Rakan Saya Sudah Lompat Kapal?


Terjun, jangan tak terjun!

Pernah dengar pepatah Bahasa Inggeris ‘Jump Ship’? Istilah ini secara umumnya merujuk kepada tindakan seseorang yang menukar dari satu situasi kepada situasi yang lain disebabkan beberapa perkara yang mengganggu. Contohnya, tindakan seorang pekerja yang berhenti daripada majikan lamanya dan bertukar kepada majikan baru kerana isu gaji yang terlalu rendah.

Tetapi bukan isu gaji yang ingin saya huraikan di sini. Saya terpanggil untuk mengulas kembali isu lama yang dulu hangat diperkatakan, dan saya percaya sehingga sekarang mungkin ada di kalangan kita sendiri tidak sedar. Saya merujuk kepada fungsi Mobile Number Portability (MNP) atau dalam Bahasa Melayunya ‘Kebolehalihan Nombor’.

MNP merujuk kepada kemudahan yang diberikan untuk seseorang yang ingin bertukar operator telefon bimbit tanpa perlu menukar nombor telefon. Kemudahan ini sudah boleh dinikmati sejak 2008, dan ramai pengguna yang sudah memanfaatkan kemudahan ini. Ini juga bermaksud, 012 013 016 017 dan 019 tidak lagi mempunyai signifikan kepada satu-satu operator, pengguna 012 boleh jadi pengguna Celcom dan 019 adalah pengguna DiGi.

Susah? OK, sebenarnya ada cara nak memeriksa sama ada satu-satu nombor yang kita hubungi itu adalah daripada operator yang sama atau berlainan. Ini amat berguna jika pelan pascabayar/prabayar anda masih lagi menggunakan sistem caj berbeza mengikut rangkaian yang dipanggil (contoh: Maxis Postpaid).

MCMC Mobile Number Check

Langkah pertama, buka laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, di halaman yang memaparkan kemudahan memeriksa ‘asal-usul’ nombor telefon bimbit. Sila klik di sini untuk membukanya. Skrin seperti berikut akan terpapar;

Semak 'asal-usul' nombor di sini.

Masukkan nombor telefon yang ingin disemak.

Lihat pada borang tersebut. Ada dua bahagian yang perlu diisi, satu nombor telefon bimbit kita (Call From) dan satu lagi nombor telefon yang ingin dihubungi (Call To). Pilih prefix yang bersesuaian dan isi ruangan tersebut. Tak perlu risau, kerana nombor telefon anda tidak akan disimpan oleh pihak MCMC/SKMM.

Dalam contoh ini, saya seorang pengguna Celcom, dan saya masukkan nombor telefon bimbit saya 019-3740xxx di dalam ruangan Call From. Saya ingin menyemak sama ada panggilan kepada rakan saya di nombor 017-6151xxx merupakan panggilan di dalam rangkaian yang sama (Celcom ke Celcom) atau ke rangkaian yang lain (Celcom ke Maxis). Kalau dilihat sekali imbas, panggilan ini adalah dari Celcom ke Maxis kerana kita sudah biasa dengan association 019=Celcom dan 017=Maxis. Mari kita lihat hasilnya.

Opps, dalam rangkaian yang sama!

Selepas kita menekan butang Check, sistem akan memberitahu kita sama ada nombor tersebut dalam rangkaian yang sama ataupun berlainan rangkaian. Dalam contoh ini, nombor 017-6151xxx rakan saya ini adalah dalam rangkaian yang sama (…from the SAME MOBILE OPERATOR…). Maksudnya, kawan saya ini telah MNP nombornya daripada Maxis ke Celcom.

Kita lihat contoh yang lain pula. Katakan saya ingin menghubungi rakan saya di nombor 019-3955xxx. Kalau diikutkan, nombor ini sama-sama 019, sepatutnya dalam rangkaian yang sama (Celcom ke Celcom). Benarkah begitu? Mari kita lihat hasilnya;

Dalam rangkaian yang berlainan. Dah lompat rupanya!

Tekaan kita kurang tepat. Nombor 019 kawan saya itu bukan dalam rangkaian yang sama (…from DIFFERENT MOBILE OPERATOR…) jadi ini bermaksud rakan saya itu bukan lagi seorang pengguna Celcom dan telah MNP nombornya ke rangkaian lain (Maxis, DiGi, UMobile, etc.).

NOTA: Ambil perhatian bahawa satu-satu nombor itu hanya boleh disemak maksimum 20 kali sehari. Ini bermaksud, jika anda telah menggunakan nombor anda dalam borang tersebut, selepas 20 kali semakan, nombor anda tidak boleh dimasukkan dalam sistem. Anda boleh menunggu hari esok ATAU menggunakan nombor telefon lain yang dalam rangkaian yang sama dengan anda. Ini bertujuan untuk mengelak salah guna.

Kesimpulan

Laman web yang saya ulas ini amat bersesuaian jika ada keperluan bagi diri anda untuk memeriksa sama ada panggilan/SMS yang dilakukan adalah dalam rangkaian yang sama ataupun berlainan. Namun di zaman di mana data merupakan elemen pokok, perbezaan rangkaian bukan lagi satu isu yang besar dan rakyat Malaysia secara umumnya tidak kisah untuk menghubungi rakan mereka walaupun di rangkaian yang berlainan. Malah, kebanyakan operator juga telah mengimplementasikan kadar tanpa mengira destinasi rangkaian.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Mobile Devices & Apps. and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s