Facebook Chat Di Dalam Firefox


Tahukah anda, Facebook Chat boleh diakses melalui Firefox tanpa perlu membuka laman web Facebook terlebih dahulu? Kebiasaannya, saya pasti anda akan log masuk terlebih dahulu ke dalam laman web Facebook, dan menggunakan Facebook Chat di situ (within site).

Majoriti pengguna tiada sebarang isu menggunakan cara konvensional ini. Itu benar.

Menggunakan Facebook Chat melalui laman web memiliki beberapa kekurangan. Pertamanya, anda perlu membuka tab/window yang baru untuk melayari laman web yang lain. Kedua, untuk membalas perbualan, anda perlu saling bertukar (switch) antara laman web Facebook dan laman web yang lain. Sudah tentu, cara konvensional ini agak melecehkan dan mungkin juga memenatkan.

Facebook Chat serentak dengan laman web lain - tidak mustahil. Anda hanya perlu tahu caranya!

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengakses Facebook Chat melalui Firefox. Dengan cara ini, Facebook Chat dapat diakses secara serentak, iaitu anda boleh berbual sambil melayari laman web yang lain, dan anda tidak perlu membuka tab/window yang berasingan untuk Facebook Chat. Cara ini menggunakan fungsi dan kelebihan sidebar yang terdapat dalam Firefox. Ikuti langkah-langkah ini;

Langkah-Langkah

Buka Firefox anda. Untuk memudahkan set up, anda boleh log masuk terlebih dahulu di laman web Facebook, dan tutup tab/window Facebook tersebut (jangan log keluar). Ini adalah untuk memastikan diri anda telah pun aktif/online di dalam Facebook.

Kemudian, pergi ke menu Bookmarks > Organize Bookmarks. Satu window bernama ‘Library’ akan kelihatan. Anda juga boleh menggunakan shortcut key Ctrl+Shift+B untuk memanggil window ini. Untuk anda yang kurang maklum, window ini membolehkan anda menguruskan laman-laman web yang telah anda simpan alamatnya (bookmarked) untuk mempercepatkan akses. Perhatikan tiga jenis folder ‘default’ yang ada, iaitu Bookmarks Menu, Bookmarks Toolbar, dan Unsorted Bookmarks.

Contoh butiran yang perlu anda isikan.

Seterusnya, double klik folder Bookmarks Toolbar, tujuannya adalah untuk meletakkan shortcut yang bakal dibuat itu pada toolbar Firefox dan memudahkan akses. Selepas itu, klik pada butang Organize (di toolbar), dan pilih New Bookmark. Satu tetingkap bernama New Bookmark akan muncul. Pada tetingkap tersebut, di ruangan Name, anda boleh meletakkan nama ‘Facebook Chat’ atau apa jua nama yang anda fikirkan bersesuaian. Pada ruangan Address, taipkan URL http://www.facebook.com/presence/popout.php dan pastikan anda turut menandakan pilihan ‘Load this bookmark in the sidebar’. Lihat contoh di sebelah.

Selesai menaip, anda boleh klik butang Add untuk save bookmark tadi dan bookmark ini akan kelihatan pada toolbar Firefox anda (di bawah navigation button/address bar). Jika tidak kelihatan, klik kanan pada toolbar dan pastikan anda menanda (aktifkan) pilihan Bookmarks Toolbar.

Langkah seterusnya, klik pada bookmark Facebook Chat yang anda telah buat tadi. Sebaik sahaja di klik, satu sidebar akan muncul dan pada sidebar ini akan terpapar interface Facebook Chat sepertimana jika anda menggunakan pilihan ‘Pop Out Chat’. Anda mungkin perlu menyelaraskan (adjust) saiz sidebar ini untuk membolehkan Friends List dan Chat Area anda kelihatan dengan jelas. Anda boleh menggunakan Facebook Chat ini sambil melayari laman web yang lain, tanpa ketinggalan sebarang isi perbualan.

Nota Penting

Jika anda belum log masuk pada laman Facebook terlebih dahulu, sidebar ini akan memaparkan landing page Facebook di mana anda perlu memasukkan user name dan password anda. Facebook Chat akan terpapar apabila anda telah berjaya log masuk.

Jika anda selesai menggunakan Facebook Chat, anda hanya perlu tutup sidebar tersebut, tanpa perlu log keluar dari laman Facebook. Ambil maklum bahawa akaun anda TIDAK di log keluar secara automatik apabila anda menutup sidebar Facebook Chat tersebut. Anda boleh membiarkan Facebook melakukan auto logout (selepas beberapa ketika), atau anda hanya perlu masuk ke dalam Facebook dan log keluar secara manual.

Teknologi Di Sebaliknya

Dari sudut teknologi, anda sebenarnya menggunakan konsep ‘frame’ di dalam laman web, iaitu anda membuka dua laman web berbeza pada satu tetingkap. Perhatikan bahawa Facebook Chat mempunyai URLnya yang tersendiri. Anda boleh membuka Facebook Chat di dalam tab/window yang berasingan dengan hanya memasukkan URL yang disebutkan sebelum ini.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s