10 Fakta Berkenaan Orang Johor


Saya ada beberapa orang ahli keluarga yang berasal dari Johor dan juga majoriti kawan-kawan saya juga merupakan budak-budak Johor (yes, almost 60% of them). Berikut adalah fakta-fakta yang saya ambil daripada satu laman web, dan adalah tidak menghairankan bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis laman web itu adalah sedikit sebanyak benar. Saya amat-amat bersetuju apabila dikatakan mereka:

  • They will end most of their sentences with expression Ekkk…

Ekkk adalah trademark orang Johor. Lazimnya digunakan di hujung setiap ayat menggantikan tanda soal. Seperti perkataan ‘kot’ yang menjadi trademark masa kini. Contoh: Ni awak punya ekk?

  • Apabila disebut Johor, pada mereka Johor merujuk kepada ‘Johor Bahru’ (JB), ibu negeri. Bukan negeri itu sendiri. Ini ketara apabila kita berbual dengan mereka yang tinggal di luar JB seperti Muar dan Batu Pahat.

Jadi, jika anda berada di sana dan kalau mereka cakap “Jom pergi Johor” jangan fikirkan mereka dah tak betul atau buat lawak bodoh. Mereka sebenarnya mengajak anda ke JB.

  • Anda tahu Muar kan? Macam mana nak sebut? Cara sebutan yang betul adalah MU-OR (yes, bibir tu kena juih sikit). Daripada segi lughah (bahasa) nya, segala macam perkataan yang berakhir dengan AR atau OR perlu disebut sepertimana sebutan perkataan Muar tadi. Contoh:- Lapo (Lapar), Penampor (Penampar), dan sebagainya.
  • Baju disimpan dalam Gerobok. Tidur atas Leca (disebut LE-CE).
  • Selain Laksa Johor, Tempe atau Nasi Ambeng, pernah dengar Otak-otak? Bobotok? Gula Candy? Sagun? Gula Tarik? Tanya mereka, apa benda-benda ni (hint: semuanya adalah makanan).
  • Mereka ada ENDUT. Yup, mostly mesti ada endut, kalau tak ada pun at least menyimpan hasrat nak berendut. Cuba tanya diorang “Dah ada endut ekk?” atau “Selalunya berendut dekat mana ekk?”. Oh, anda tanya saya, apa benda endut ni? Maksudnya ‘couple @ aweks‘.
  • They are brash with a CRAZY sense of humour. Secara jujurnya, saya masih belum berjumpa dengan orang Johor yang berperwatakan serius, lurus dan tak suka buat lawak (kecuali DYMM Sultan Johor, baginda amat-amat tegas!). Walaupun pendiam atau pemalu, but their sense of humour boleh tahan juga, kadang-kadang sampai I’m the one who rolling on the aisle dengar lawak mereka.

In fact, almost all of them (yang saya kenal) are either loyar buruk @ bigor, baik budak kampung mahu pun city-breed. Their sense of humour is very unique sehinggakan kadangkala orang-orang luar (non-Johorean) agak takut dengan brashness budak-budak Johor ini. Biasalah, bak kata makcik saya (orang Parit Sulong), orang Johor ni ‘gile’ sikit, kalau tak biasa susah punya la. Nasib baik saya kaki buat lawak jugak, hehe…

  • Pernah pergi kenduri kahwin orang Johor? Ha, ada acara baling duit! Kita akan secara kolektifnya bersama-sama merebut $$ yang dibaling. Memang best (siapa yang tak nak duit?). Lagi satu, telur pindang. Basically telur ayam yang direbus dengan segala rempah dan daun untuk mendapat special taste. Setelah selesai direbus, telur akan berwarna coklat, kulit dan isi. Sedap! Lazimnya terdapat di majlis perkahwinan atau special occasions.
  • Teori ini saya belajar daripada seseorang. Dikatakan (tak tahu la betul ke tak, belum ada bukti saintifik) budak-budak Johor pernah atau berangan nak jadi Mat Rock! Bukti?

Pertama, kedudukan Johor hampir dengan Singapura, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia dikatakan masuk melalui Johor dahulu.

Bukti ke-2, daripada sudut sejarah, Johor memang ada pertalian kuat dengan British. Tahukah anda, Sultan yang mula-mula berkahwin dengan ‘Mat Salleh’ adalah Sultan Johor (Almarhum). DYMM Almarhum Sultan Ibrahim, salah seorang Sultan Johor yang terdahulu (pengasas Johor Military Force @ Timbalan Setia Negeri), merupakan pengikut budaya (lifestyle) Inggeris (sila rujuk Sejarah Negeri Johor).

Bukti ke-3, kumpulan Rock di Malaysia hampir semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip, Amy Search, Zainal Abidin, Nash, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Sweet Charity etc.

Lagi? Saya tak tahu, teori ini bukan teori saya. Tapi nampak macam logik ekk…

  • Mereka dikatakan jarang menonton siaran TV tempatan sebab semua cerita dah ditonton dekat TV Singapura! Ha, untuk pengetahuan anda (kalau anda tak tahu lagi) Johor boleh menerima siaran dari Singapura, Indonesia dan Brunei! Pendek kata, Kalo dok johor, xde Astro pun xpe…

Betul tak? :-)

This entry was posted in Bahasa Melayu, Lifestyle & Social and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to 10 Fakta Berkenaan Orang Johor

  1. emio says:

    salam..
    hahaha.. berguling2 dan bergulung2 aku baca catatan ko ni..

    btul aa teori tu.. dolu2 tahun 80-an teori ni dibincangkan..

    ada lg pasal johoreans ni.. aku pun dah x ingat lerr..

    camne pon setiap negeri ada keunikan ada keistimewaannya..

    itulah yg buat duduk kat malaysia ni meriah..

    Like

  2. dari melaka ke negri pahang, singgah di johor beli berangan…
    teringat lagu ni bile bace catatan nie..heheh

    Like

  3. lala says:

    haha best2 baca pasal org johor neeeh , proud to be a johoreann :D

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s