20 Fakta Berkenaan LIPAS


Serangga paling popular dan paling dibenci di dunia ini.

Lipas, saya rasa ramai di kalangan anda tidak suka malah benci dengan serangga ini. Dicop sebagai antara serangga paling dibenci di dalam dunia, lipas sering dikaitkan dengan kekotoran, sampah, keadaan yang bersepah dan lain-lain konotasi negatif. Namun tahukah anda, sekecil-kecil dan sebenci-benci anda kepada serangga menyampah ini, ada beberapa fakta menarik yang saya rasa anda sendiri tidak sangka, dimiliki oleh si LIPAS ini. Teruskan pembacaan anda

FAKTA 01: Perkataan lipas di dalam bahasa Inggeris, ‘cockroach’ tiada kena mengena dengan ayam jantan mahupun Papa Roach, tetapi perkataan tersebut berasal daripada bahasa Sepanyol ‘cucaracha’ yang bermaksud serangga gila!

FAKTA 02: Seekor lipas mampu menahan nafas selama 40 minit, dan ini menerangkan mengapa kadang-kala penghalau lipas jenis asap tidak begitu berkesan.

FAKTA 03: Manusia mati jika hilang kepala, tetapi lipas boleh hidup sehingga sebulan tanpa kepala, dan lipas tersebut mati kerana kelaparan.

FAKTA 04: Jika perang nuklear meletus dan bom nuklear diletupkan, semua hidupan akan mengalami kesan teruk mahupun pupus, kecuali lipas.

FAKTA 05: Darah lipas berwarna putih, boleh periksa jika anda kurang percaya.

FAKTA 06: Lipas saiz besar, nama saintifiknya Macropanesthia rhinocerus, boleh ditemui di Australia dengan beratnya boleh mencapai 50 gram.

FAKTA 07: Lipas goreng (yucks!), adalah makanan ringan yang popular di Kemboja, dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

FAKTA 08: Untuk menangkap seekor lipas adalah amat mustahil dengan tangan kosong. Ini kerana pada badan serangga tersebut terdapat bulu-bulu halus yang berfungsi untuk mengesan walau sekecil-kecil pergerakan dan arah angin yang terhasil apabila pemangsanya datang. Namun kepantasan penyapu lidi dan kasut kadang-kala berkesan untuk membunuhnya.

FAKTA 09: Lipas betina yang disimpan di makmal untuk kajian mampu menghasilkan anak tanpa ‘sentuhan’ lipas jantan. Malangnya, anak-anaknya semua juga macam ibunya, betina.

FAKTA 10: Lipas jantan dan betina tidak perlu ‘bersama’ setiap kali mahu menghasilkan anak. Cukuplah lipas jantan ‘memecah dara’ lipas betina itu sekali sahaja, dan lipas betina tersebut akan menghasilkan anak seumur hidupnya.

FAKTA 11: Semasa Perang Vietnam, tentera Amerika menggunakan khidmat lipas untuk mengesan gerila Komunis yang menyamar menjadi petani tempatan. Rasanya lipas-lipas tersebut tidak dibayar sebarang elaun mahupun gaji.

FAKTA 12: Manusia punya gigi di dalam mulut, tetapi lipas punya gigi di dalam perut.

FAKTA 13: Anda disengat serangga berbisa? Cari seekor lipas, lumatkannya, dan pupuk pada luka tersebut. Ia dapat mengurang bisa sengatan. Persoalannya, adakah anda sanggup?

FAKTA 14: Berbanding pemandu drift professional, seekor lipas mampu menukar arah pergerakannya 25 kali sesaat.

FAKTA 15: Lipas tidak perlu menangis jika kehilangan kakinya, kerana ia akan tumbuh semula.

FAKTA 16: Lipas memiliki hidung, tetapi ia bernafas menggunakan liang pada badannya. Tanya anak anda yang telah belajar sains di tahap dua sekolah rendah kalau tidak percaya.

FAKTA 17: Memiliki 6 kaki tidak menghalang lipas untuk memiliki 18 kepala lutut, iaitu tiga lutut bagi setiap kakinya.

FAKTA 18: Lipas boleh berlari dengan kelajuan 3 batu sejam, atau 4.83 kilometer sejam, nak lebih detail lagi, 1.34 meter sesaat!

FAKTA 19: Anda lihat lipas ada sayap, tapi tidak semua lipas boleh menerbangkan diri mereka. Mungkin yang tak boleh terbang itu tak ambil lesen lagi kut.

FAKTA 20: Ini mungkin anda tidak percaya, tapi adalah fakta – Lipas menghabiskan 75% masanya dalam sehari dengan hanya duduk diam tidak berbuat apa-apa. Dalam erti kata lain, kebanyakkan masanya dihabiskan dengan hobi membuang masa a.k.a. lepak.

Demikianlah fakta-fakta tentang serangga yang paling dibenci di dalam dunia ini. Jadi jika anda terserempak dengan musuh ketat anda ini, janganlah memandang rendah akan kebolehannya OK!

This entry was posted in Bahasa Melayu, Lifestyle & Social and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to 20 Fakta Berkenaan LIPAS

  1. fitrah says:

    apis nih, password wordpress ak ilang plak, kna wat baru.
    fakta 1: giler ah serangga tuh…
    fakta 4: sangat menarik fakta nuklear nih…
    fakta 8: that tiny bulu is responsible for the ‘annoyance kejar2 x dpt’ tu rupenyer
    fakta 13: no way…
    fakta 19: i hate flying lipas more than the crawling ones
    fakta 20: lepak ye? after continuous survival effort and evolution for billion of years, that is understandable, you have to chill from time to time…

    Like

    • reynie87 says:

      “fakta 19: i hate flying lipas more than the crawling ones”

      – my thought also. flying cockroach is scarier cuz it always attack back by flying towards u when u try to kill it (or maybe its juz me) ^^

      Like

      • fitrah says:

        annoying is it not? they always seem to target you when they’re flying, I can’t stand the thought of it landing on me. ewwwwwww!

        Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s