Tahniah Master!


Berjuang bersama-sama suatu ketika dahulu, dengan cabaran yang bersilih ganti!

Ketika saya membuka Facebook saya malam semalam, saya dikejutkan dengan berita seorang sahabat baik saya, teman minum kopi, orang kanan (master & lord), dan kaki berbincang hal-hal gajet telah pun melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hati. Kedua-duanya saya kenal benar, pelajar UIAM yang juga sekuliah dengan saya. Walaupun saya sedia maklum hubungan mereka berdua sejak dari zaman kampus lagi (umumnya sahabat-sahabat yang lain juga tahu), tetapi tindakannya melangsungkan majlis pertunangan secara covert benar-benar mengejutkan saya. Saya tersenyum sendirian, lekas-lekas saya mengirimkan perutusan tahniah di wall beliau.

Teringat kembali perbincangan dengan beliau semasa sama-sama minum di Old Town White Coffee Taman Melati selepas selesai melakukan urusan jual beli telefon bimbit. Saya diusik oleh beliau, disebabkan status saya pada ketika itu yang masih solo dan tiada teman istimewa. Secara indirect, beliau menyatakan keinginannya untuk melihat saya ‘berteman’ sebelum tamat pengajian di UIA. Mendengar permintaan tersebut, saya hanya tergelak, dan saya juga membuat permintaan, ingin melihat beliau bertunang dengan kekasih hati bila sampai masanya.

Kami sama-sama tergelak. Jauh di sudut hati, benar, saya yakin beliau serius dengan  pasangan beliau. Saya juga punya impian, ingin menyunting bunga di Taman Ilmu dan Budi, dan sejak awal 2006 lagi saya telah ketemu seorang insan yang mengusik hati saya. Usaha telah dilakukan, tetapi Allah lebih mengetahui dan telah menetapkan jodoh pertemuan setiap hambaNya. Effort saya tidak membuahkan hasil yang memuaskan, dan akhirnya, projek yang diberi nama 3 Sisters telah pun dibekukan. Alhamdulillah, kini saya amat-amat bahagia dengan insan yang dikenali ketika saya berkhidmat untuk negara.

Kepada sahabatku Master Muhd Hafidz Umar, tahniah, anda telah pun berjaya melalui tahap pertama dalam jalan menuju ke gerbang perkahwinan. Insya Allah, jalan menuju puncak hanya segenggam di hadapan mata. Klimaksnya bakal tiba kelak. Lord masih mencari rentak permainan, Insya Allah, sahabatmu ini bakal menyusul di masa-masa mendatang. :-)

Author: Audi Faliq Ibrahim

Manager (Media & PR) at Yayasan Basmi Kemiskinan

One thought on “Tahniah Master!”

  1. ajal maut jodoh semua telah ditetapka oleh-NYA…dan kita hanya mampu merancang tapi DIA berhak menentukan sama da apa yang dirancang menjadiatau tidak…sebaik2 kita berdoa apa yang diimpikan tercapai….dan sama2 melalui dugaan2 dan cabaran2 hidup ini

    Like

Comments are closed.