Pantun Hari Raya Dalam Pelbagai Loghat!


Hari Raya bakal menjelang, tetapi mungkin ada di kalangan kita tiada idea nak buat pantun untuk dihantar kepada rakan-rakan sempena Hari Raya? Di sini saya paparkan pantun berkenaan Hari Raya Aidilfitri dalam pelbagai loghat negeri di Malaysia. Saya dapat melalui sahabat saya di Facebook, dan beliau dapat daripada e-mail. Berkenaan isu ‘tatabahasa’, saya tak boleh komen sebab hanya anda yang berasal dari negeri yang berkenaan yang tahu.

Sarawak dan Sabah yang tidak ada dalam senarai, ada sesiapa nak tambah?

Kalau anda ada idea lagi, boleh tambah di ruangan komen! :-)

Kelantan

Make ikke cicoh budu,
Jange lupo tamboh satar;
Kelik rayo taksir laju,
Nanti rayo dale sepita.

Terengganu

Makang ubi jamang jepong,
Makang kepok cicah cuke;
Bulang pose mung bengong,
Bulang raye mung gile.

Pahang

Sepadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang ikan patin;
Jange mu masam muko,
Raya makan rendang sadin.

Johor

Cegitu cegini awak suke ek,
Awak suke kite tak suke ek;
Esok luse hari raye ek,
Sama-sama bersuke rie ek.

Melaka

Hawau kau berak merate,
Kaki bengkak ulau patok;
Kalu balik naik kerete,
Jangan pandu kalau ngantok.

Negri Sembilan

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi;
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri.

Selangor / Kuala Lumpur

Wa cakap lu wa tak tau,
Tapi wa tipu sama lu;
Raya jangan buat tak tau,
Angpau ada bagi gua dulu.

Perak

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai;
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Kedah

Aloq Staq terketaq-ketaq,
Lapaq perut makan pau;
Macam mana tak ketaq,
Kena paksa bagi angpau.

Pulau Pinang

Nasi kandaq kedai mamak,
Anak mami juai pesemboq;
Lepas raya usah dok triak,
Kalu ceti mai ikut dapoq.

Perlis

Padang besaq kecik aja,
Tempat siam lalu lalang;
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah utang.

———

p/s: Pantun-pantun ini bukan ciptaan saya. Saya hanya menyampaikannya kepada anda. Kredit hendaklah diberikan kepada pencipta sebenar, yang saya sendiri kurang pasti siapa. :-)

This entry was posted in Bahasa Melayu, Lifestyle & Social and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Pantun Hari Raya Dalam Pelbagai Loghat!

  1. pencinta dunia johor says:

    eh sori siket org johor x semestinyer ckp ek ek ek jer main ckp je mrh org johor nie tau.

    Like

  2. AnakAloqStaq says:

    hampa mai aloq staq,
    pala hampa aku putaq.

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s