Selamat Hari Raya!


Alhamdulillah, kita semua telah pun menghampiri penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak. Insya Allah, pada 30 Ogos 2011 kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebulan berpuasa dan beramal dan sudah tiba masanya untuk kita meraikan kemenangan berjuang menahan hawa nafsu. Bukan mudah untuk melatih diri kita dalam mengikut lunas-lunas dan peraturan berpuasa di samping mengerjakan amal ibadat.

Sesungguhnya, kita merupakan di kalangan insan yang bertuah kerana dapat berjumpa dan beramal di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan ganjaran. Insya Allah, jika kita memiliki kesempatan umur, kita akan bersua lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Rasa sedih, sayu itu semestinya ada di dalam diri kita, kerana bulan Ramadhan merupakan bulan di mana ganjaran pahalanya berlipat kali ganda dan hanya tiba sekali dalam setahun!

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya ini. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkongsian maklumat dan ilmu, ada entri atau catatan yang terkasar bahasa, tersalah fakta ataupun secara tidak sengaja menyentuh hati dan perasaan para pembaca saya. Saya tidak lepas dari kesilapan dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

Kepada yang berada di kampung mahupun di bandar, nikmatilah Hari Raya ini dengan pengertian yang sebenar-benarnya. Sama-sama memohon ampun maaf, saling menziarahi dan bertukar khabar. Eratkan silaturrahim dengan saudara, sahabat dan insan tersayang. Jika berada di jalan raya, berhati-hati ketika memandu/menunggang dan ikutlah ketetapan dan peraturan yang digariskan. Insya Allah, kita semua akan selamat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Official Statement and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s