Ingat ‘Birthday’ Rakan Anda Dengan Mudah!


Ramai kawan, macam mana mahu ingat??

Mengingati hari lahir rakan anda bukanlah satu tugas yang mudah sekiranya anda memiliki bilangan rakan yang besar. Walaubagaimanapun, kini terdapat cara yang lebih mudah untuk menyimpan sekaligus membantu anda mengingati tarikh lahir rakan-rakan anda tanpa perlu menyediakan satu buku nota khas atau mencatatkannya satu-satu di dalam diari. Teknik yang saya akan terangkan sebentar lagi akan melibatkan rakan-rakan anda di Facebook dan jika rakan-rakan anda tiada Facebook, anda perlu minta secara manual. :-)

Selain dari akaun Facebook, anda perlu pastikan komputer anda memiliki Microsoft Outlook, kerana tarikh-tarikh lahir rakan anda akan disimpan di bahagian ‘Calendar’ dalam Microsoft Outlook ini. Lazimnya Microsoft Outlook akan siap dipasang bersama-sama program Microsoft Office lain seperti Microsoft Word. Jika anda telah bersedia, teruskan bacaan anda.

Ambil perhatian bahawa contoh dibawah ini menggunakan pelayar Mozilla Firefox, dan tiada masalah jika anda mahu guna pelayar lain seperti Internet Explorer atau Google Chrome kerana langkahnya adalah sama.

Langkah-Langkah

Pertama, buka pelayar web dan log masuk ke dalam akaun Facebook anda. Selepas log masuk, klik pautan ‘Events’ yang terletak di sidebar kiri anda. Perhatikan di barisan bawah sekali, terdapat pautan yang bernama ‘Birthdays’. Klik pada pautan ini dan Facebook akan memaparkan senarai rakan-rakan anda yang akan menyambut hari lahir mereka pada masa terdekat. Perhatikan sekali lagi di barisan bawah, terdapat satu pautan yang bernama ‘Export Birthdays’ (lihat gambar di bawah, yang bertanda merah).

Klik pada pautan 'Export Birthdays' di bahagian bawah sekali

Apabila anda telah klik pada pautan tersebut, satu ‘pop-up’ akan muncul yang memaklumkan anda boleh mengeksport tarikh-tarikh lahir rakan anda ke dalam program-program lain seperti Microsoft Outlook dan lain-lain. Anda juga akan dapat perhatikan ada satu pautan yang boleh diklik pada pop-up tersebut. Klik pada pautan tersebut dan satu pop-up lain akan muncul yang memilih aplikasi yang ingin dilancarkan. Pilih Microsoft Outlook dan tekan OK.

Kemudian program Microsoft Outlook akan dilancarkan dan satu tetingkap akan muncul meminta kebenaran anda untuk menambah kalendar (tarikh-tarikh lahir rakan) ke Microsoft Outlook. Pilih pilihan Yes.

(1) Klik pada pautan, (2) Pilih Microsoft Outlook, (3) Beri kebenaran pada Outlook untuk menambah kalendar

Selesai dengan langkah-langkah di atas, anda akan mendapati di bahagian Calendar, terdapat satu sub-kalendar baru yang bernama Friends’ Birthdays. Pastikan ada tanda ‘tick’ pada kalendar tersebut untuk memaparkannya. Kalendar ini merupakan ‘Internet Calendar’, dan ini bermaksud kalendar ini akan dikemaskini setiap kali anda menambah atau membuang kenalan di Facebook. Yup, jika kawan anda mengubah tarikh lahirnya, maka ia akan ditunjukkan di dalam kalendar ini. Lihat di bawah,

Kalendar 'Friends' Birthdays' yang diletakkan bersebelahan dengan kalendar standard MS Outlook.

Anda seterusnya boleh ‘sync’ kalendar tersebut ke dalam telefon bimbit anda jika mahu. Tetapan untuk ‘sync’ bagi setiap telefon bimbit adalah berbeza, maka saya tidak akan sentuh di sini. Rujuk manual telefon bimbit anda untuk maklumat lanjut.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s