Salam Aidilfitri


 

Selamat Hari Raya. Satu permulaan fitrah suci dan bersih.

Pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengesahkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat, 10 September 2010. Ini bermakna, puasa pada tahun ini digenapkan sebanyak 30 hari. Semestinya, ramai yang telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing, mengambil peluang masa cuti dan lapang yang ada untuk bersama-sama keluarga tercinta. Mereka yang telah berumahtangga, sudah tentu mengikut giliran beraya di kampung halaman pasangan sepertimana yang telah dipersetujui bersama.

Alhamdulilah, kita telah berjaya menyempurnakan Ramadhan pada kali ini. Bersyukur kerana kita telah diberikan peluang untuk menempuhi Ramadhan, mengambil hikmah dan ganjaran yang ada, dan melatih diri menjadi insan yang lebih menghargai diri dan orang lain. Sesungguhnya, terdetik juga rasa sayu dan sedih di dalam hati kerana Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Kita tidak tahu, adakah kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan di masa akan datang? Insya Allah, moga kesempatan itu masih ada.

Hari Raya Aidilfitri, simbol kemenangan umat Islam dalam menempuh ujian Ramadhan yang penuh berkat. Simbol pengembalian insan kepada fitrah, suci bersih. Hari kita melaungkan kesyukuran dengan mengalunkan takbir, bersatu, berkumpul di masjid-masjid untuk bersama-sama melahirkan kebanggaan, kegembiraan dan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat kemenangan. Hari di mana kemaafan adalah dituntut, benar, maaf bukan hanya pada Hari Raya, tetapi dengan kesucian diri, hari yang mulia, kemaafan adalah manis untuk dilahirkan bersama sanak saudara dan sahabat handai.

Sesungguhnya, keikhlasan hati untuk saling memaafkan, memberi makna berharga dalam kehidupan. Andai jemari tak mampu berjabat, langkah kaki tak mampu bertemu, setidak-tidaknya kata masih terungkap setulus hati mengucapkan salam Aidilfitri, salam kemaafan, dan salam kegembiraan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, buat sanak saudara dan sahabai handai tercinta, di mana sahaja kalian berada. Doa dan ingatan saya tetap bersama anda. Amin.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Official Statement and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s