Berhati-Hati Dengan 63660


SMS yang akan memerangkap mereka yang tidak berhati-hati.

NOTA: Artikel ini ditulis pada tahun 2011, justeru telah oudated dan tidak lagi relevan.

SMS bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar memberi lebih perhatian dan peka dengan beberapa SMS yang mengandungi unsur-unsur meragukan atau penipuan.

Saya sendiri sering menerima SMS daripada nombor-nombor yang asing seperti 63660 dan lain-lain, dan pada setiap SMS tersebut, terselit promosi yang tidak bersangkut paut dengan servis yang saya langgani mahupun saya sendiri tidak pernah dan tidak langsung ada melanggan mana-mana servis pihak luar.

Lebih membimbangkan, modus operandi mereka kini kebanyakannya semakin licik. Mereka telah berani ‘menyamar’ sebagai pembekal perkhidmatan dan menggunakan ayat-ayat yang seolah-olah menggambarkan SMS tersebut adalah tulen dan perlu diberi perhatian segera.

Lihat screenshot di sebelah. SMS ini diterima di telefon bimbit saya, daripada nombor 63660. Baca ayat-ayat yang digunakan. Sekali imbas, ia seperti SMS yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan saya, mengingatkan bahawa settings GPRS saya sudah tamat tempoh. Tetapi ini adalah satu penipuan, bukan SMS asli. Sebabnya adalah seperti berikut;

PERTAMA: Pembekal perkhidmatan/operator lazimnya akan menggunakan nama mereka dan variasi-variasinya untuk memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pengumuman penting. Contohnya, untuk Celcom, SMS dari mereka akan tertera nama seperti Celcom, CelcomOffer, Xpax, dan variasi-variasi seumpamanya. Untuk Maxis pula, SMS dari mereka akan tertera nama Maxis, Hotlink, dan variasi-variasinya. Pembekal perkhidmatan pada masa kini jarang menggunakan nombor awalan 2xxxx, 3xxxx, dan 6xxxx atau seumpamanya untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada para pelanggannya.

KEDUA: Penggunaan ayat. Melihat pada contoh yang sama, SMS tersebut memaklumkan bahawa tetapan GPRS saya telah tamat tempoh, dan perlu diaktifkan semula dengan menghantar SMS kepada nombor yang ditetapkan. Jika anda tidak peka dan tidak tahu, mungkin anda tidak banyak soal dan terus mengikut arahan yang diberikan. Perhatian, sila maklum bahawa servis asas seperti GPRS adalah sedia aktif, tidak akan tamat tempoh, dan telefon bimbit anda secara automatik akan mengambil settings yang terkini. Anda tidak perlu membuat penetapan manual sepertimana pada zaman-zaman dahulu, masukkan SIM card dan telefon anda secara automatik akan membuat penetapan yang bersesuaian. Jika terdapat perubahan penetapan, pembekal perkhidmatan hanya perlu menghantar service message kepada anda dan anda hanya perlu save.

KETIGA: Arahan yang digunakan. Saya diarahkan oleh SMS untuk menghantar ‘ON LA’ dan ‘ON LB’ ke nombor 37886. Sekali lagi, perhatikan nombor tersebut 3-7-8-8-6. Apa yang anda faham? Untuk maklumat, semua nombor yang bermula dengan nombor 3 seperti 32xxx, 33xxx, 36xxx, 37xxx dan 39xxx adalah nombor servis yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) sebagai kod akses kandungan pihak ketiga (third party content). SKMM juga mewajibkan penyedia kandungan untuk memberi pilihan keluar (opt-out) kepada pelanggan kandungan. Lihat SMS tersebut, ada diberikan nombor telefon opt-out bukan? Lihat nombor telefon tersebut, adakah ada kena-mengena dengan operator anda?

Saya berkongsi perkara ini dengan anda kerana ramai yang telah terkena dengan perangkap ini. Ayah sendiri merupakan salah seorang mangsanya, di mana ayah saya menerima SMS memaklumkan bahawa terdapat servis Celcom terbaru yang perlu diaktifkan dengan segera. Menyangkakan SMS tersebut adalah dari Celcom, ayah saya terus mengikut arahan dan beliau telah dicaj RM4 seminggu! Lebih kelakar lagi, ada yang hanya menggunakan telefon bimbit basic (tiada servis GPRS) tetapi turut menerima SMS seperti saya di atas.

Diharapkan selepas ini anda dan saya akan menjadi lebih peka dengan SMS yang diterima. Jika tidak pasti kesahihannya, adalah lebih elok anda bertanya kepada operator anda sendiri. Lebih berhati-hati tidak akan mendatangkan kerugian kepada sesiapa. Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda dan keluarga anda.

