Soal Jawab : Seksologi & Rumahtangga


Di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan dengan beberapa persoalan/masalah agama dan jawapan-jawapannya. Tema yang dipilih adalah berkaitan seksologi dan rumahtangga, dan tujuan tema ini dipilih adalah untuk memberi pencerahan terhadap perkara-perkara asas dan juga mengulas isu-isu semasa yang berkaitan. Saya kira tema ini amat cocok buat kita semua memandangkan masalah sosial dan kes penceraian yang berlaku sekarang ini kebanyakkannya berpunca daripada kurangnya ilmu agama selain pengaruh-pengaruh luar.

Soalan-soalan ini merupakan kompilasi terpilih daripada beberapa laman web dan artikel-artikel keagamaan yang dipercayai dan sahih. Soalan-soalan dan jawapannya telah diringkaskan namun tidak mengurangkan isi-isi utama yang menjadi persoalan pokok.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, silalah rujuk kepada ahli ilmu, ustaz-ustaz atau pakar agama yang berkenaan, saya tidak mampu menjawab pertanyaan anda kerana saya bukanlah ahlinya. Diharapkan perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua, Insya Allah.

Soalan #01: Apakah cara mandi wajib yang betul?

Rukun mandi wajib itu ada dua. Pertama dimulai dengan niat. Niat itu terletak di dalam hati, namun jika ingin diungkapkan maka lafaz niat mandi wajib itu ialah: “Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala”. Kedua, meratakan air keseluruh tubuh. Sekiranya air itu tidak meratai keseluruh tubuh disebabkan ada yang menghalangi sampainya air kepadanya seperti lilin atau minyak atau lainnya maka perlu membasuhnya kembali.

Soalan #02: Saya seorang pelajar dan gemar menonton video lucah dan kini berasa amat menyesal. Bagaimana untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan tabiat buruk dan berdosa ini?

Dorongan syahwat dan ingin mengetahui perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut biasanya sangat bergejolak bagi kaum remaja. Dorongan dan kecenderungan itu merupakan fitrah bagi seorang  remaja yang normal. Di dalam Islam dengan jelas ditunjukkan cara remaja untuk mengatasi gejolak syahwat tersebut. Rasulullah SAW menganjurkan jika seseorang belum mampu berkahwin hendaklah berpuasa agar syahwat mereka dapat dikawal dengan baik.

Menonton filem lucah merupakan pekerjaan yang sia-sia malah berdosa lantaran melihat aib orang lain dengan sengaja. Kesan yang paling besar dalam melihat perbuatan yang tercela tersebut adalah melemahkan daya fikiran dan menumpulkan hati. Kesan untuk jangka panjang jika telah berumahtangga nanti dikhuatirkan mengurangkan rasa ghairah dan nikmat bersuami isteri kerana telah terbiasa melihat dan menyaksikan perkara yang melemahkan daya fikiran tersebut.

Keghairahan seks berpunca daripada kekuatan syaraf, jika pada zaman remaja lagi telah digunakan kepada perkara yang tidak sesuai dengan tuntutan syarak sudah pasti akan menimbulkan kesan yang negatif dikemudian hari. Itulah sebabnya banyak kita dengar dewasa ini pasangan suami isteri mengeluh dan bahkan dalam keadaan resah gelisah lantaran tidak puas dalam mengadakan hubungan jimak suami isteri. Semua ini terjadi kemungkinan besar mereka tidak mengikuti sunnah yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga diri dan syahwat.

Bagi seorang pelajar, banyak aktiviti boleh dilakukan untuk mengalihkan kebiasaan yang kurang baik tersebut kepada aktiviti yang lebih bermanfaat. Seorang pelajar IPT merupakan calon intelektual yang akan terjun ke masyarakat, jadi alangkah baiknya jika masa-masa terluang digunakan untuk mengasah minda dengan menulis artikel ataupun mengkaji bahan-bahan ilmiah. Walaupun karya tersebut tidak diterbitkan, kemungkinan pada suatu saat nanti setelah bekerja semuanya itu akan berguna. Fikirkanlah dan kerjakanlah sesuatu yang bermanfaat agar perhatian anda dapat dialihkan daripada suka melihat perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat tersebut. Wallahu A’lam.

Soalan #03: Apakah hukumnya sekiranya seseorang lelaki itu mengeluarkan air maninya dengan sengaja (melancap/onani) dengan alasan untuk mengelakkan terjerumus daripada melakukan zina yang sudah pasti berdosa besar?

