Tinta Akhir 2010


Tahun baru bukan sekadar pertunjukan bunga api dan konsert. Ia lebih kepada muhasabah diri dan titik transisi dalam kehidupan.

Apa signifikannya tahun baru itu kepada kita semua?

31 Disember adalah sempadan masa yang memisahkan antara tahun ini dan tahun hadapan. Walaupun sempadan itu bukanlah dalam erti kata fizikal dan tampak, tetapi ia sedikit sebanyak memberi satu kesan, satu perasaan yang mendalam kepada kita yang tahu akan sebab musabab mengapa kita berada di sini pada hari ini. Tidak dinafikan ada di kalangan kita yang tidak merasa apa-apa setiap kali menjelangnya tahun baru, apatah lagi menjelangnya hari yang baru. Pada mereka, mungkin setiap hari itu sama. Bangun, makan, bekerja, belajar, berhibur dan tidur. Dan kitaran ini berterusan dan berterusan.

Apakah sebabnya kita berada di sini? Kenapa?

Pada yang beragama Islam, anda pastinya pernah mendengar atau membaca hadis (maaf jika tersilap dan sila betulkan) yang menyebut celakalah insan yang hari ini lebih teruk dari semalam, dan esoknya tidak sebaik hari ini. Menghayati maksud tersirat hadis ini, kita sebenarnya mempunyai misi dan sebab mengapa kita dilahirkan di dunia ini. Ada tujuan. Jika kita tidak punya tujuan, maka rugilah diri kita, kerana kita hidup seumpama binatang yang hanya mengikut gerak hati tanpa memahaminya. Allah s.w.t. sendiri telah menyatakan sebab kita diciptakan, iaitu untuk menjadi khalifah, mengurus dan mentadbir dunia ini dengan cara yang terbaik. Itulah sebabnya kita diberikan akal fikiran dan darjat kita adalah sebaik-baik makhluk.

Alhamdulilah, perkara pertama yang seharusnya dilakukan oleh kita semua adalah bersyukur kepada Tuhan kerana kita sama-sama diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini dan berpeluang melihat tahun 2011. Kita masih berpeluang untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan diri kita kepada insan-insan di sekeliling kita, dan masih ada harapan untuk mencapai segala peluang yang ada terbentang di hadapan kita. Insya Allah.

Resolusi? Benar, ada yang tercapai dan ada yang tidak. Untuk membawanya ke tahun hadapan, terpulang pada diri anda.

Berkenaan azam dan resolusi, ramai yang sudah tentu telah merangka apa yang ingin dicapai pada tahun 2011. Tidak kiralah apa yang anda mahu, perkara pokoknya adalah kita hendaklah sama-sama berusaha mencapainya semampu yang mungkin. Tidak mustahil untuk kita berjaya melakukan semua yang telah dirancang, dan ingatlah mungkin juga kita akan diuji dengan kegagalan. Maka adalah lebih molek untuk kita sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang.

Saya bukanlah seorang guru mahu pun ustaz, tetapi apa yang termampu untuk saya lakukan adalah berkongsi pandangan dan pendapat dengan anda semua. Akhir kata, selamat tahun baru 2011, dan semoga kita semua diberi kelapangan dan kekuatan untuk menhadapi segala cabaran yang mendatang, dan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s