Bercerita Tentang Sahur


Sahur, satu aktiviti yang sinonim dengan berpuasa, lebih-lebih lagi dengan kita berada di bulan Ramadhan. Sahur menurut definisi peribadi saya adalah perbuatan memakan, meminum atau kombinasi kedua-duanya yang dilakukan pada awal pagi sebelum masuk waktu Subuh, dengan tujuan untuk memberi tenaga dan mengambil berkat sunnah Nabi s.a.w.

Amalan bersahur itu sebenarnya terkandung berkat yang tersembunyi, dan Nabi s.a.w. sendiri menganjurkan kita supaya bersahur. Satu hadith baginda yang menyentuh berkenaan keberkatan bersahur adalah;

“Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Berdasarkan maksud hadith yang disebutkan di atas, secara asasnya apa yang kita boleh fahami adalah sahur itu mempunyai kelebihannya yang tersembunyi selain mendapat berkat dan selawat daripada para malaikat. Apakah kelebihan sahur? Umumnya, kita boleh melihat beberapa sebab utama;

PERTAMA: Sebagai pengalas perut untuk menghadapi puasa pada siang harinya. Berdasarkan hadith, Nabi s.a.w. sendiri menganjurkan bersahur walaupun dengan hanya segelas air.

KEDUA: Melatih kita untuk bangun pada akhir malam, dan beribadah kepadaNya dengan amalan-amalan seperti solat sunat, membaca Al-Quran atau berzikir sementara menunggu waktu Subuh. Ia juga memberi ruang kepada perut kita untuk mencerna dan mempersiapkan diri untuk berpuasa.

KETIGA: Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Ibu bapa mengejutkan anak-anak untuk bersahur, anak-anak membantu ibu dan bapa mereka menyediakan juadah bersahur dan selepas bersahur boleh bersama-sama beribadat secara berjemaah kepada Allah s.w.t.

KEEMPAT: Memperoleh keberkatan daripada Allah s.w.t. sekaligus kita memulakan hari kita dengan satu tenaga baru dalam diri.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan bersahur, jika anda rajin berfikir dan merenung sejenak maksud hadith di atas.

Jam Berapa Yang Sesuai Untuk Bersahur?

Jawapannya adalah subjektif, dan sebenarnya bergantung kepada individu itu atau kebiasaan masyarakat/keluarganya. Kita telah diberi panduan umum bahawa digalakkan menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur. Namun, selewat manakah yang sebenar-benar lewat? Dua jam sebelum Subuh? Satu jam? 30 minit? 10 minit? 5 minit atau 5 saat?

Biar saya kongsikan kebiasaan dan amalan keluarga saya. Ibu bapa saya bangun bersahur pada jam 4 pagi, begitu juga apabila berada di kampung saya di Melaka. Maka kami sekeluarga bangun bersahur jam 4 pagi, dan semua saudara-mara saya juga begitu. Jam 4 pagi tersebut pada pandangan kami adalah masa yang paling optimum kerana tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Menurut survey saya pula, walaupun tidak ramai yang menjawab, hampir semua responden (semua sebenarnya) menyatakan bahawa mereka bangun bersahur pada jam 5 pagi. Ini juga tidak menjadi masalah sebenarnya, asalkan anda selesa dan biasa dengan waktu tersebut. Lazimnya, menurut pemerhatian saya, orang bujang suka bersahur pada jam 5 pagi dan bagi yang telah berkeluarga kebiasaannya akan bersahur pada jam 4 pagi.

Kesimpulan

Bersahur adalah amalan yang digalakkan oleh Nabi s.a.w. dan seharusnya diamalkan oleh kita. Bersahur bukanlah satu bentuk gangguan tidur kerana ia sebenarnya melatih diri kita untuk bangun pada akhir malam yang merupakan antara waktu yang mustajab untuk berdoa kepada Allah, selain amalan sahur itu sendiri yang memberi kita kekuatan untuk berpuasa. Maka, seharusnya apabila kita berpuasa, amalan bersahur hendaklah dilakukan, bukan hanya terhad pada puasa Ramadhan, tetapi juga puasa-puasa yang lain di luar bulan Ramadhan.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

3 Responses to Bercerita Tentang Sahur

  1. Fitrah says:

    btul, sahur mengeratkan hubungan kekeluargaan. rase x best sgt bila xde ibu atau ayah yang mengejutkan kita untuk sahur. rasa x best sangat.

    Like

    • Saya setuju, kalau pada hari-hari biasa mungkin payah nak makan bersama keluarga, sekurang-kurangnya ketika bersahur itu semua boleh hadir dan makan bersama. Tiada alasan yang konkrit nak mengelak, kecuali orang itu uzur. :-)

      Like

  2. Puteri says:

    betul, memang mengeratkan hubungan. mak akan bangun dan hidang nasi panas, siap goreng sayur fresh pagi2! now dah ada keluarga sendiri, memang rasa puas dapat sediakan untuk suami pulak. anak2 baby lagi, diaorang tak puasa :))

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s