Kos Tambah Nilai Prabayar (akan) Meningkat!


Kos Tambah Nilai Kini Lebih Tinggi

NOTA: Perlaksanaan cukai 6% untuk produk prabayar telah ditangguhkan.

Adakah anda seorang pengguna pelan prabayar (prepaid) untuk telefon bimbit? Jika ya, maka bersediakah anda untuk membayar lebih untuk tambah nilai (top-up) bermula 15 September ini?

Sepertimana yang anda sedia maklum, kerajaan Malaysia kini mengenakan cukai atas perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) berbanding lima peratus (5%) pada suatu masa dahulu. Secara tradisinya, pelan prabayar yang digunakan sebahagian besar pengguna telefon bimbit di Malaysia tidak dikenakan cukai ini. Dalam konteks lain, pihak penyedia perkhidmatan sebenarnya telah menyerap (absorb) cukai ini dari dikenakan kepada pengguna. Pengguna pascabayar (postpaid) pula membayar cukai ini setiap bulan yang dikira di dalam bil mereka.

Apabila pihak kerajaan menaikkan kadar cukai dari 5% kepada 6%, pihak penyedia perkhidmatan mula merasakan mereka tidak mampu untuk menyerap lagi kos cukai ini daripada dikenakan kepada pengguna. Ini ditambah lagi dengan kos barang mentah dan barangan yang tinggi dan kos-kos lain yang sudah tentu memberi tekanan kepada margin pendapatan satu-satu penyedia perkhidmatan. Baru-baru ini semua penyedia perkhidmatan telah bersetuju untuk mula mengenakan cukai 6% ini ke atas produk prabayar mereka termasuklah tambah nilai (top-up).

Rasional cukai 6% ini, pada pendapat saya, adalah seperti berikut,

PERTAMA: Pengguna prabayar secara umumnya membayar lebih rendah untuk kebanyakan servis daripada pengguna pascabayar. Pengguna pascabayar membayar lebih tinggi untuk satu-satu servis, dan mereka dikenakan cukai untuk servis tersebut. Sebagai contoh, pengguna pascabayar secara umumnya membayar lebih kurang 10 sen untuk satu SMS, berbanding pengguna prabayar yang membayar sekurang-kurangnya 1 sen untuk satu SMS.

KEDUA: Pengguna pascabayar kurang mendapat ‘bonus’ atas servis yang digunakan berbanding pengguna prabayar. Bonus-bonus yang dinikmati oleh pengguna prabayar lazimnya berbentuk diskaun atas kadar servis. Pengguna pascabayar pula, tidak mendapat sebarang keistimewaan secara terus.

KETIGA: Pengguna prabayar secara umumnya bukanlah pengguna aktif dan amat berhati-hati dalam perbelanjaan, manakala pengguna pascabayar kebanyakannya merupakan pengguna aktif.

Cukai 6% ke atas pengguna prabayar akan berkuatkuasa pada 15 September 2011. Setakat ini (8 September 2011), penyedia perkhidmatan yang telah meletakkan notis pemberitahuan adalah Maxis, dan syarikat yang lain belum lagi memberi apa-apa respon.

UPDATE: Semua penyedia perkhidmatan telah pun meletakkan notis berkenaan cukai di laman web masing-masing.

Berapa Yang Perlu Saya Bayar?

Berdasarkan pengitlakan, semua denominasi tambah nilai akan bertambah sebanyak 6%. Sebagai contoh, tambah nilai RM10 selepas 15 September akan menjadi RM10.60. Lihat jadual di bawah untuk rujukan, yang diambil daripada laman web Maxis Hotlink. Untuk penyedia perkhidmatan yang lain (Celcom, DiGi, UMobile, TuneTalk, dll.), secara asasnya konsep yang digunakan adalah sama.

Perbandingan Sebelum dan Selepas Cukai 6%

Maxis menggunakan konsep ‘tambah-atas-nilai-sedia ada’ iaitu mengenakan 6% tersebut atas nilai asas tambah nilai. Sebelum ini ada yang mencadangkan konsep pemotongan, iaitu tolak 6% di atas nilai asas satu-satu tambah nilai tersebut. Tetapi nampaknya pihak penyedia perkhidmatan telah memilih untuk menggunakan konsep yang disebutkan sebelum ini.

Kesimpulannya, pengguna prabayar perlu bersedia untuk membiasakan diri dengan perubahan dalam sistem tambah nilai ini. Diharap entri ini dapat memberi anda idea dan kefahaman.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Mobile Devices & Apps. and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Kos Tambah Nilai Prabayar (akan) Meningkat!

  1. Juan says:

    bertambah lah kos aku sebulan, hehe

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s