Onani yang dilakukan seorang lelaki dengan memainkan alat kelaminnya dengan tangannya sendiri termasuk suatu perkara yang merosak unsur etika dan adab. Para ulama sendiri berbeza pendapat dalam menetapkan hukumnya.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa onani tersebut hukumnya haram secara mutlak. Sedangkan sebahagian lain mengatakan haram dalam suatu keadaan dan wajib dalam keadaan lain dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya makruh.

Menurut mazhab Syafie dan mazhab Maliki melakukan onani itu hukumnya haram. Alasan mereka adalah bahawa Allah SWT telah menyuruh manusia untuk menjaga faraj atau kemaluan dalam segala keadaan kecuali untuk menjimak isteri. Dalam ayat Al Quran dijelaskan:

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tiada tercela. Barangsiapa yang mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas”. (Al Mukminun ayat 5-7)

Adapun di antara ulama yang mengatakan bahawa onani dengan tangan sendiri itu haram dalam suatu keadaan dan wajib dalam keadaan lain adalah ikut pengikut Imam Hanafi. Pendapat ini mengatakan bahawa andaikata seseorang dikhuatirkan akan berbuat zina maka wajiblah ia menyalurkan nafsu seksualnya dengan onani. Pendapat ini mengikuti kaedah “Jika berkumpul dua bahaya, maka wajiblah kalian mengambil bahaya yang paling ringan”.

Diantara yang berpendapat makruh ialah Ibnu Umar dan Atha’ . Dan diantara yang berpendapat mubah ialah Ibnu Abbas, Hasan dan sebahagian pembesar tabi’in. Cara yang paling baik untuk bertaubat dari pekerjaan “melampaui batas” ini dengan banyak berpuasa, berzikir dan jangan tinggalkan perkara wajib seperti solat dan sebagainya. Sebab dalam hadis juga ada menjelaskan jika tidak mampu untuk berkahwin maka berpuasalah agar syahwat kita terpelihara.

Soalan #04: Apakah yang dikatakan homeseks dalam Islam dan bagaimanakah yang dikatakan seorang itu telah melakukan homeseks?

Homoseks menurut kacamata Islam adalah satu perbuatan yang berdosa besar. Pelakunya dilaknat oleh Allah SWT. Homoseks melibatkan perlakuan seks sumbang antara lelaki sesama lelaki. Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh imam Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan apabila seorang lelaki naik ke atas badan seorang lelaki lain untuk melakukan hubungan seks, maka bergegarlah arasy Tuhan. Ini menunjukkan betapa perbuatan  ini suatu perbuatan yang terkutuk di sisi Allah.

Soalan #05: Apakah perbezaan air mani dengan air mazi dan mungkinkah ia boleh bercampur menyebabkan kita perlu mandi wajib apabila kita lihat telah keluar air mazi. Boleh kita sembahyang tanpa mandi wajib jika kita pasti yang keluar itu air mazi?

Air mani keluar dari orang lelaki dan juga orang perempuan. Bezanya air mani lelaki berwarna putih manakala air mani perempuan berwarna kuning. Antara air mani dengan air mazi pula ada perbezaannya. Air mani lelaki keluar secara memancut dengan beberapa kali pancutan. Keluar pula disertai dengan kelazatan. Baunya seperti tepung yang diuli atau bau putih telur yang direbus.

Air mazi pula adalah air yang keluar dari kemaluan yang berwarna putih jernih dan biasanya keluar apabila seesorang itu naik syahwat ketika berkhayal, melihat orang perempuan, menonton filem-filem seks dan lain-lain. Ia tidak akan keluar secara memancut. Air mani dan air mazi boleh jadi bercampur antara satu sama lain khasnya selepas selesai melakukan persetubuhan, kerana itu yang terlibat hendaklah mandi wajib.

Dalam keadaan biasa mazi sahaja yang keluar tidak air mani. Jika seseorang syak adakah yang keluar itu mani atau mazi, maka ia hendaklah membuat pilihan berdasarkan yang diyakininya. Jika yang diyakini yang keluar itu adalah air mani hendaklah ia mandi wajib, tetapi jika diyakini yang keluar itu adalah mazi cukuplah dibasuh alat kelamin dan dibersihkan pakaian yang terkena air mazi itu.

Soalan #06: Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai ‘jeans’ dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?

Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.

Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram  di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

Soalan #07: Orang yang melakukan zina hukumnya dalam Islam ialah sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin hukum rejam sampai mati. Masalahnya di negara ini tidak menjalankan hukum tersebut, jadi macam mana caranya untuk bertaubat kepada Allah?

Sebenarnya setiap umat Islam berkewajipan untuk menjalankan hukum-hukum Islam, namun jika pihak yang berkewajipan seperti para ulama dan pemimpin tidak dapat menjalankannya itu kerana kelemahan kita sendiri. Moga-moga kita dimaafkan Allah. Jika kita telah terlanjur melakukan perbuatan dosa (zina) maka segeralah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenarnya. Dalam Islam juga dianjurkan untuk merahsiakan dosa yang telah kita kerjakan dan jangan segera mengumumkan apa yang telah dilakukannya.

Dalam buku Al Muwatta karangan Imam Malik mencatat suatu riwayat yang diambilnya dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Wahai manusia telah tiba masanya kamu menghindarkan diri dari hukuman-hukuman kerana melanggar ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Barangsiapa terjerumus dalam kejahatan ini maka hendaklah ia membentengi dirinya dengan benteng Allah. Sebab barangsiapa yang menyatakannya kepada kami, nescaya kami laksanakan atas ketentuan-ketentuan Allah”.

Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahkan oleh Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah bertaubat dengan menjalankan segala syarat-syaratnya: (1) Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. (2) Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-benar tidak akan mengulanginya lagi. (3) Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua kejahatan yang pernah lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya. (4) Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu.

Soalan #08: Adakah seseorang itu memasukkan jari ke faraj untuk tujuan melepaskan nafsu daripada mengelakkan zina itu berdosa?

Perbuatan memasukkan jari ke dalam faraj untuk memuaskan nafsu adalah suatu perbuatan yang haram menurut kacamata agama Islam. Perbuatan ini juga menzalimi diri sendiri. Dara bagi seseorang gadis adalah sesuatu yang cukup penting dalam hidupnya. Seorang gadis yang tidak ada dara akan dianggap oleh masyarakat sebagi seorang pelacur, atau seorang yang kuat bermain sukan, atau seorang yang dirogol atau diperkosa. Inilah anggapan masyarakat pada diri gadis yang tidak ada dara lagi.

Seorang suami yang beriman sangat menilai adakah isterinya masih ada dara atau tidak. Jika tidak ada dara lagi ia merasakan kelelakiannya sudah tercabar. Perbuatan ini jga merosakkan diri sendiri. Justeru itu suka dicadangkan kepada saudari yang bertanya supaya bertaubat kepada Allah dengan segera dan meninggalkan perbuatan ini. Tunaikan solat hajat banyak-banyak untuk memohon seorang suami yang salih untuk saudari dan perbanyakkanlah membaca surah Yusuf. Mudah-mudahan Allah menyelamatkan saudari dari terjerumus ke jalan yang salah itu.

Berkahwin adalah jalan paling selamat kepada saudari. Al-Quran menceritakan kepada kita apabila masyarakat nabi Allah Lut melakukan hubungan seks sesama lelaki, nabi Lut menawarkan supaya mereka berkahwin dengan anak-anak perempuannya yang suci tetapi mereka menolak. Akhirnya Allah SWT menghancurkan mereka sehingga bumi mereka sendiri lenyap dan yang timbul hanyalah laut Mati di negara Jordan sekarang.

Jika saudari tidak mampu berkahwin hendaklah saudari berpuasa sunat kerana dengan berpuasa itu dapat menyelamatkan saudari dari perzinaan malah ia kan menjadi benteng kepada saudari. Berkawanlah dengan sahabat yang salihah, Sentiasalah menghadiri solat berjemaah baik di surau mahupun di masjid.

Soalan #09: Apabila malam pertama pengantin bolehkah ia bersetubuh dengan isterinya, kata orang malam pertama haram, dan boleh dilakukan pada malam ketiga sahaja?

Dalam Islam apabila sudah sah akad nikah dijalankan, maka halallah perhubungan antara suami isteri. Tidak terdapat sebarang nas baik dari Al-Quran mahupun dari hadis yang melarang seorang suami menyetubuhi isterinya pada malam pertama, bahkan sesetengah pihak menganggap malam pertama itu sebenarnya adalah malam bersejarah dalam hidup seorang anak gadis.

