Bila Lagi Nak Berteman?


Hari ini 9 Februari 2010, Selasa. Hari begitu tenang dan indah walaupun cuaca sedikit terik.

Selesai kelas Pengurusan Kualiti pada jam 11:30 pagi, saya ke Restoran Denyutan Lidah untuk makan tengahari bersama sahabat saya, Encik Abdul Halim Ahmad. Menaiki kereta Proton Saga SE beliau, kami bergerak ke restoran tersebut yang terletak tidak jauh dari UIAM. Seperti biasa, saya memesan segelas Nescafe Ais bersama Nasi Campur, semuanya berjumlah RM6.00. Suasana di restoran itu masih tenang, mungkin kerana kami tiba awal di sana.

Santapan tengahari kami diselang-selikan dengan pertukaran idea dan perbualan mengenai rancangan selepas tamat belajar, selain isu-isu peperiksaan pertengahan tahun untuk subjek Bahasa Inggeris untuk Kerjaya yang bakal berlangsung hari Jumaat ini. Kami bertukar-tukar idea berkenaan peluang kerjaya dan rancangan jangka panjang masing-masing. Banyak juga idea dan cadangan bernas yang saya belajar daripada beliau, dan saya turut berkongsi pendapat dan rancangan masa depan saya.

Bercakap berkenaan rancangan masa depan, sudah tentu kita tidak dapat lari daripada isu teman hidup dan perkahwinan. Saya pada mulanya cuba untuk tidak menyentuh isu teman hidup dan kahwin dalam perbualan kami, tetapi seperti ditakdirkan, isu ini akhirnya muncul. Ia bermula apabila Halim memaklumkan bahawa anak saudaranya bakal melangsungkan pertunangan. Saya mengucapkan tahniah dan mengusik bahawa giliran beliau akan muncul tidak lama lagi. Ucapan tahniah itu menjadi satu perangkap kepada saya.

Ha Audi, kau tu bila lagi?” tanya Halim, sambil tersenyum dan tergelak kecil. Kami sedang bergerak pulang ke UIAM. Saya terkesima di situ sebentar, cuba mengawal keadaan. “Erm, nanti la dulu, nampaknya kau beria-ria nak tahu hal aku,” saya membalas pertanyaannya dengan nada gurauan. Tetapi Halim seolah-olah cuba mengorek lebih mendalam “Ala, kau tu kan ramai peminat, tak kan la tak ada calon,” komen beliau, cuba bermain serkap jarang. Saya hanya tergelak kecil.

Nak jawab atau tidak, saya berfikir. Ketika itu kami telah sampai di UIAM dan dalam perjalanan ke Mahallah saya.

Erm, calon eh,” saya cuba menyusun kata. “Hah, mesti ada punya, mustahil tak ada wanita yang mengusik hati kau tu, haha,” Halim membalas sambil tergelak. Saya hanya tersenyum. Saya cuba menukar topik, dengan mengutarakan teori wanita mempunyai tarikh luput dan lelaki tidak mengalami susut nilai setara dengan peningkatan umur. Halim terus memberikan pendapat beliau berkenaan teori tersebut dan saya berjaya mengalihkan perhatian beliau daripada terus membincangkan soal teman hidup saya.

Sampai di Mahallah, saya mula berfikir akan soalan Halim tadi. Bukan dia seorang yang bertanya, makin ramai pula bertanya soalan yang sama atau hampir sama sejak akhir-akhir ini. Mungkin ia satu perkara yang normal kerana saya akan tamat belajar tidak lama lagi, saya akui, tetapi seperti ada sesuatu yang sahabat-sahabat saya ingin tahu. Satu kepastian barangkali? Dan mengapa perihal calon yang ditanyakan?

Mungkin juga anda para pembaca tertanya-tanya, mengapa post-post saya sejak akhir-akhir ini banyak menyentuh soal cinta dan teman hidup?

Calon?

Calon isteri dan teman hidup? Itu yang sering ditanyakan kepada saya, baik yang lelaki mahupun perempuan. Saya agak pelik dan curiga pada mulanya, mengapa mereka begitu berminat dengan nama individu atau kriteria wanita yang bakal menjadi teman hidup saya? Saya tersenyum sendirian dan kadangkala tergelak dengan pertanyaan-pertanyaan tersebut.

Kepada yang berkenaan: Tahu tetapi buat-buat tidak tahu.

Kriteria wanita idaman saya, perlukah saya senaraikan di sini? Baiklah, untuk memuaskan hati pihak-pihak yang berkenaan dan mengelak soalan-soalan yang sama, saya senaraikan. Wanita bertuah itu hendaklah memiliki ciri-ciri ini, walaupun bukan semua atau sempurna, tetapi sekurang-kurangnya memiliki sifat-sifat berikut:

Independent, tidak terlalu bergantung kepada suami, tahu membuat keputusan untuk perkara-perkara yang kecil. Juga, dia mesti tahu dan kompeten dengan tugas-tugas hakikinya sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan muslimah. Mesti tahu memasak dan buat kerja-kerja rumah (yang asas) walaupau dia seorang wanita yang bekerjaya. Paling penting, hormat kepada suami dan juga individu-individu lain.

Saya mahu isteri saya berjaya dalam hidupnya, kerjaya dan interaksinya dengan rakan-rakan. Saya mahu wanita yang mahu memajukan dirinya dan belajar untuk memperbaiki diri, dan bukannya wanita yang membataskan dirinya dengan ilmu yang sedia ada dan kurang berminat memajukan diri dan hanya duduk di rumah tanpa belajar apa-apa. Saya akan menyokong beliau untuk bergerak ke hadapan selagi isteri saya tahu batas-batasnya sebagai seorang isteri, ibu dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya. Kenapa mahu cemburu, kita seharusnya berasa bangga kerana dia adalah isteri kita.

Bila saya utarakan requirement di atas kepada pihak yang bertanya, ramai yang agak terkejut dengan details yang saya berikan. Ada juga yang beranggapan bahawa wanita dengan sifat-sifat di atas agak payah untuk dicari pada masa kini. Saya tidak bermaksud wanita tersebut haruslah perfect sepertimana yang dinyatakan di atas kerana itu mungkin agak mustahil. Suami isteri bersifat saling melengkapi, kelemahan sememangnya ada pada kedua-dua pihak dan menjadi tugas suami isteri untuk belajar dan saling membetulkan kesilapan. Continuous improvement adalah salah satu isi dalam perkahwinan itu sendiri.

Itu adalah kriteria, bagaimana dengan calonnya?

Ini soalan yang saya sendiri akui agak sukar untuk dijawab secara terus. Dalam erti kata lain, saya tidak boleh menjawab soalan tersebut. Tetapi, beberapa orang mungkin sudah maklum, sudah tahu, siapakah insan yang berjaya mencuri hati saya. Ya, ada seorang, daripada bertiga. Hint? Baca post-post saya sebelum ini, mungkin anda nampak codename tersebut.

Kata kunci sudah diberikan. Kita tunggu dan lihat. Insya Allah.

This entry was posted in Anecdote and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s