Rahsia Ovi Store, Nak Tahu?


Adakah anda seorang pengguna telefon bimbit Nokia? Jika ya, sudah pasti anda kenal akan Ovi Store. Ovi Store, sepertimana Apple App Store, Blackberry AppWorld dan Android Market, adalah pusat sehenti bagi mendapatkan aplikasi-aplikasi berkualiti untuk telefon bimbit Nokia. Kekurangannya, anda perlu menggunakan aplikasi Ovi Store di dalam telefon anda untuk mencari dan memuat turun aplikasi yang diperlukan, dan ini memerlukan kos tambahan seperti kos data. Jika kos data bukan halangan, bateri telefon anda mungkin kehabisan dengan lebih cepat akibat pengaliran data keluar masuk. Laman web Ovi Store tidak memberi pilihan kepada anda untuk memuat turun secara terus ke dalam komputer anda dan ‘side load’ ke dalam telefon bimbit. Benarkah begitu?

Sebenarnya, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus dari laman web Ovi Store tanpa perlu menggunakan telefon bimbit anda, tetapi ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan. Tidaklah sesusah mana, dan saya akan tunjukkan satu persatu. Anda ingin tahu? Teruskan membaca. Ambil perhatian bahawa petua ini hanya berkesan untuk aplikasi percuma, jika anda ingin muat turun aplikasi berbayar, anda perlu menggunakan telefon bimbit anda. Tetapi rasanya, anda tentunya mahu muat turun aplikasi yang percuma bukan? :-)

‘Hidden Secret’ Di Dalam Ovi Store

Rajah 01: Selepas anda klik pada nama aplikasi, page ini akan terpapar, dengan dua pilihan diberikan iaitu 'Send To Mobile' dan Send To Friend'.

Pertamanya, buka laman web Ovi Store (store.ovi.com) dan log masuk ke dalam akaun anda. Jika anda tidak memiliki akaun Ovi, anda perlu membuat akaun baru. Secara logiknya, jika anda pernah menggunakan Ovi Store di dalam telefon anda, sudah pasti anda ada akaun Ovi. Setelah log masuk, anda akan melihat laman utama yang memaparkan aplikasi-aplikasi pilihan. Pastikan model telefon bimbit anda adalah betul. Lihat di sudut kanan sebelah atas, jika Your Cell Phone memaparkan model yang salah, tukar kepada model yang betul.

Cari aplikasi yang anda inginkan. Anda boleh melihat satu persatu, atau browse berdasarkan kategori yang ada, atau search jika anda tahu nama aplikasi tersebut. Setelah anda temui aplikasi yang anda mahukan, klik pada aplikasi tersebut. Dalam contoh ini, saya telah log masuk ke dalam akaun Ovi saya, dan saya ingin memuat turun tema (theme) yang bertajuk ‘Tiger by Pizero Design’. Saya kemudiannya klik pada nama tema tersebut, dan satu page baru akan terpapar.

Rajah 02: Tukarkan frasa 'send-to-friend' kepada 'download', kemudian tekan kekunci ENTER.

Dalam page tersebut, anda dapat membaca keterangan berkenaan aplikasi tersebut, dan dua (2) pilihan di sebelah kanannya, iaitu Send To Mobile dan Send To Friend (lihat Rajah 01). Klik pada pilihan Send To Friend. Sekali imbas, laman web tersebut seolah tidak bertukar, dan di bahagian bawah anda dapat melihat pilihan yang membolehkan anda memasukkan nombor telefon rakan anda untuk menghantar link aplikasi tersebut kepadanya. Anda bukan mahu menghantar aplikasi tersebut kepada kawan, anda sendiri mahukan aplikasi tersebut bukan? Ya, saya tahu, sabar, teruskan bacaan. Sekarang, lihat pada address bar, anda akan melihat address web kepada aplikasi tersebut, dan berakhir dengan /send-to-friend. Tukarkan frasa send-to-friend tersebut kepada download, dan tekan ENTER (lihat Rajah 02). Kemudian dialog box muat turun akan terpapar, dan anda boleh save fail pemasangan (installer) tersebut ke folder yang bersesuaian sebelum ditransfer ke telefon bimbit anda.

Selesai? Belum, ada lagi. Teruskan bacaan. Saya dah kata, ada beberapa langkah, dan langkah belum tamat lagi.

Hampir Ke Situ…

Rajah 03: Extension fail ini adalah .sis.dm, jadi kerja saya belum selesai. Langkah seterusnya perlu dibuat...

OK, sampai takat ini, anda telah berjaya memuat turun fail pemasangan (installer) aplikasi tersebut. Tahniah, langkah pertama telah selesai. Keperluan untuk langkah seterusnya adalah bergantung kepada installer yang anda muat turun tadi. Semasa anda muat turun sebentar tadi (semasa Download/Save File dialog box terpapar), apakah extension fail tersebut? Jika extension fail tersebut adalah .jar, .sis, atau .sisx, anda boleh terus transfer fail tersebut ke dalam telefon anda dan install (dan hentikan bacaan anda di sini). TETAPI, jika extension fail tersebut adalah .jad, .sis.dm, atau .sisx.dm, masalah anda belum selesai, teruskan bacaan dan ikut langkah-langkah di bawah ini. Rujuk kembali contoh saya sebelum ini, saya ingin muat turun tema ‘Tiger by Pizero Design’, dan setelah langkah-langkah sebelum ini disempurnakan, pada dialog box muat turun saya, saya dapati extension fail tersebut adalah .sis.dm (lihat Rajah 03) dan ini bermaksud saya perlu mengikuti langkah seterusnya di bawah ini.

