Segalanya Berubah


Hari ini 11 Ogos 2011. Sudah sebelas (11) hari umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Pada sebelah paginya terdapat mesyuarat pengurusan di pejabat. Di sebelah petang, ketika memandu pulang menuju ke rumah, jalan raya kelihatan sedikit tenang, walaupun saya keluar pejabat pada waktu yang sama seperti hari sebelumnya.

Berita pemberian bonus menjadi bualan. Harga emas menjulang tinggi, harga minyak jatuh. Ramai sudah mula menukar wang untuk dijadikan duit raya.

Sebelah malamnya, ketika membuka Microsoft Outlook untuk mengemaskini data kenalan dan kalendar dan ‘sync’ dengan telefon bimbit saya , saya ambil kesempatan untuk membelek-belek catatan pada tahun-tahun yang sudah. Pada 11 Ogos tahun-tahun yang sudah, perkara ini berlaku dalam hidup saya;

  • 2010: Permulaan puasa (Awal Ramadhan)
  • 2009: Di UIAM, menghadiri kelas English for Academic Purposes (EAP), menghadiri kelas Promotion Management, menulis draf untuk pembentangan EAP.
  • 2008: Di UIAM, pembentangan untuk kelas Human Resources Management (HRM), mencari maklumat ‘Ajinomoto’.

Begitulah sebahagian catatan di dalam diari saya. Sejak tahun 2004 saya telah membiasakan diri menulis perkara-perkara penting di dalam sebuah diari, dan diari ini akan disimpan sebagai rujukan. Walaupun pada asasnya fungsi diari ini adalah untuk merekod maklumat berkenaan perjalanan perkara pada satu-satu hari yang berkenaan, diari ini juga sebenarnya berfungsi sebagai tempat menukilkan perkara yang bersifat peribadi.

Di sini saya bukanlah mahu bercerita berkenaan diari berharga RM100 mahupun RM10, tetapi berkenaan suasana semasa yang penuh dengan perubahan yang mengejutkan.

Tak Siapa Yang Tahu…

Masa akan terus bergerak, dan segala-gala yang ada di sekeliling kita juga tertakluk kepada perubahan.  Tiada siapa yang menjangka ekonomi US akan ‘lumpuh’, tetapi ia telah berlaku. Air Asia dan MAS bekerjasama? Dulu dianggap mustahil tetapi itulah yang berlaku pada hari ini. Pendek kata, kita tidak boleh duduk di dalam zon selesa kerana ada kemungkinan kita akan dihimpit dengan perkara-perkara yang sentiasa berubah di sekeliling kita.

Dahulu ketika di universiti, saya berjumpa dengan ramai rakan-rakan yang masing-masing mempunyai impian hidup yang hebat-hebat. Tidak salah, itulah yang dinamakan merancang. Saya sendiri pernah menulis perancangan hidup saya di atas sekeping kertas dan melekatkan di katil supaya dapat melihatnya sebelum dan selepas tidur. Namun sepertimana yang kita tahu, manusia tertakluk kepada perancanganNya, dan apa yang kita rancang tidak akan 100% menjadi kenyataan.

Menyesal? Ya, saya secara peribadi ada sedikit rasa sesal berkenaan beberapa perkara ketika di UIAM dahulu. Tetapi umpama bait lirik lagu ‘My Way’ oleh Frank Sinatra, penyesalan itu hanyalah secebis kenangan yang saya rasa tidak perlu diungkapkan kepada umum. Dari kecil kita punya impian hidup, tetapi dunia ini adalah dinamik, dan kita sudah diberikan ‘master plan’ oleh Allah s.w.t. untuk kita ikuti. Kegembiraan dan kesedihan itu adalah satu ujian buat diri kita, sepertimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran yang sering saya petik di bawah;

Perhaps you may dislike something which is really good for you, or love something that is bad for you, but Allah knows what is the best for you, and you don’t. (Al-Baqarah, 216)

Ayat di atas amat cocok dengan pepatah Melayu “Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan”. Kita mungkin telah merancang sesuatu yang hebat dan mengambil masa yang lama untuk persiapan, tetapi di hari kejadian, tiba-tiba apa yang kita rancangkan itu tidak menjadi atau lebih dahsyat lagi membuahkan hasil yang berlawanan. Siapa yang kita mahu salahkan? Perancangan kita sudah mantap dan teliti, tetapi jika Allah mahu rancangan itu gagal, maka gagallah ia. Janganlah kita salahkan sesiapa, tetapi tindakan pertama kita hendaklah berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan!

Melalui Hari-Hari Berikutnya…

Semalam kita mungkin gagal. Dahulu mungkin kita dimalukan dengan teruk sehingga maruah dirasakan tercalar. Tetapi itu bukan penamat hidup kita. Kita masih ada esok untuk dilalui. Janganlah menjadikan perkara yang kurang menyenangkan di masa lalu itu sebagai batu yang menghalang diri kita untuk maju. Kita jatuh tergolek, bangunlah kembali. Mungkin langkah kita terhenjut-henjut, tetapi itu lebih baik dari kita duduk mengaduh kesakitan tanpa berbuat apa-apa.

Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh apa-apa selain dari apa yang diusahakannya (An-Najm, 39)

Selagi hayat masih ada, teruskanlah kehidupan kita dengan perkara-perkara yang baik. Berbaktilah kepada insan di sekeliling kita. Mungkin kita tidak ada wang berjuta, tetapi satu ringgit sedekah itu amat besar nilainya! Kecil atau besar sumbangan kita, pahala tetap telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Bersyukur dengan apa yang kita lalui setiap hari, tidak kira hari tersebut baik atau buruk bagi kita. Kita diuji setiap masa, itu adalah hakikat, dan tiada manusia yang boleh lari daripada ujian dan ketentuan dariNya.

Alhamdulilah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup. Moga esok adalah hari yang lebih baik untuk kita semua, Insya Allah.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Segalanya Berubah

  1. Atiqah says:

    Al-Baqarah verse 216. This could be the one which perhaps you looking for. :-)

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s