Kerana pada malam itu ia mula mengorak langkah ke arah menjadi seorang ibu dalam ertikata yang sebenarnya, kecualilah jika isteri didatangi haid pada malam pertama , maka haram kepada suami menyetubuhinya melainkan setelah isterinya itu mandi junub. Berdasarkan nas Al-Quran menjimak isteri ketika haid adalah haram.

Soalan #10: Apa hukumnya suami mencium faraj isteri dan isteri mencium zakar suami?

Setelah melangsungkan perkahwinan seorang suami halal berseronok-seronok dengan isterinya sebagaimana halal kepada seorang isteri berseronok-seronok dengan suaminya. Perkahwinan adalah satu saluran terbaik kepada seorang suami dan isteri melepaskan runtunan nafsu semulajadinya dan cara ini dihalalkan oleh syarak dan diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu Islam juga menekan soal adab sopan dalam menjalani rumah tangga. Melihat kepada nas Al-Quran secara umumnya ia menjelaskan keharusan mendatangi isteri mengikut yang disukai oleh suaminya.

Bagaimanapun suami melihat dan mencium alat kelamin isteri dan isteri melihat alat kelamin dan mencium alat kelamin suami ketika melakukan persetubuhan menjadi satu perkara yang diperselisihkan di kalangan ulamak. Sesetengahnya berpendapat makruh berbuat demikian kerana ia boleh mewarisi penyakit buta dan ia juga melambangkan kurang kesopanan antara suami dan isteri.

Sesetengahnya pula berpendapat perbuatan tersebut dibenarkan oleh syarak berdasarkan umumnya ayat di atas. Pendapat ini dinukilkan dari imam An-Nawawi dan juga imam Al-Qurtubi. Pengarang kitab Ahkam Al-Awrat dan An-Nazar berpendapat dibenarkan berbuat apa sahaja kepada suami isteri yang sudah sah perkahwinannya.

Kesimpulannya para ulamak masih berselisih pendapat tentang hukum di atas di antara yang mengharuskannya dengan yang memakruhkannya. Apa yang jelas ialah Nabi SAW ketika bersama dengan Aisyah RA tidak pernah melihat alat kelaminnya sebagaimana Aisyah juga tidak pernah melihat alat kelamin nabi SAW. Inilah adab sopan yang sewajarnya diikuti.

Author: Audi Faliq Ibrahim

Manager (Media & PR) at Yayasan Basmi Kemiskinan

44 thoughts on “Soal Jawab : Seksologi & Rumahtangga”

  1. apakah hukumnye jika suami x tunaikan tngjwb iaitu nafkah batin selama 2 thn?n istri amat terseksa n ingin menuntut cerai tp masih ada rasa syg.suami berkenaan adalah menyukai kaum sejenis…

    Like

    1. Saya bukanlah orang yang boleh menjawab soalan ini, saudara boleh merujuk kepada pakar agama atau mana-mana ustaz. Pada pendapat saya, si isteri boleh memohon cerai kerana ketika akad nikah, si suami telah pun melafazkan taklik yang salah satunya mengatakan bahawa isteri boleh memohon cerai jika si suami mengabaikan tanggungjawabnya (zahir dan batin) selama 3 bulan hijrah berturut-turut (betulkan jika saya silap).

      Jika si isteri masih sayangkan si suami, itu sebenarnya bukan alasan, kerana pilihan sudah ada. Tetapi masih ada ruang untuk pendamaian dan menyelamatkan rumah tangga, iaitu pasangan tersebut boleh merujuk kepada keluarga atau jika perlu, ke pejabat agama untuk sesi kaunseling rumah tangga.

      Like

    2. salam sy dh berkawin 6bln, msh blm ada tnda2 tuk hamil.suami sering mendesak supaya sy hamil cepat…. masalah nya setiap kali bersama air mani suami sering keluar. mcm mn tuk mengelakkn mslah tersebut

      Like

      1. W’salam Puan.

        Saya bukanlah orang yang arif untuk memberi pendapat saya berkenaan isu yang Puan utarakan. Namun apa yang saya faham dari pembacaan umum dan rujukan dari pelbagai sumber, adalah normal jika selepas bersama, air mani suami terkeluar sedikit. Sukacita saya kongsikan bahawa untuk hamil, tidak semestinya semua air mani harus berada di dalam, kerana kehamilan boleh terjadi walau hanya setitis kecil air mani hadir di dalam rahim.

