Muat Turun Album Facebook, Elemen Multimedia Di Laman Web Menggunakan Firefox


Pengenalan

Majoriti pengguna web di kalangan kita menggunakan Firefox sebagai pelayar web (web browser) utama untuk melayari Internet. Walaupun sistem operasi Windows telah menyediakan pelayar web Internet Explorer secara siap-pasang (preloaded), namun umum masih selesa menggunakan Firefox kerana pelayar ini telah terbukti jauh lebih stabil dan tidak memberatkan sistem.

Firefox yang sedia terpasang hanya menyediakan fungsi asas, iaitu pelayaran web dan suapan RSS (RSS Feed) untuk membaca kandungan terkini daripada blog dan laman web berita. Namun tahukah anda, sebenarnya Firefox mampu berfungsi lebih daripada sekadar pelayar web? Di sini letaknya kuasa fungsi ‘extension/add-on’ yang terbina dalam Firefox. Add-on ini memberikan fungsi tambahan kepada Firefox biasa yang tugas hakikinya adalah sebagai pelayar web. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa add-on yang boleh membantu anda semasa melayari laman web, dan tanpa perlu memasang perisian luaran malah menjimatkan masa!

Untuk mengenali apa itu add-on dengan lebih lanjut, sila klik di sini. Saya tidak akan menerangkannya di sini kerana tujuan artikel ini adalah untuk memberi anda panduan terus tentang tajuk yang dibincangkan.

Muat Turun Album/Gambar Di Facebook

NOTA: Perkhidmatan PhotoJacker telah ditamatkan perkhidmatannya oleh pembangunnya kerana aplikasi ini disekat oleh pihak Facebook. Aplikasi ini didapati telah melanggar syarat-syarat pembangunan aplikasi, di mana pihak Facebook tidak lagi membenarkan sebarang proses/aplikasi untuk mengakses pengkalan data dalaman tanpa menggunakan API Facebook itu sendiri. Maka, artikel berkenaan PhotoJacker di bawah dan pautan yang diberikan tidak lagi relevan. Harap maklum.

Anda tentunya memiliki akaun Facebook bukan? Selain menggunakan Facebook untuk mengetahui perkembangan terkini sahabat anda, mungkin juga anda gemar melihat foto-foto yang di muat naik (upload) oleh rakan-rakan anda atau anda sendiri berkongsi foto-foto anda dengan mereka. Kadang kala, anda terasa ingin memuat turun (download) sesuatu album, terutamanya jika album itu memuatkan gambar-gambar anda dan juga menggambarkan peristiwa-peristiwa penting yang signifikan kepada diri anda.

Cara biasa yang mungkin sering anda gunakan, iaitu dengan klik kanan pada satu-satu foto dan memilih “Save Image As”. Jika hanya 2 atau 3 foto mungkin tiada masalah, tetapi jika sesuatu album itu mempunyai 20, 30 foto? Tangan anda perlukan rehat, dan anda sendiri mungkin tidak larat dan bosan dengan rutin klik kanan yang berulang-ulang. Ada cara yang yang lebih mudah, iaitu dengan menggunakan add-on Firefox yang dinamakan PhotoJacker: Photo Album Downloader for Facebook.

PhotoJacker memudahkan tugas muat turun anda.

Langkah pertama, anda perlu memasang (install) add-on ini kepada Firefox anda. Sila klik di sini untuk muat turun. Add-on ini adalah percuma, anda tidak perlu bimbang. Anda mungkin perlu memberikan kebenaran kepada Firefox untuk memasang add-on ini. Ikut arahan yang diberikan dan selepas pemasangan berjaya dilakukan, Firefox anda akan dimulakan semula (restart) untuk menyempurnakan proses pemasangan.

Untuk menggunakannya, log masuk ke dalam akaun Facebook anda, dan pergi ke bahagian Foto. Kemudian klik kanan pada mana-mana album, dan anda akan melihat satu pilihan baru terpapar iaitu ‘Download Album with PhotoJacker‘. Klik pilihan tersebut, ikut arahan yang diberikan (menetapkan save location dan prefix pada foto). Tunggu sebentar. Siap! Tidak perlu bersusah payah bukan? :-)

Selain muat turun album, anda juga boleh memuat turun foto-foto yang di-tag oleh rakan-rakan anda. Caranya adalah dengan klik mana-mana foto yang tertera tag anda. Di bahagian atas foto tersebut terdapat pautan (link) yang bernama ‘Photos of Me’. Klik kanan pada pautan tersebut dan pilih ‘Download Album with PhotoJacker’. Ikut arahan yang diberikan untuk menetapkan lokasi penyimpanan.

Untuk tutorial bagaimana untuk memasang dan menggunakan fungsi-fungsi dalam add-on ini dengan sepenuhnya, sila tonton video ini.