Langkah pertama, anda perlu muat turun program bernama Notepad++, kerana program ini membolehkan kita meng-edit fail installer aplikasi yang ‘bermasalah’ tadi di peringkat programming language. Notepad biasa hanyalah basic text editor dan kurang sesuai digunakan. Jangan risau, aplikasi ini adalah percuma dan banyak kegunaannya. Klik di sini untuk muat turun Notepad++, dan install ke dalam komputer anda. Selesai, ikuti langkah seterusnya.

Kes 01: Fail Memiliki Extension .jad

Jika fail tersebut memiliki extension .jad, buka folder atau lokasi di mana anda save fail installer tadi, dan klik kanan pada fail tersebut. Anda sepatutnya dapat melihat pilihan Edit with Notepad++ dan klik pada pilihan tersebut. Tetingkap penyuntingan (editor) Notepad++ akan terpapar. Seterusnya, cari baris teks yang mempunyai perkataan MIDlet-Jar-URL, dan sepatutnya anda dapat melihat satu baris alamat laman web yang agak panjang (contohnya https://d.ovi.com/p/g/store/667337/RosPutih.jar?q=ehmf1H4rY4N1…). Copy seluruh alamat ini dan paste ke address bar browser anda, dan tekan ENTER. Anda akan dapat muat turun fail .jar yang merupakan installer sebenar, dan transfer fail .jar ini ke telefon bimbit anda dan install. Selesai tugas!

Kes 02: Fail Memiliki Extension .sis.dm Atau .sisx.dm

Rajah 04: Untuk fail .sis.dm dan .sisx.dm, buang (delete) tiga (3) baris pertama yang anda dapat lihat dalam Notepad++, dan anjakan teks di bawahnya ke atas sehingga baris pertama.

Jika fail tersebut memiliki extension .sis.dm atau .sisx.dm, buka folder atau lokasi di mana anda save fail installer tadi, dan klik kanan pada fail tersebut. Anda sepatutnya dapat melihat pilihan Edit with Notepad++ dan klik pada pilihan tersebut. Tetingkap penyuntingan (editor) Notepad++ akan terpapar, dan anda dapat melihat aksara-aksara yang tidak difahami, dan perhatikan, pada baris pertama hingga ketiga (sebelum baris-baris yang menempatkan aksara-aksara ganjil), anda sepatutnya dapat melihat perkataan yang boleh dibaca, secara umumnya kelihatan seperti ini;

—boundary-1
Content-Type: x-epoc/x-sisx-app
Content-Transfer-Encoding: binary

Padamkan tiga baris tersebut, dan anjakkan baris berikutnya ke atas supaya baris yang pertama menjadi terisi (lihat rajah 04). Seterusnya, lihat pada baris paling akhir, dan jika anda dapat melihat teks yang boleh dibaca (-boundary-1 atau seumpamanya), padamkan baris tersebut dan anjakan ruang kosong yang ada (jangan tinggalkan sebarang baris yang kosong di bawah). Kemudian save fail tersebut, dan tutup Notepad++. Seterusnya, klik sekali pada fail installer tersebut, dan tekan F2 (rename). Buang penghujung .dm yang terdapat pada nama fail tersebut (contohnya rosputih.sis.dm akan menjadi rosputih.sis) dan tekan ENTER. Sekarang tugas anda telah selesai, dan anda boleh transfer fail tersebut ke telefon bimbit anda dan install.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet, Mobile Devices & Apps. and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Rahsia Ovi Store, Nak Tahu?

  1. 86 says:

    helo faliq baru read ur entry bout install application melalui ovi store. nak tanye after habis download one of application..setiap masa penggunaan application terpilih tu akan dikenakan caj ke or just kite using ovi store akan dikena kan caj? sangat menghargai nasihat awak.

    Like

    • Tiada sebarang caj dikenakan apabila kita menggunakan apps yang dipasang pada handphone kita, kecuali jika apps tersebut memerlukan data connection untuk membolehkannya berfungsi.

      Harap ini membantu.

      Like

  2. bil says:

    good advice!

    Like

  3. ran says:

    audi nak tanye lepas download one of apps (free) melalui ovi store…adakah caj data tetap akan di kena kan sepanjang pengunaan applications tu or hanya dikena kan caj pada penggunaan ovi store internet network?

    Like

    • Berkenaan caj data, jika apps yang digunakan itu memerlukan data untuk membolehkan ia berfungsi, semestinya caj data akan dikenakan. Contoh, apps seperti Facebook for Nokia, semestinya memerlukan data untuk mendapatkan content, jadi caj data akan dikenakan sepanjang penggunaan apps tersebut. Sebaliknya, jika apps tersebut merupakan standalone apps, tiada caj data dikenakan kerana apps tersebut tidak memerlukan data connection. Pendek kata, ia bergantung pada jenis dan bagaimana apps tersebut berfungsi.

      Terdapat juga apps percuma yang menggunakan data untuk memaparkan iklan, dan lazimnya, kita boleh ignore request apps tersebut untuk menggunakan data tanpa menyebabkan apps tersebut tidak berfungsi.

      Katakan kita buka satu apps, dan kemudian handphone meminta izin untuk connect ke Internet, kita just ignore. Jika apps tersebut masih terbuka selepas kita ignore, maksudnya apps tersebut boleh digunakan dan data connection sebenarnya hanya untuk memaparkan iklan.

      Tetapi, jika selepas kita ignore request untuk connect dan apps tersebut tertutup secara automatik (atau ada apa-apa mesej yang menyatakan check data connection etc.), maksudnya apps tersebut memerlukan data untuk berfungsi dan caj data akan dikenakan sepanjang penggunaan apps tersebut.

      Harap ini membantu.

      Like

  4. fitrah says:

    you really know your stuff man…

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s