        Tetapi sebagai satu usaha, Puan boleh mengurangkan kemungkinan untuk air mani tertumpah keluar dengan meletakkan bantal di pinggul selepas selesai bersama dan biarkan seketika untuk membolehkan air mani suami Puan masuk ke dalam rahim. Insya Allah, kehamilan adalah bergantung kepada rezki dan izin Allah, maka Puan dan suami tidak harus berputus asa untuk mencuba dan berusaha.

        Harap ini membantu.

        Like

  2. salam, jika seorang suami melakukan hubungan kelamin dgn isterinya dan tapi hanya memasukan alat kelamin dan berhenti tanpa mengeluarkan air maninya, haruskah mandi wajib atau cukup sekadar berwuduk. terima kasih

    Like

    1. Berdasarkan pembacaan saya, apabila telah bertemu kelamin lelaki dan wanita, maka wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Boleh rujuk pada ustaz/ustazah untuk maklumat yang lebih tepat. Wallahualam.

      Like

  3. Isteri sgt syg pd suaminya tp si suami sgt2 mengabaikan keperluan batin isteri. Sering meluah rasa pd si suami tp xde apa yg berubah..X mgkn isteri menuntut cerai kerana suami seorg yg baik. X dpt menahan nafsu n tpaksa buat sendiri n kdg2 tlanjur dluar n seringkali menyesalinya. Si isteri buntu..xde solution..

    Like

    1. Saya bukannya individu yang mempunyai autoriti untuk memberikan pendapat menggunakan sudut pandangan agama, tetapi pendapat peribadi saya, jika suami telah mengabaikan keperluan batin si isteri, adalah hak isteri untuk meminta pada suami dan jika tidak salah saya, boleh dibawa perkara ini kepada pejabat agama. Saya berpendapat begini kerana salah satu keperluan suami isteri adalah nafkah batin, dan jika nafkah batin terabai, maka itu telah menyalahi tujuan perkahwinan itu sendiri. Akhirnya juga, terpulang kepada budi bicara si isteri sendiri.

      Like

  4. Apakah hukumnya bila seorang suami mengatakan kepada seorang isteri ‘bagilah dot dot dot kau tu pada sesiapa yang kau nak, aku dah bosan dengan sikap kamu’.

    Like

    1. Saya bukanlah pakar dalam bidang agama, tetapi pendapat peribadi saya, jika statement ‘bagilah dot dot dot kau tu pada sesiapa yang kau nak, aku dah bosan dengan sikap kamu’ itu dilafazkan pada isteri, itu seolah-olah lafaz cerai secara halus (indirect). Untuk kepastian saudara boleh bertanya pada ustaz/ustazah. Wallahualam.

      Like

  5. Sya nk tny tntang hukum seorang isteri yg tlah dceraikn tp masih mnuntut nafkah dr bekas suami wlwpn bekas suaminya itu tidak mgabaikan perbelanjaan bulanan bekas isteri dn anak2nya itu.

    Like

  6. Apakah hukum isteri menolak permintaan suami untuk bersama, alasan penat.. dipeluk-peluk pun tidak diberi, alasan panas, rimas.. dan apakah pula hukum jika suami mengeluarkan air mani dengan sendiri disebabkan perkara tersebut kerana mahu melakukan dosa diluar iaitu zina kerana tidak tahan.. nafsu lelaki hanyalah 1..

    Like

    1. Berdasarkan hukum, isteri wajib melayan kehendak suami walaupun dia letih. Ada beberapa hadis kalau tak salah saya menegaskan perkara ini. Walau bagaimanapun, suami perlu memahami keadaan isteri dan menggunakan budi bicaranya. Saudara boleh bertanya kepada guru agama untuk jawapan yang lebih jelas.

      Like

  7. suami sy suka melayari lmn web lucah tnpa pengetahuan sy..bila balik dr kerja saya tengok seluar tidur suami ‘basah’..saya tertanya2 knp jd mcm 2?adakah krn dia tak mndapat kepuasan ketika bersama?..

    Like

    1. Puan, saya secara peribadi bukanlah orang yang layak untuk beri pandangan kerana saya sendiri masih belum berkahwin dan bukanlah arif berkenaan soal hukum agama Islam secara mendalam. Tetapi saya boleh berikan pandangan peribadi saya.

