Sebuah ‘Handphone’, Segenggam Ego & Kemajuan


Hand + Phone

Telah diberitakan bahawa iPhone yang terbaru akan diumumkan oleh CEO Apple pada 4 Oktober 2011, dan juga terdapat ura-ura bahawa iPhone yang berkenaan akan dilengkapi dengan Blackberry Messenger (BBM). Seperti biasa, para peminat gadjet dan pendukung-pendukung setia jenama Apple, Blackberry dan Android akan berperang mulut menyokong, menempelak, atau menyindir lawan masing-masing. Tidak ketinggalan, peminat dan pendukung Nokia/Symbian akan turut mempertahankan ego mereka dan ‘menjerit’.

OK, anda sebagai seorang rakyat biasa, mungkin tak faham apa yang berlaku. What the hell mereka ni bergaduh pasal handphone? Inilah kisah sebuah handphone dan segenggam ego. Biar saya ceritakan, apa yang saya faham.

Sepuluh tahun yang dulu, di zaman teknologi masih lagi jadi mainan orang-orang yang berduit a.k.a. kaya, telefon bimbit atau handphone ini merupakan barang yang begitu asing di dalam hidup kita. Sepuluh tahun yang dulu juga, saya masih di bangku sekolah menengah, dan pada ketika itu kempen ‘IT Budaya Hidup Kita’ sedang giat dijalankan. Kerajaan Malaysia dengan bersungguh-sungguh cuba membudayakan penggunaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia. Di sekolah menengah, ada subjek baru, yang dinamakan ‘Computer’. Apa benda ni? Para pelajar diajar dengan asas komputer, apa itu Windows, apa itu Microsoft tiga-berangkai (Word-Excel-PowerPoint).

Anda gelak? Alhamdulilah, anda (adik-adik) sepatutnya bersyukur kerana di zaman anda, komputer bukan perkara asing. Sepuluh tahun dulu, komputer bukanlah barang keperluan, Internet apatah lagi bagi orang-orang kebanyakan. Sekarang sebuah komputer boleh dibeli dengan harga serendah RM700+ sahaja dan terjual di mana-mana. Dahulu, kalau mahu membeli komputer, kena keluarkan wang KWSP/EPF. Ada skim Satu Rumah Satu Komputer dan juga ‘Oda Saja’ yang diuruskan oleh Pos Malaysia. Ini semua inisiatif kerajaan untuk menambahkan golongan rakyat celik IT, walaupun terdapat beberapa kontroversi berkenaan skim Satu Rumah Satu Komputer ini.

Internet? Sepuluh tahun dulu tak ada broadband lah! Apa yang ada pada zaman tu hanyalah dial-up dan yang paling laju (dan mahal) untuk pengguna rumah, adalah ISDN. Had laju pada masa itu secara purata adalah 40kbps, ya, ini fakta. Tiada YouTube, Facebook, Google, dan laman-laman web ‘berat’ yang memerlukan kelajuan internet yang tinggi. The most advanced multimedia element yang berada di satu-satu laman web adalah imej. Mp3? Tak ada. Video? Ada, tetapi kalau ikut standard sekarang, tidak layak dipanggil video, 3gp pun lagi cantik.

Anda sudah tahu komputer dan internet, dan sekarang, topik utama, saya nak cerita sikit berkenaan kisah bagaimana handphone mula menjadi barang keperluan di Malaysia. Ehem… Ceritanya, pada zaman dahulu (10 tahun yang lepas), selepas kerajaan memansuhkan akta yang dinamakan ATUR, setiap operator mula mengemaskini harga pakej mereka dan membolehkan rakyat biasa bergaji sederhana untuk memiliki telefon bimbit. Pada zaman itu juga, pakej prabayar (prepaid) sudah mula diminati dan harganya adalah ‘mampu milik’. Telefon bimbit pula, harganya sudah jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh orang kebanyakan. Faktor-faktor ini, apabila tergabung bersama, menerangkan mengapa kadar pemilikan handphone mula meningkat secara mendadak di Malaysia.

Ingat, 10 tahun yang lepas, handphone hanyalah betul-betul sebuah telefon. Maksud saya, kegunaannya adalah untuk membuat call. Tiada data, ‘tiada’ SMS, tiada kamera bermega-mega pixel, tiada mp3, apatah lagi gigi berwarna biru (Bluetooth). Satu lagi, zaman itu zaman hitam putih, tak ada ‘kaler’. Pendek kata, keperluan untuk zaman itu hanyalah voice call.

