Ha, Kuota Saya Habis?


Jika anda merupakan pengguna Internet berasaskan tanpa wayar (wireless broadband), sudah pasti anda sudah maklum dengan perkataan kouta. Hampir setiap pakej wireless broadband menghadkan penggunaan data maksimum kepada para penggunanya mengikut harga yang dibayar. Jika kuota telah dihabiskan sebelum tamat billing cycle kemungkinan yang mungkin timbul adalah akses anda disekat atau kelajuan Internet anda akan dikurangkan ke satu tahap yang dianggap ‘mustahil’ untuk digunakan. Ini berbeza dengan pengguna yang menggunakan Internet berasaskan talian tetap (fixed broadband) yang tidak mempunyai had data tertentu.

Masalah yang sering diutarakan oleh pengguna wireless broadband adalah kuota mereka cepat habis walaupun belum mencapai billing cycle dalam satu-satu bulan tersebut. Entri ini akan membincangkan tentang sebab-sebab mengapa kuota Internet boleh habis walaupun pada zahirnya pengguna tersebut bukanlah individu yang gemar memuat turun fail-fail besar atau torrent.

Kemungkinan 1: Windows Update Di Set Ke Mod ‘Automatik’

Pengguna sistem operasi Windows sudah pasti maklum akan fungsi Windows Update, di mana sistem akan memuat turun fail-fail kritikal (kemaskini) yang diperlukan oleh Windows secara berkala untuk ia berfungsi secara optimum. Fungsi ini lazimnya disetkan untuk memuat turun kemaskini secara automatik tanpa sebarang campur tangan pengguna PC.

Walau bagaimanapun, jika anda seorang pengguna wireless broadband, fungsi Windows Update ini boleh memakan kuota data anda secara tidak langsung. Disebabkan ia berfungsi secara belakang tabir, setiap kali pengguna membuat sambungan ke Internet, Windows Update akan menghubungi server Microsoft untuk mencari kemaskini terbaru dan memuat turunnya ke PC pengguna secara automatik. Fail-fail kemaskini ini terdiri dari pelbagai saiz, dari sekecil-kecil 100kb sehinggalah mencecah 100MB! Secara kumulatif, bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa untuk Windows Update untuk menggunakan sehingga 500MB pada setiap bulan, bergantung kepada jumlah kemaskini yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft.

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah dengan menetapkan Windows Update agar memuat turun kemaskini yang dipilih oleh anda sendiri. Apabila arahan ini dihidupkan, Windows Update akan menyenaraikan semua kemaskini yang boleh dimuat turun dan pengguna boleh memilih sendiri kemaskini yang diingini secara manual. Untuk mengaktifkan arahan ini, tekan butang START dan di ruangan search, taip ‘Windows Update’ dan tekan ENTER. Selepas tetingkap Windows Update dipaparkan, pilih ‘Change Setting’ di sidebar kiri. Tetingkap seperti di bawah ini akan terpapar. Pada ruangan Important Updates, pilih pilihan ‘Check for updates but let me choose whether to download or install them’. Kemudian tekan OK.

Pilihan seperti di atas perlu dilakukan.

Apabila anda membuat sambungan ke Internet selepas ini, Windows Update tidak akan memuat turun kemaskini secara automatik, sebaliknya, anda boleh memilih kemaskini yang ingin dimuat turun. Jika anda mempunyai extra quota to spare anda boleh memilih untuk muat turun fail-fail kemaskini yang besar. Jika tidak, pilihlah fail-fail kemaskini bersaiz kecil.

Kemungkinan 2: YouTube

Anda minat menonton klip video lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh di YouTube hampir setiap hari di waktu senggang? Jika ya, saya ada berita baik untuk anda. YouTube merupakan antara penyumbang utama dalam menghabiskan kuota Internet anda. Ini adalah fakta, bukan auta. Biar saya terangkan.

Apa yang ada di YouTube? Betul, video. Apakah asalnya video itu? Video adalah gabungan antara gambar dan bunyi (yang menerbitkan istilah audiovisual). Video adalah koleksi gambar yang disusun dan dimainkan supaya nampak bergerak (motion-play). Ditambah dengan kesan bunyi, ini menerangkan mengapa video yang berdurasi hanya 3 minit boleh menerbitkan saiz sehingga 30MB. Asasnya, semakin cantik sesuatu video itu, semakin tinggi nisbah saiznya per minit tayangan.

Asas bagaimana 'streaming' berfungsi.

OK, penerangan tadi adalah fundamental kepada video. Sekarang kita akan melihat bagaimana cara YouTube bekerja, bagaimana anda boleh menonton video di YouTube. Konsep YouTube secara asasnya adalah menggunakan progressive streaming iaitu data video akan dimuat turun secara berperingkat ke PC anda sebelum ia dimainkan. Lihat perkataan yang saya tebalkan, saya ada sebut muat turun bukan? Ya, anda sebenarnya muat turun video tersebut ke dalam PC anda setiap kali anda menonton.