      Sebagai lelaki, dan apabila bercakap berkenaan kepuasan seksual, ia agak subjektif dan berbeza di antara setiap lelaki. Kegemaran suami Puan menonton video lucah tidak semestinya bermaksud dia tidak puas dengan Puan, tetapi ada beberapa sebab lain. Mungkin, dia sudah biasa menonton video lucah sebelum berkahwin, jadi tabiatnya sukar untuk dibuang. Atau dia saja inginkan kelaian dari sudut melihat tubuh badan wanita lain. Saya bercakap dari sudut psikologi, dan dari sudut agama, memang ia adalah dilarang dalam Islam.

      Puan boleh bertanya secara baik dengan suami Puan dan menasihatinya yang menonton video atau laman lucah adalah perbuatan yang tidak baik. Juga, minta suami Puan terus-terang berkenaan apa yang Puan boleh baiki dalam perhubungan suami isteri.

      Like

  8. Soalan saya.say adan suami kerab bergaduh dan suami kerap cakap “ko nak ape sekarang ni nak cerai ok lah” adakah lafaz ini boleh jatuh talak?

    Like

    1. Berkenaan soal ini, maaf saya tidak boleh memberikan maklumbalas kerana saya kurang arif. Puan boleh bertanya kepada mana-mana guru agama atau pejabat agama untuk mengenalpasti sama ada lafaz tersebut jatuh atau tidak.

      Like

  9. assalamkum saya alis dr gemas n9.saya ingin menanyakan 1 soalan,jikalau suami isteri bersetubuh pada malam dalam bulan ramadhan,lalu tidak mandi wajib, sah ke puasa saya? yang saya tahu kalau di dalam solat mmg tidak sah.bantu saya untuk menjawab persoalan ni…

    Like

    1. W’salam. Berdasarkan pemahaman saya, boleh bersahur dan berpuasa pada walaupun sedang dalam hadas besar kerana bersetubuh suami isteri, tetapi jika boleh digalakkan mandi wajib terlebih dahulu. Puan boleh rujuk pada Ustaz/Ustazah untuk jawapan yang lebih tepat kerana saya bukanlah orang yang begitu arif berkenaan soal hukum ini. Wallahualam.

      Like

    2. waalaikumussalam wbt… maaf jika saya mencelah dalam persoalan puan ini. Soalan yang puan utarakan sama seperti yang saya baca pada Metro Ahad lepas (22.7.12). Puasa itu sah, tapi seelok-eloknya hendaklah mandi hadas sebelum masuknya azan subuh. Tapi ada juga saya terbaca yang mengatakan tidak sah, kerana dalam berhadas. banyak pendapat dalam persoalan ini. Lebih baik puan bertanya pada yang lebih arif

      Like

  10. saya nak mintak pandangan..suami saya tidak bertegur sapa dengan kedua ibu bapa saya..dan masalahnya..kami menumpang rumah ibu bapa saya..saya rasa tersepit..saya sudah nasihat kan suami supaya bertegur sapa tp dia tidak mengendahkannya..saya pernah mengugut tidak balik umah orang tuanya selagi dia tidak berbaik2 dgn ibu bapa saya…

    Like

    1. Secara peribadi, apa yang saya faham, ibubapa mertua adalah umpama ibubapa kita sendiri, dan ini bermaksud kita perlu menghormati mereka. Mungkin ada sebab musabab yang menyebabkan suami Puan menjadi dingin dengan ibubapa Puan, dan Puan boleh mengoreknya secara bijaksana. Saya katakan begini kerana orang lelaki lazimnya ada egonya yang tersendiri yang menyebabkan dia payah untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya hatta kepada isteri atau teman rapat.

      Like

    2. pendapat saya. Sebaik-baiknya cubalah tinggal berasingan dengan mak ayah sendiri selepas berkahwin. mungkin suami puan merasakan kurang selesa dan tiada privacy ketika menumpang di rumah mertua. Mengugut dengan cara begitu tidak bagus bahkan tidak menyelesaikan masalah bahkan melebarkan jurang permasalahan

      Like

  11. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak saudara, apakah hukumnya apabila isteri sering memberi alasan sakit dan kurang senang apabila suami cuba merangsang isteri walaupun dilakkukan dengan lemah lembut, sehinggakan pihak suami rasa terhalang untuk memenuhi tuntutan batin dirinya sendiri?

    Like

    1. Pendapat peribadi saya, adalah wajib bagi seorang isteri untuk melayan kehendak suaminya, tetapi suami juga perlu menggunakan rasional dan kebijaksaannya dan bukan hanya mengikut kehendak peribadi semata-mata. Soal hukum, saya kurang pasti kerana saya bukanlah seorang Ustaz atau ilmuan agama, tetapi apa yang saya faham dan belajar, isteri tidak boleh menolak kehendak suami, hatta untuk berpuasa sunat pun, perlu izin suami. Mungkin Tuan boleh bertanya kepada Ustaz/Ustazah untuk lebih kepastian.

