Inovasi : iPhone, Bajet 2012, 60 Tahun


Kejutan itu boleh membahagiakan kita, dan juga boleh membuat kita terseksa. Walau apa pun di antara dua ekstrem tersebut, di minggu pertama bulan Oktober, sudah ada banyak kejutan yang kita dapat lihat. Antaranya adalah,

  • Pertama: Pelancaran iPhone terbaru, iPhone 4S. (baca di sini)
  • Kedua: Kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs. (baca di sini)
  • Ketiga: Pembentangan Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri.
  • Keempat: Isu Had Umur Persaraan kepada 60 tahun.
  • Kelima: Isu perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Lima perkara di atas, ada secubit perkara yang boleh kita pelajari. Kelima-lima perkara di atas juga memiliki satu persamaan – bagaimana inovasi dan keberanian untuk berubah itu boleh mengubah sesuatu keadaan. Entri ini akan mengulas berkenaan apa yang dikatakan INOVASI.

Definisi Inovasi

Apa itu inovasi?

Inovasi menurut takrifan Kamus Dewan bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru. Inovasi juga boleh mendukung maksud perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan, sesuatu yang baru.

Inovasi dalam bahasa Inggeris pula bermaksud 1) A creation (a new device or process) resulting from study and experimentation atau 2) The act of starting something for the first time; introducing something new.

Dalam perkataan yang mudah, ia bermaksud sesuatu yang baru, yang lazimnya belum diperkenalkan atau penambahbaikan atas sistem yang sedia ada, yang berbeza daripada kebiasaan.

Inovasi Mengubah Persepsi

iPhone: Satu Classic Case Study

Anda tentu kenal akan iPhone bukan? iPhone merupakan telefon pintar keluaran Apple, yang telah mengubah persepsi masyarakat umum tentang telefon pintar dan telefon berasaskan sentuhan atau touch screen.

Telefon berasaskan sentuhan bukanlah sesuatu yang baharu, dan teknologi touch screen itu sendiri sebenarnya sudah lama wujud dan digunakan secara meluas. Dalam konteks telefon pintar berasaskan touch screen, iPhone bukanlah yang pertama, tetapi iPhone adalah peranti (device) yang lahir daripada inovasi dan sekaliguskan menjadikan touch screen satu trend sedunia.

iPhone merupakan satu case study yang agak unik. Pada mula pelancarannya, ramai orang memandang sinis terhadap iPhone, dan bermacam-macam komen bersifat negatif keluar daripada pengulas-pengulas gadget  malah ada yang meramalkan iPhone ini tidak akan bertahan lama. Walau bagaimanapun, inovasi yang diperkenalkan oleh iPhone seperti rekabentuk tipis, skrin luas, penggunaan touch screen yang menyeluruh dan antaramuka (User Interface, UI) yang cantik telah menarik perhatian ramai terutamanya golongan muda untuk mencuba dan membelinya. Nyata langkah Apple memasukkan teknologi terkini ke dalam iPhone merupakan satu langkah yang berani tetapi tepat.

Dan tahukah anda, Apple pada asalnya menentang idea ‘Application Store’ dan tidak menyertakan fungsi memasang aplikasi pihak ketiga ke dalam iPhone? Apple memberikan alasan pemasangan aplikasi akan menyebabkan iPhone terdedah pada ancaman virus dan boleh merosakkan sistem rangkaian. TETAPI, Apple dengan beraninya mengubah pendirian tidak lama selepas itu dan membenarkan pemasangan aplikasi ke dalam iPhone, dan turut melancarkan apa yang kita kenal hari ini sebagai ‘App Store’. Pembangun aplikasi (developer) turut diberi insentif untuk membangunkan aplikasi untuk iPhone dan kawalan kualiti aplikasi turut diperkenalkan.

The rest, is history.

Inovasi menuntut keberanian, dan selalunya perubahan itulah yang paling ditentang walaupun ia memberi kesan positif kepada keseluruhan ekosistem. iPhone merupakan salah satu contoh klasik di mana inovasi terhadap telefon bimbit telah merubah persepsi pasaran dan masyarakat, dan memberi tekanan kepada pesaing-pesaingnya.

Inovasi, jika dilaksanakan pada masa yang betul, akan memberi impak positif, tetapi jika diperkenalkan pada masa yang kurang sesuai, mungkin akan menyebabkan tentangan (resistance), seperti cerita di bawah ini.

Inovasi Pencetus Kontroversi

Tiada siapa yang tahu adakah kita akan sihat di usia emas.

YAB Perdana Menteri bakal membentangkan Bajet 2012, yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia amnya. Khabar-khabar angin sudah mula menyatakan bahawa terdapat beberapa insentif untuk para pekerja sektor awam, serta pengumuman-pengumuman positif yang menggembirakan. Jika benar, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. atas keprihatinan kerajaan.

Sudah lazimnya, apabila kerajaan memberi atau memperkenalkan sesuatu yang baru (ya, inovasi namanya!), sudah tentu ‘pihak yang lagi satu’ dengan lantang mengkritik dan menghentam, walaupun ianya adalah bersifat positif kepada semua.