Add-on ini memiliki beberapa kekurangan, antaranya adalah ia mampu memuat turun 200 foto dalam satu-satu masa. Namun bagi saya ini bukanlah satu masalah yang besar kerana kebanyakan di antara kita tidak menyimpan sehingga 200 foto dalam satu album.

Muat Turun Elemen Multimedia Di Laman Web

Anda sering menggunakan YouTube, menonton video-video pilihan, dan kadangkala mungkin anda ingin memuat turun video tersebut untuk ditonton di komputer anda. Saya tahu anda mungkin sudah tahu cara memuat turun video di YouTube, sama ada menggunakan perisian di komputer (seperti Any Video Converter) atau laman web yang menawarkan service muat turun video (seperti KeepVid). Bagaimana jika video itu merupakan video yang di ‘protected’ dan tiada ’embed code’ diberikan? Situasi yang lain, anda pergi ke satu laman web yang menggunakan musik latarnya merupakan lagu yang anda cari selama ini, atau video di laman web tersebut menarik minat anda, tetapi mustahil untuk anda muat turun kerana tiada pautan (link)?

Ikon DownloadHelper pada 'toolbar': Laman web yang tiada element multimedia aktif (gambar atas) dan laman web yang memiliki element multimedia aktif dan boleh dimuat turun (gambar bawah).

Anda boleh sebenarnya, saya sendiri pada mulanya agak geram kerana saya tidak dapat memuat turun video penting atau lagu-lagu lama yang pada lazimnya tidak disertakan pautan muat turunnya atau hanya disiarkan secara stream. Tetapi setelah mencari-cari cara, akhirnya saya temui satu add-on Firefox yang membolehkan kita memuat turun apa-apa elemen multimedia (audio, video, imej) yang terdapat di laman web, termasuk yang di ‘stream’. Add-on tersebut bernama DownloadHelper.

Untuk menggunakannya, anda perlu memasang add-on ini kepada Firefox anda. Klik di sini untuk muat turun add-on ini. Ikut arahan pemasangan dan Firefox anda akan dimulakan semula (restart) untuk menyempurnakan proses pemasangan. Kemudian jika anda lihat, ada ikon baru di sebelah ikon ‘home’ pada Firefox anda. Inilah ikon DownloadHelper. Ikon ini tidak aktif (dimmed) jika tiada elemen multimedia yang boleh dimuat turun pada sesuatu laman web. Namun, jika ia mendapati ada elemen multimedia yang boleh dimuat turun, ikon ini akan bertukar menjadi aktif dan beranimasi (bergerak-gerak).

Untuk memuat turun elemen multimedia tersebut (muzik, video, imej dsb.), klik pada ikon DownloadHelper (klik pada arrow kecil selepas ikon tersebut di ‘highlight’) dan anda akan melihat senarai elemen-elemen multimedia yang boleh dimuat turun. Jika anda ingin memuat turun semua elemen multimedia, pilih ‘All links to the media files’. Jika anda ingin muat turun elemen-elemen tertentu sahaja, pilih elemen yang berkenaan dan klik ‘Download’. Pada kekotak dialog ‘Save file’, pastikan anda menaip nama beserta dengan ‘extension’ fail tersebut. Jika fail tersebut adalah sebuah mp3, maka taip nama dengan diakhiri dengan ‘.mp3’ (contoh: Lagu.mp3). Jika ini diabaikan, anda mungkin menghadapi masalah untuk membuka fail tersebut kelak. Lihat contoh di bawah ini.

Saya memilih untuk memuat turun fail berformat FLV. Saya memilih fail tersebut (perhatikan 'extension'nya telah pun diberikan), pada kekotak dialog 'Save to', saya menaip nama fail tersebut beserta extensionnya (twinkle_twinkle_little_star.flv)

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam fungsi-fungsi DownloadHelper ini serta menonton video tutorial berkenaan cara-cara menggunakannya, sila klik di sini.

Kesimpulan

Diharapkan dua (2) add-on yang diketengahkan di atas dapat membantu anda serba sedikit dalam aktiviti melayari Internet dengan lebih produktif. Jika ada kelapangan, anda cuba jenguk senarai add-on yang ada di laman web rasmi Firefox. Mungkin ada yang dapat membantu anda melakukan sesuatu dengan lebih efisien. Contohnya, ada add-on yang membantu anda mendapatkan keputusan-keputusan bola sepak secara live. Nak? Cuba cari. :-)

PhotoJacker: Photo Album Downloader for Facebook

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Muat Turun Album Facebook, Elemen Multimedia Di Laman Web Menggunakan Firefox

  1. nonie says:

    impressive!!!! hahaaa..audi..juz now i was a little bit lost wif ur page..huhuhu..bute IT gak rupenye den!! kah3

    Like

  2. cucy wanki says:

    mencari teman memang bagus tpklw kena dengan kawan yang baik…

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s