Lanun dalam Facebook


English (Pirate)? Apa kejadahnya English ni??

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Facebook bukan sahaja terhad dalam bahasa Inggeris sahaja, malah boleh ditukar antaramukanya dalam pelbagai bahasa dunia yang lain. Ini adalah satu keperluan kerana pengguna Facebook kini telah merangkumi seluruh pelusuk dunia. Di mana ada akses Internet, di situlah Facebook boleh hidup. Tetapi tahukah anda, terdapat ‘bahasa lanun’ di dalam Facebook ini?

Ya, saya bukannya membuat auta atau bercakap kosong. Saya mula menyedari kehadiran ‘bahasa lanun’ ini apabila saya membantu rakan sekerja menukar penetapan bahasa pada profail Facebooknya. Beliau ingin menukar antaramuka Facebooknya daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Yang menarik perhatian saya (dan rakan sekerja), apabila kami masuk ke bahagian Settings dan mahu menukar pilihan bahasa, dalam senarai tersebut, tertera satu lagi ‘mazhab’ Bahasa Inggeris yang bernama ‘English (Pirate)’. Pelik dan dengan penuh rasa curious saya pun memilih English (Pirate) tersebut. Selepas di save maka saya mendapati bahasa yang tertera masih lagi Bahasa Inggeris, tetapi menggunakan dialek para lanun-lanun ala SpongeBob SquarePants. Saya sertakan juga sebahagian screenshot  untuk tatapan para pembaca.

Huh, apa benda Scrawlin's nie? Update your Plunderin??

Lagi perbezaan antara English Amerika Syarikat dengan English Lanun.

Jika anda mahu lihat dan cuba sendiri bahasa lanun ini, hanya perlu pergi ke bahagian Account Settings dan tukar di bahagian Language. Amaran – anda mungkin akan keliru dengan dialek lanun ini. Cuba atas risiko sendiri yeah!

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet, Lifestyle & Social and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Lanun dalam Facebook

  1. Atiqah says:

    Haha. Interesting. Tapi, English (Pirate) ni boleh di-“view” oleh semua orang or just account owner je boleh view?

    Like

    • Saya rasa account owner sahaja. Konsepnya sama macam kita tukar FB kita dalam Bahasa Melayu. Kita nampak FB kita dalam BM, tetapi orang yang set akaun mereka dalam Bahasa Inggeris, akan nampak profile kita dalam Bahasa Inggeris. :-)

      Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s