Nanti sekejap, kalau konsepnya muat turun dan tayang, mana pergi video tersebut? Apabila anda menekan butang play di YouTube, fail video tersebut dipecahkan kepada paket kecil dan dimuat turun ke dalam PC anda, dan selepas beberapa paket asas telah dimuat turun (konsep buffering), video tersebut akan mula bergerak dan pada masa yang sama PC anda terus memuat turun baki paket-paket data video tersebut sehingga habis durasinya (perhatikan progress bar YouTube, anda dapat lihat sendiri berapa banyak yang telah dimuat turun). Data video ini dimuat turun ke PC anda dan disimpan di dalam cache pelayar web. Selepas anda selesai menonton video tersebut, data tersebut akan dibuang serta merta secara automatik untuk menjimatkan ruang PC anda.

Berapakah saiz video YouTube? Bergantung kepada jenis video tersebut (240, 360, 720p/HD) dan secara asasnya, semakin tinggi jenis/kualiti video tersebut, semakin besar saiznya. Satu video YouTube standard (240) berdurasi 5 minit boleh memakan secara purata 10MB kuota Internet anda. Jika anda menonton 3 video sehari selama 30 hari, maka secara puratanya anda boleh menghabiskan 10MB x 3 x 30 hari = 900MB! Terkejut? Ya, ini adalah fakta.

Sebab itulah kebanyakan ISP (Internet Service Provider) menggalakkan anda menggunakan fixed broadband seperti Streamyx atau UniFi untuk menonton YouTube atau media streaming kerana tiada had kuota dan lebih stabil. Wireless broadband  sebenarnya dicipta untuk penggunaan ringan atau sederhana di luar, dan penggunaan Internet yang sebenarnya adalah di rumah/pejabat. Wireless broadband adalah pelengkap (complementary) dan bukannya medium utama. Tidak menjadi masalah untuk menggunakan wireless broadband  untuk membuat kerja-kerja kritikal tetapi anda perlu sentiasa berwaspada dengan had kuota pakej anda.

Untuk mengatasi masalah cepat habis kuota apabila menonton video di YouTube, langkah berikut boleh diambil,

PERTAMA: Had kan penggunaan YouTube. Jika anda mempunyai tabiat menonton video YouTube setiap hari, cuba kurangkan kekerapan menonton kepada 3 kali seminggu.

KEDUA: Pilih saiz video yang paling minimum. Berdasarkan pengalaman saya, saiz 360 sudah memadai untuk melihat video dengan jelas. Tidak perlu memilih sehingga 720p atau 1080p yang sudah tentu memakan lebih banyak kuota fail.

KETIGA: Dapatkan fixed broadband seperti Streamyx atau UniFi jika mampu, dan gunakan wireless broadband  untuk urusan dan kerja-kerja di luar rumah.

Kesimpulan

Terdapat banyak kemungkinan mengapa kuota wireless broadband anda boleh kehabisan sebelum waktunya, tetapi kemungkinan-kemungkinan yang dibincangkan di atas merupakan sebab yang popular dan sering berlaku. Sememangnya, disiplin dan pengurusan dalam penggunaan Internet adalah perlu jika kita terikat dengan beberapa syarat atau had seperti kuota penggunaan ataupun kontrak.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet and tagged , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Ha, Kuota Saya Habis?

  1. faizal says:

    macam dah hilang hak untuk gne internet bile ade kuata

    Like

  2. azhri says:

    why not buat je unlimited kuata tuk b.band.sbb kt umah sy usahkan nk dpt unifi streamix pon xleyh masuk..sbb port di kabinet sda penuh…ni masalah kt malaysia…..sbb itu perlu unlimited kuata tuk b.band

    Like

    • Pada masa dahulu (7-8 tahun yang lepas), pelan data kebanyakannya adalah tiada terhad daripada segi kuota tetapi harganya agak tinggi. Sebagai contoh, Maxis mengenakan caj RM120 sebulan manakala DiGi RM99 sebulan. Ambil maklum pada zaman tersebut, teknologi 3G masih baharu dan data sebahagian besarnya bergerak pada kelajuan EDGE (sekitar 200Kbps).

      Mengapa telco mengenakan had data sekarang adalah kerana pertamanya, penambahan bilangan pengguna di satu-satu kawasan dengan kapasiti yang terhad. Kita perlu faham bahawa teknologi data mudah alih (wireless broadband) berfungsi sebagaimana Wi-Fi, iaitu semakin ramai pengguna di satu-satu kawasan, semakin berkurang kelajuan data dengan anggapan kapasiti (bandwidth) adalah malar.

      Maka untuk mengelakkan kesesakan rangkaian dan tidak menggalakkan pengguna menyalahguna data untuk muat turun file bersaiz besar (dan sekaligus memakan banyak kapasiti @ bandwidth) maka sistem kuota diperkenalkan. Di kebanyakan kawasan di Malaysia, kapasiti data mudah alih tidak dapat menampung jumlah pengguna yang amat besar. Bayangkan jika di satu-satu kawasan, semua pengguna menonton YouTube HD, apa akan jadi pada rangkaian? Rangkaian boleh lumpuh kerana beban kapasiti yang besar.

      Sistem kuota ini ada baik dan buruknya, dan di negara lain juga mengamalkan sistem kuota sebagai serampang dua mata – mengelakkan kesesakan di samping menggalakkan penggunaan berhemah di kalangan pengguna.

      Like

    • Sistem unlimited pernah dilaksanakan di negara kita dahulu, tetapi memandangkan infrastruktur (backbone) kita belum mampu berkembang seiring dengan bertambahnya bilangan pengguna, maka sistem kuota ini perlu bagi mengimbangi penggunaan dan keupayaan infrastruktur.

      Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s