Dalam masa yang sama juga, umum kita sudah mengetahui berkenaan cadangan menaikkan umur persaraan di kalangan pekerja swasta. Asalnya merupakan cadangan daripada pihak KWSP yang mencadangkan had umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun, dengan alasan simpanan pencarum berkemungkinan tidak mampu menanggung kos sara hidup di alam persaraan.

Sudah dijangkakan, inovasi ini, walaupun hanya di peringkat cadangan, sudah mendapat respon yang agak lantang di kalangan segenap rakyat, terutamanya di kalangan golongan pekerja. Menaikkan had umur persaraan, merupakan satu inovasi. Dan ia mendapat tentangan daripada golongan muda amnya. Kenapa sampai menjadi kontroversi?

Isu pilihanraya? Barangkali, tetapi mari kita lihat pro dan kontranya. Yang positif adalah,

Pertama: pekerja akan menikmati tempoh yang lebih lama dalam perkhidmatan sekaligus mendapat faedah material (gaji, upah, dll) yang lebih tinggi.

Kedua: kerana kebanyakan jangka hayat rakyat Malaysia kini adalah lebih panjang, maka adalah tidak salah untuk menaikkan had umur persaraan supaya pekerja dapat menggunakan tenaga dan produktiviti mereka dengan lebih cekap.

Ketiga: Mengelakkan kebosanan dan pembaziran tenaga kerana tidak digunakan. Lazimnya para pesara yang bersara mengikut sistem sedia ada masih lagi sihat dan mampu bekerja, dan apabila bersara, menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti-aktiviti yang mungkin kurang memberikan peluang atau hasil/produktiviti kepadanya.

Apa pula yang kontra? Dikatakan apabila had umur persaraan dinaikkan, maka,

Pertama: Kos akan meningkat. Syarikat mungkin terpaksa membuat anggaran semula bajet pengurusan dan pihak penjawatan (Human Resources) perlu membuat penyalarasan polisi di semua peringkat. Secara praktikal, mengambil pekerja baru adalah relatifnya lebih murah daripada retain pekerja sedia ada.

Kedua: Penguncupan kekosongan jawatan di sektor pekerjaan, kerana tempoh perkhidmatan sedia ada dilanjutkan. Ini sekadar teori, tetapi mempunyai kemungkinan untuk berlaku memandangkan kebanyakan syarikat tidak mudah untuk ‘membuang’ pekerjanya kerana terikat dengan akta, kontrak dan polisi.

Ketiga: Tidak berperikemanusiaan. Dikatakan menaikkan had umur persaraan akan meningkatkan tekanan kepada golongan pesara dan menafikan hak mereka untuk berehat dan bersama keluarga. Point  ini disokong oleh golongan muda, kerana dikatakan mereka ‘prihatin’ dengan golongan pesara yang dilihat ‘terpaksa’ bekerja di usia emas.

Jadi apa pula pendapat ada. Benar, inovasi yang dicadangkan oleh KWSP kepada kerajaan ini mempunyai pro dan kontranya. Tetapi kenapa majoriti menentang cadangan ini? Adakah ia dicadangkan pada masa yang kurang sesuai? Ada kemungkinan, kerana,

Pertama: Ia disebut di saat YAB Perdana Menteri bakal membentangkan Bajet 2012.

Kedua: Isu graduan menggangur yang masih lagi isu ‘duri dalam daging’, di mana ada syarikat swasta dikatakan mengamalkan dasar ‘pilih kasih’. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Ketiga: Pilihanraya umum (?).

Cuba anda fikirkan…

Pendapat peribadi saya, saya pada umumnya bersetuju, tetapi biarlah ia dibuat sebagai satu pilihan dan bukanlah wajib. Kerana setiap orang keupayaan dirinya adalah berbeza, dan kita tidak boleh pastikan diri kita benar-benar sihat dan mampu berfikir dengan rasional di saat umur memasuki ambang 50 dan ke atas.

Indeks hayat penduduk hanyalah satu statistik, dan statistik bukanlah satu indikasi yang jitu dan persis dalam membuat keputusan. Statistik hanyalah satu model matematik yang tidak mengambil kira faktor emosi, fizikal dan persekitaran.

Kesimpulan

Inovasi merupakan satu kata kunci yang jika diaplikasikan dengan betul, dapat memberikan satu anjakan dan impak yang positif dan besar kepada masyarakat dan persekitaran. Inovasi lahir berdasarkan kretiviti dan pemikiran kritis (critical thinking) seorang insan, dan jika kita mendalami dan belajar, maka kita akan mendapat idea dan ilham yang mungkin dapat membantu masyarakat sejagat.

Ayat Al-Quran yang sering kita dengar ini sebenarnya menyeru kita mengamalkan inovasi dan ‘kaizen’ (continuous improvement) dalam kehidupan seharian, iaitu,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka. (Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Jika kita tidak mahu berubah, bagaimana lagi? :-)

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu, Motivational and tagged , , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s