Operator pula, meletakkan harga ‘premium’ tetapi masih boleh dimiliki untuk menggunakan servis mereka. OK, saya sertakan fakta-fakta ini, yang benar-benar berlaku pada 10-15 tahun yang dahulu,

  • Pek permulaan prabayar, cuba anda teka, berapa harganya 10-15 tahun yang lalu? RM5? Salah. Pek permulaan secara puratanya bermula sekitar RM60, dan yang paling tinggi adalah RM300+.
  • Pakej pascabayar, sebelum akta ATUR dimansuhkan, setiap pengguna perlu membayar yuran akses (seumpama lesen) sebanyak RM60 sebulan, tanpa mengira operator. Itu belum termasuk caj panggilan yang mengikut zon (lihat bawah), caj VAS (value-added service), dan cukai kerajaan.
  • Caj panggilan, masih mengamalkan sistem zon. Negeri-negeri di Malaysia dibahagikan kepada beberapa zon panggilan, iaitu zon Tengah (KL, Negri Sembilan, Melaka, Muar), Selatan (Johor), Utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis), Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), dan untuk Sarawak dan Sabah, masing-masing dibahagikan kepada dua zon setiap satu. Secara asasnya, caj panggilan adalah berdasarkan tiga keadaan, iaitu dalam kawasan yang sama, atau kawasan bersebelahan, atau tidak bersebelahan. Semakin jauh kawasan, semakin tinggi cajnya.
  • Servis data sebenarnya pernah sudah ada, tetapi pada masa itu bergantung pada teknologi CSD, atau bahasa mudahnya, dial-up. Kelajuan purata? 9.6 kbps. GPRS hanya muncul pada awal tahun 2000.
  • Terdapat 9 operator yang aktif, iaitu Celcom GSM, Celcom ART900, TMTouch (EmarTel), Maxis Mobile, DiGi (Mutiara Telecom), TIMECel (ADAM), Mobifon 018, dan ATUR 450.
  • SMS tidak boleh dihantar kepada operator lain. Yup, tak tipu! Ini merupakan salah satu sebab mengapa SMS tidak popular berbanding panggilan pada suatu masa dahulu. Servis SMS antara operator hanya bermula pada sekitar tahun 2001 dan ke atas.
  • Banyak lagi fakta sebenarnya, cuba tanya ‘otai-otai’ gadjet. Biar saya bagi sedikit teaser, cuba tanya mereka, apa yang dimaksudkan dengan istilah single-band dan dual-band?

 Kembali ke 2011, apa yang anda nampak? Handphone sudah ada ‘kaler’, boleh akses internet, tangkap gambar, dengar lagu, dan macam-macam lagi. Tambahan pula, handphone zaman ini sudah menjadi seperti komputer, ada sistem operasi (OS), pemproses yang pantas, cip grafik, dan pelbagai lagi. Sebut pasal OS, sudah ada puak-puak (kumpulan) yang meminati sistem-sistem tertentu.

Apple iOS, Blackberry OS, Google Android, Windows Phone 7, dan old-school Symbian.

Di mana-mana forum, artikel di blog, malah di laman web yang menulis berkenaan mana-mana OS di atas, pasti ada komen-komen yang bersifat memperlekeh, mengutuk. malah menghina, dan lazimnya perang bermula jika peminat OS berkenaan membalas komen negatif tersebut juga dengan cara negatif.

Mahu tengok contoh? Baca artikel ini dan ini, dan baca juga ruangan komen. Lihat bagaimana berbudi bahasanya rakyat Malaysia ini. Mengkritik secara direct se direct-directnya.

Pada pendapat saya, setiap OS itu ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Tidak ada satu sistem yang sempurna dari segala aspek. Kesempurnaan itu, secara praktikal, adalah tidak mungkin, tetapi menghampiri kesempurnaan itu adalah boleh dicapai. Ego perlu ada, tetapi mempertahankannya dengan membabi buta tanpa merujuk fakta dan hakikat hanya akan menunjukkan kejanggalan diri anda sendiri. Anda selesa dengan apa yang anda ada, tahniah, dan bersyukur. Orang lain juga ada pilihan mereka sendiri dan selesa dengannya

Fikirkan. :-)

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged , , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s