Author: Audi Faliq Ibrahim

Manager (Media & PR) at Yayasan Basmi Kemiskinan

18 thoughts on “Berhati-Hati Dengan 63660”

    1. Memula nak cakapkan thanks pada tuk penghulu bloggers.. sebab bagitau pasal info ni…
      so >>>> terima kasih banyak2…
      saya pernah terkena dulu… selama 3 bulan… sy telah dicharge RM27 tanpa sy sedari<<< memang tak pernah tgk bill…. so… rm100 terbang macam tu ajer..
      sy call celcom… dan celcom beritahu yg sy telah tertekan ON atau pun YES sebelum ni.. dan 3rd party service ni plak bukan local.. dari Singapore. saya kena ikut instruction bagaimana yg diberitahu oleh operator celcom untuk OFF kan perkhimatan itu tadi.
      yg anehnya… macam mana service provider kita di Malaysia .. membenarkan perkara macam ini berlaku??? tak patut betul…

      Like

  1. Terima kasih tuan kerana highlight perkara ini. Saya juga sering terima SMS dari nombor 63660 ini tetapi saya tak pernah layan kerana saya sedar ini adalah salah satu bentuk penipuan. Perkara seperti ini perlu dihentikan. Pihak berkaitan perlu ambil tindakan.

    Saya telah ajukan perkara ini kepada SKMM melalui email kepada aduanskmm@cmc.gov.my. Kita lihat nanti aduan ini jalan atau tidak.

    Terima kasih.

    Like

  2. terima kasih! aku pun dah banyak kali terima sms yang meragukan dari no 63660. tapi hari ini (7/12/2011) rupanya no ni asal dari syarikat yang menjual barang komputer! no tuan punya pun ada kat aku! kerana berurusan menbeli barang dengan syarikat “SVR MARKETING”. cuma esok aku tunggu barang sampai ke tak! aku pun tak tahu kenapa syarikat ini mengunakan no 63660 untuk sms yang meragukan orang ramai! BERITA SELANJUTNYA ESOK!!!!! TAPI AWAS JUGA!!!

    Like

    1. Sebenarnya nombor 63600 atau nombor-nombor lain itu bukanlah masalah utama, tetapi isi SMS itu yang menjadi masalah. Ada syarikat atau perniagaan yang menggunakan nombor 3xxxx atau 6xxxx secara positif, seperti promosi dan hebahan maklumat kepada para pelanggan mereka. Jika saudara lihat syarikat seperti Air Asia, Job Street, Tesco dan lain-lain, mereka menggunakan sistem SMS 6xxxx ini untuk kebaikan pelanggan mereka.

      Malangnya ada kumpulan atau syarikat yang tidak bertanggungjawab menggunakan nombor ini untuk mengiklankan servis atau perkara yang mengelirukan pengguna. Inilah yang saya ingin tonjolkan dalam artikel ini. Betul kata saudara, sebenarnya kita perlu berhati-hati apabila menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali, terutamanya apabila SMS itu menawarkan ganjaran yang agak ‘pelik’ atau servis yang entah apa-apa (gambar perempuan seksi, empat nombor ekor, dan lain-lain).

      Like

    1. Bukan semua SMS daripada nombor 63660 itu berniat jahat, kerana nombor itu hanya merupakan satu ‘SMS Gateway’. Walaubagaimanapun, langkah berhati-hati harus sentiasa diutamakan.

      Like

    2. Adik saya pn dpt sms dr mreka kononya terpilih utk dpt pembiayaan pljrm mara atau ptptn. Terhad utk ibubpa y menerima br1m. Kemudian ada almt dia bg, suruh bwa ic copymn slip spm, dtg dgn parents. Oya, utk diploma nursing dr kkm dan course lain katanya. Blh pcaya ke ni?

      Like

      1. Itu mungkin mesej iklan daripada institusi pendidikan swasta. Mereka lazimnya tahu info no tel dan lain-lain berdasarkan data yang kita submit semasa karnival kerjaya dan seumpamanya.

        Jika kurang pasti, boleh cuba hubungi sendiri institusi yang menghantar SMS berkenaan.

        Like

  3. salam saya pun ada terima gak dari 63660 tapi mengenai status pinjaman dari pihak bank hmmm konfius plak saye

    Like

    1. W’salam saudara. Nombor 63600 ini adalah ‘gateway’ dan pelbagai pihak menggunakannya. Cuma pihak-pihak yang tidak berniat baik inilah yang memberi imej kurang enak dan menyebabkan timbulnya persepsi nombor-nombor ‘shortcode’ ini semuanya menipu.

      Like

    1. Lazimnya jika Cik/Puan pernah mengisi borang profil atau maklumat peribadi, dari situ pihak ini tahu nama penuh. Nombor 63660 ini hanyalah nombor am, pihak yang menghantar (bank, institusi, dsb.) yang bertanggungjawab atas kandungan dan/atau kesan daripada SMS berkenaan.

      Like

      1. Bank Negara adalah bank pusat (central bank) dan tidak memberikan pinjaman kepada orang awam. Hanya bank komersial yang memberi pinjaman kepada orang awam. Jadi hampir pasti ia adalah mesej ‘phising’ dan jangan direspon.

        Like

Comments are closed.