      Like

  12. Assalamualaikum. Bolehkah suami mencium lubang jubur isteri supaya isteri mendapat ransangan sebelum melakukan hubungan seks, dan bolehkah mengorek2 lubang jubur isteri semasa melakukan hubungan?.

    Like

  13. Apa hukum lelaki yang menambah saiz zakar bagi tujuan niat kebahagian rumahtanga..?dan bagaimana dengan lelaki yang belum berkhwin kerana risau tidak dapat memberi kepuasan pada bakal isteri kelak..?

    Like

  14. salam,sy ingin bertanya…
    adakah talak itu jatuh jika si suami pernah bertaklik,,contohnya jika awk masih ber sms dgn bks ex bf awk kt 2 cerai,,walaupun ketika itu tiada saksi n dlm keadaan marah

    Like

    1. Salam sejahtera Puan.

      Berkenaan soalan, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kerana saya tidak berkelayakan. Walau bagaimanapun, secara peribadi menurut pemahaman dan pembacaan saya, taklik itu terpakai kerana ada syarat (condition) dan dikira jatuh jika memenuhi syarat berkenaan. Keperluan untuk saksi itu saya kurang pasti.

      Puan boleh merujuk kepada guru agama atau pejabat agama untuk nasihat dan pendapat yang lebih jelas dan jitu. Harap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

  15. saya mempunyai 5 orang anak. selepas 4 atau 5 bulan selepas melahirkan kami kerap melakukan hubungan seks. dalam sehari biasanya 6 kali hubungan seks yang kami lakukan. akibatnya selepas 6 atau tujuh bulan selepas melahirkan saya akan kembali hamil. kami sangat selesa apabila kerap melakukan hubungan seks tambahan pula perut semakin membesar. selepas usia kandungan berumur 5 bulan kami akan kerap melakukan hubungan seks sehingga 6 kali sehari. hubungan ini kami lakukan sehingga sampai masa mahu melahirkan. malah semasa di dalam pantang juga suami sering membelai buah dada saya untuk memuaskan saya. apakah hubungan yang terlalu kerap ini baik untuk diri dan kandungan saya?. ketika ini juga saya sedang hamil 5 bulan untuk anak yang ke-6. saya juga berasa puas apabila suami sering memasukkan jari untuk menolak rahim sambil menghisap buah dada.

    Like

  16. saya suri rumah yg mempunyai 3 org cahayamata.saya mempunyai masalah dgn suami saya.suami saya ni seorang pendiam.dia juga baik .tetapi kebelakang ini saya selalu bergaduh dgn dia.atas sebab layanan dia kpd saya.tp dia selalu kata itu semua perasaan saya je.akhir nya menyebab kan saya makin panas dgn nya.baru-baru ni saya terbaca tentang dia chat dgn seorang perempuan yg dia tidak kenali.ini adalah kali kedua saya terbaca chat sebegini tetapi kali pertama dia chat dgn anak kawan saya.apabila di tegur dia kata saya cemburu.lalu sya ketepikan nya tp utk kali ini saya amat marah lalu saya ajak dia berbincang tp dia tetap salah kan saya kata nya saya nincemburu buta.saya rasa masalah saya ni masih ada.dia juga kurang layan saya tp dgn org lain dia rancak sekali.itu lagi membuat kan saya terasa hati.mintak jasa baik selesaikan masalah saya ni tq

    Like

  17. Saya ingin bertanya…..jika seorang isteri tidak menjalankan tggjwab selama hampir setahun biarpun suaminya sudah menjalankan tggjwab walaupun tidak seberapa, maksudnya keperluan itu tidaklah seberapa kerana sekarang ni saya bekerja dengan gaji yang jauh lebih kecil dr sblumnya…., tp saya tetap memberi nafkah tersebut. lagi satu isteri ada menjalinkan hubungan dgn lelaki lain, dah dinasihati byk kali termasuk ibunya sdri shggakan bergaduh dgn ibunya tp dia tetap mjlinkan hbgan tersebut dan saya sdri mengetahuinya tp kerana sygkan dia dan memikirkan anak2 saya(3 org)saya tak berani buat keputusan disebabkan anak2. Saya telah pergi ke Pej.Kadi utk sesi kaunseling tp nampaknya masih sama. bagaimanakah yg perlu saya lakukan untuk dia berubah dan kembali ke pgkuan saya semula? untuk pengetahuan….saya ni cepat pnas baran bila saya rasa perkara yg saya tak suka isteri saya buat cthnya keluar tanpa izin saya…tq

    Like

    1. Maaf, saya tidak dapat menjawab soalan saudara kerana bukanlah pakar bertauliah. Saya cadangkan saudara untuk rujuk pakar kaunseling perkahwinan atau individu yang lebih berpengalaman.

