Matriculation Centre IIUM : Revisited


Petang tadi (22 Mei 2010, 2:00 p.m.), saya ke Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya kerana adik saya Fatin Afiqah mendaftar di sana. Saya ke sana bersama ibu bapa dan adik bongsu saya. Hampir dua minggu saya membantu adik saya membuat persiapan dengan mengisi borang, fotostat segala dokumen-dokumen dan berkejar ke sana sini menyelesaikan yuran kemasukan dan urusan duti setem di LHDN Petaling Jaya. Kini harinya telah tiba.

Sejak hari Jumaat lagi, kereta telah banyak di sepanjang bahu jalan Pusat Asasi UIAM. Banyaknya kenderaan sehinggakan parking lot di Jalan 17/1A (pasar malam) turut dijadikan medan letak kereta untuk ibu bapa. Sesi pendaftaran masuk pelajar baru diadakan pada 21-23 Mei 2010, dan selepas itu pelajar-pelajar ini akan ditaaruf‘kan sehingga 27 Mei 2010.

Taaruf tu apa? Silakan bertanya pada pelajar-pelajar UIA. :-)

Lima tahun lepas (Julai 2005), saya mendaftar masuk di sini. Kini, 2010, saya masuk sebagai ‘bekas’ pelajar dan tentunya ada sedikit sebanyak perkara yang bermain di minda saya. Bergerak ke dewan AMF (tempat sesi pendaftaran untuk pelajar perempuan diadakan), sudah kelihatan lautan manusia yang terdiri daripada ibu bapa, para pelajar dan tentunya orang-orang yang berbaju batik (yer, committee…).

Suasana agak meriah dengan kanak-kanak berlari di sana sini, ibu bapa yang membantu anak mereka mengangkat bagasi dan pelajar-pelajar yang nampaknya agak bersemangat dan bangga kerana mereka kini berada di gerbang Taman Ilmu dan Budi. Ketika adik saya masuk ke dalam dewan AMF untuk menyelesaikan proses pendaftaran, saya mencuri masa untuk berjalan-jalan di kawasan Pusat Asasi ini, sambil mengimbau kembali kenangan lima tahun yang lepas.

Saya bergerak bermula dari AMF, naik ke ‘jambatan’ menuju ke Annex (AX), melalui depan library, turun ke bawah di depan Klinik (hehe, ATM masih ada di situ), depan CC dan Co-Op, terus berjalan di Central Spine (CS) melalui pejabat STAD, Computer Lab (erm, presentation database MS Access?), turun ke bawah melalui kafe (tak ingat nama plak, tapi for sure saya masih ingat Aroma), Science Building, dan of course, SMAWP yang amat-amat terkenal itu. Hehe. Nasib baik saya tak naik ke Blok C! (Br. Amir, remember our journey to meet Br. Taifu every Wednesday?)

Kembali ke AMF, adik saya telah pun selesai dengan pendaftarannya. Dia ditempatkan di ZC (erm, Cik Farah Ziera tahu kan?), tetapi hanya sementara sahaja kerana tempatnya yang sebenar adalah di Kampus Nilai. Kembali ke kereta, saya mengusung beg pakaian adik saya dan menuju ke ZC, biliknya di tingkat 2. Seperti biasa, suasa di Mahallah juga meriah dengan ibu bapa, pelajar dan committee. Oh, akhirnya dapat juga saya masuk ke Mahallah perempuan selepas 5 tahun! Kih3…

Saya sempat bergurau dengan seorang committee dengan bertanya bermacam-macam soalan berkaitan UIA (niat nak test!). Setelah gelak-gelak kecil dan mengiyakan semua jawapannya (dan memberi komen), dia bertanya kembali kepada saya “Encik ni dari mana, sebab macam dah tahu pasal UIA ni dengan detail“.

Saya tersenyum menjawab, ringkas, “Sis, saya ni dulu student UIA, baru grad dari Gombak…”

Dia tergamam, kemudian tersenyum malu. Mungkin sebab tak sangka dia telah berbual dengan senior! :-)

This entry was posted in Anecdote, English and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s