, cuma terdapat sedikit perbezaan (kerana modifikasi yang dilakukan oleh pengarang/pengirim). Perlukan pantun yang lain dari yang lain? Cuba lihat yang berikut,

Tersalah kata ku ucap sorry,
Tersalah laku jangan dimaki;
Hendak ku ucap salam Aidilfitri,
Rupa-rupanya baru Deepavali!

Anak kambing jatuh terlipat,
Anak lembu memakan oat;
Nak bagi kad raya memang tak sempat,
Pakai SMS dah kira OK kot!

Kura-kura berjalan lambat,
Anak kera melompat-lompat;
Kad raya nak hantar tak tahu alamat,
Guna SMS dah tentu selamat.

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla;
Kad raya malas nak hantar,
Hantar SMS je sudah la.

Masak lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di Aidilfitri;
Nak bagi kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja sebagai pengganti.

Dan ini merupakan pantun favourite saya, pantun Jawa. Untuk mengetahui maksudnya, silalah bertanya kepada individu berketurunan Jawa.

Ngodok kupat neng ngisor ondo,
Godonge nipah digawae atap;
Salah silapku njaluk ngapuro,
Ketemu meneh neng taun ngarep.

Jika pantun bukan menjadi pilihan utama anda (kerana telah terlalu biasa), mungkin ucapan-ucapan kreatif ini boleh dipertimbangkan,

Semoga Syawal kali ini membawa makna yang cukup bererti buatmu dalam mengharungi liku-liku hidup di kemudian hari. Salam tulus ikhlas, maaf zahir batin.

Sir lump mud hurry rare year ideal fit tree moo lee year… ma half za hair bar ten… 2 loose dairy hearty young eek class.. Sorry I baroo balik dairy LONDON.

Asal Raya je
Teringat kat kawan2
mana tau, ada bwat salah ke,
sowie ek??
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes you cannot take and
For advise you cannot accept,
1001 apologies! Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir,
dan HATI silap menduga,
MAAF atas segalanya.

Jika anda ada menerima pantun-pantun dan ucapan kreatif yang lain, yang tidak dipaparkan di sini, yang mungkin ingin dikongsikan bersama, anda boleh meninggalkannya di ruangan komen. Saya akan cuba update post ini dengan memasukkan pantun/ucapan kreatif anda. Atau sekiranya anda sendiri mempunyai idea dan pantun kreatif ciptaan sendiri yang ingin dikongsi bersama pembaca, juga amat dialu-alukan.

Sesungguhnya, ucapan-ucapan ini, walaupun mungkin ringkas dan padat, namun mempunyai impak yang besar kepada penerimanya. Sebagai satu tanda ingatan, tulus dan ikhlas, daripada pengirimnya yang mungkin terpisah oleh sempadan negeri ataupun negara, dan mungkin tidak berkesempatan bersua muka di Hari Raya. Teknologi menyatukan kita, silaturahim dikukuhkan.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Mobile Devices & Apps. and tagged , . Bookmark the permalink.

8 Responses to SMS Hari Raya : Sentuhan Kreativiti

  1. e-va says:

    bagos2..
    boleh buat kad raya..
    tiru jerk..
    sng..
    :D..
    4 star!

    Like

  2. aizat says:

    huhu!!!
    best2..
    sampai tgelak2 aq dbuatnya..
    haha…

    Like

  3. peah says:

    copy ekk….uhuk
    grasias

    Like

  4. ZOUL says:

    lebaran semakin dekat,namun perhubungan semakin jauh,jika itu yg dikata kan kebahagian…terus kan lah hidup ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan…AMPUN MAAF..ku hulur kan..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..ku ucapkan…

    Like

  5. M RamSaN @ saNsaN says:

    Raya tahun ini mengembalikan semua kebahagiaan yang jarang kita temui akhir dekat ini..semoga kebahagiaan kali ini membawa sejuta kenangan dan mimpi yang terindah buat kita semua yang bergelar insan….

    Like

  6. Mansor @ toMaNsOr says:

    Semoga sinar lebaran kali ini
    Adalah sinar Yang takkan di lupakan
    bagi diri ini hanya satu sinar yang kekal abadi
    ciuman salam dari orang yang tersayang ( Ayah & Ibu )
    salam hari raya semua……………………….

    Like

  7. M RamsaN @ saNsaN says:

    anak ayam berkokok pagi
    anak itik bangun nak bersarapan
    saja nak ucap salam aidilfitri
    semoga tahun ini
    membawa seribu kebahagiaan

    Like

  8. Aqiqah says:

    Good article. I definitely appreciate this site. Continue the
    good work!

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s