      Like

  18. Audi faliq,,, saya rasablog kamu ini lebih kepada suka melihat masalah rumahtangga orang sekadar untuk mengutip cerita dan memenuhi ruangan blog kamu sahaja….tidak perlu kamu mengadakan ruangan soal jawab begini pada sesuatu yang kamu tidak arif atau pakar….setiap soalan dari yang bertanya yang diajukan kepada kamu tentulah mereka inginkan jawapan….justru jawapan kamu lebih kepada mengelak atau menangkis dari memberi jawapan kerana pada pandangan saya kamu benar benar tidak layak untuk menjawab sebarang pertanyaan berkisarkan alam rumah tangga berdasarkan:
    1. Kamu belum berkahwin.
    2. Kamu bukan ilmuan agama.
    3. Kamu hanya sekadar seronok untuk mendengar, membaca masalah rumahtangga orang.

    Saya harap kamu tukarkan ruangan kamu ini kepada ruangan yang sesuai dengan kelayakan dan status kamu.

    Like

    1. Salam Puan,

      Terima kasih atas keprihatinan Puan terhadap kandungan blog ini khususnya artikel ‘Soal & Jawab’ ini. Izinkan saya memberi penjelasan;

      1. Pertamanya, saya akui saya bukan orang yang layak memberi maklumbalas dan jawapan atas persoalan-persoalan yang diajukan oleh pembaca kerana sebab-sebab yang Puan jelaskan (masih belum berkahwin dan bukan ilmuan agama). Justeru saya mengelak dan berterus-terang dengan si pengaju pertanyaan untuk tidak menjawab dan mencadangkan mereka merujuk kepada yang lebih pakar. Jika niat saya mahu mencari populariti dan menunjuk pandai, saya boleh bertanya pada orang lain dan memberi jawapan seolah-olah saya yang menyelesaikannya. Tetapi itu bukan niat saya.

      2. Artikel ini bukanlah tulisan saya tetapi saya hanya memanjangkan (forward) kepada para pembaca blog saya untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Niat saya bukanlah untuk membuka aib ataupun ingin mengutip isu-isu rumah tangga dan mengambil kesempatan seperti menaikkan ‘hits’ blog. Untuk pengetahuan Puan, artikel ini adalah kompilasi daripada beberapa sumber dan seorang sahabat saya yang mencadangkan agar saya memaparkannya untuk para pembaca dapat mengambil manfaat dan pengajaran.

      3. Untuk soalan-soalan yang saya jawab, saya telah memberi ‘disclaimer’ bahawa jawapan saya adalah bersifat peribadi dan bukan sahih dan boleh dijadikan panduan dalam penyelesaian. Saya maklum tahap ilmu dan kemampuan saya dan tidak akan memberi jawapan atau pandangan melangkaui pemahaman dan ilmu saya.

      4. Objektif saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi buah fikiran saya di samping berkongsi ilmu-ilmu yang saya dapat dan dengar daripada sumber yang baik dan bermanfaat. Saya tidak mempunyai niat komersial atau membuat keuntungan daripada blog ini dan mengambil kesempatan atas isu-isu berat untuk menarik ‘hits’ ke blog saya. Saya alu-alukan Puan untuk membaca artikel-artikel yang telah saya tulis atau kongsi dan jika ada mana-mana artikel yang Puan rasa berbaur komersial atau mengambil kesempatan, sila maklum pada saya.

      Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Puan atas teguran dan nasihat yang diberikan. Namun saya berpendirian untuk terus memaparkan artikel ini bagi manfaat bersama tetapi saya tidak akan menjawab apa-apa soalan sebagai menghormati nasihat Puan dan mengambil maklum kekangan diri.

      Sekian dan salam hormat.

      AUDI FALIQ IBRAHIM

      Like

Comments are closed.