Ramadhan & Blog Saya


Selamat Datang Ramadhan!

Insya Allah dalam beberapa hari sahaja lagi kita akan bersua semula dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Selain daripada kewajipan berpuasa yang perlu dilalui, bulan Ramadhan juga merupakan platform yang sesuai untuk kita menambahkan amal ibadat, meningkatkan amal serta bermuhasabah diri. Ramadhan merupakan bulan yang penuh keseronokan dan kemanisan, kerana kita sama-sama berlapar dan menahan diri daripada perbuatan yang ditegah, berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan serta bersolat Tarawih bersama masyarakat setempat di surau mahupun masjid berhampiran.

Sempena Ramadhan ini juga, Insya Allah saya akan cuba menulis entri-entri berunsur bulan Ramadhan dan kelebihannya, serta berkongsi pendapat dan idea berkenaan cara dan aktiviti dalam bulan Ramadhan itu sendiri. Malah, saya juga telah menyediakan blog saya ini dalam ‘mood’ Ramadhan yang mungkin anda dapat lihat sendiri. Antara elemen-elemen dan entri Ramadhan yang telah saya sediakan setakat ini adalah,

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Tahun 2011M/1432H

Ini merupakan entri pertama berkaitan Ramadhan yang saya tulis. Saya senaraikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri dan kawasan di Malaysia. Jadual ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan saya telah ‘link’ kan senarai tersebut ke dalam entri ini bagi memudahkan para pembaca mendapatkan terus daripada blog saya tanpa perlu bersusah payah ke laman web JAKIM. Untuk muat turun dan melihat senarai jadual tersebut, sila klik di sini.

Undian Ringkas (Quick Survey) Pelbagai Topik

Untuk merancakkan suasana Ramadhan dan berkongsi maklumat, saya berpendapat elok juga menyediakan satu soalan ringkas berkenaan Ramadhan yang jawapannya boleh diundi oleh para pembaca yang melawat blog saya ini. Hasil undian tersebut akan saya jadikan sumber untuk menulis entri yang seterusnya dan para pembaca kemudiannya boleh memberi komen dan pandangan. Sebagai permulaan, soalan pertama yang saya telah sediakan adalah seperti berikut;

Anda dialu-alukan mengundi untuk soalan di atas. Saya juga akan ‘post’ soalan yang sama di Facebook pada masa terdekat untuk memudahkan rakan-rakan dan kenalan saya mengundi.

Sidebar: Info Ramadhan 1432

Jika anda perhatikan dengan cermat pada sidebar blog ini, selain daripada perubahan elemen sedia ada, beberapa elemen baharu juga telah ditambah dan salah satunya berlabel Info Ramadhan 1432H, yang terdiri daripada dua bahagian.

Bahagian pertama dinamakan Hadith Kelebihan Ramadhan, di mana pada setiap minggu dalam bulan Ramadhan, saya akan senaraikan tiga (3) hadith berkenaan bulan Ramadhan. Ini bermaksud senarai hadith ini akan bertukar pada setiap minggu. Hadith-hadith yang tersenarai merupakan hadith yang sahih dan saya petik daripada laman web yang dipercayai.

Bahagian kedua dinamakan Jadual Waktu Berbuka & Imsak. Saya hanya paparkan jadual untuk negeri Selangor Zon 1 kerana kesempitan ruang, tetapi pada akhir jadual ini saya letakkan pautan (link) kepada entri saya berkenaan jadual berbuka dan imsak seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Diharapkan apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca blog ini khususnya dan umat Islam am nya. Di kesempatan ini juga, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada anda semua. Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi kekuatan dan semangat kepada kita untuk mengejar cita-cita menjadi insan yang berguna dan bertakwa kepadaNya.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s