Mengapa Saya Guna BlackBerry?


BlackBerry-Apa Yang Menarik?

Mungkin ramai yang tahu bahawa saya seorang pengguna (baharu) telefon pintar BlackBerry. Mungkin juga ada yang tidak tahu dan baru tahu. Rakan-rakan rapat saya umumnya tahu saya merupakan peminat tegar Nokia, dan penghijrahan ke BlackBerry ini mungkin sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya kerana saya dikenali sebagai orang yang yang agak lantang ‘mengkritik’ BlackBerry.

Minta maaf, saya kurang minat pada iPhone, walaupun ramai yang memasang niat nak beli sebuah.

Pertamanya, saya ingin membuat pengakuan bahawa saya masih sayangkan Nokia (eh, macam bunyi orang bercinta pula). Buktinya, Nokia 5800 XpressMusic saya masih lagi aktif walaupun menjadi ‘isteri kedua’ (2nd phone). OK, jika benar saya sayangkan Nokia, kenapa saya bertukar kepada BlackBerry? BBM? Salah, kerana saya amat-amat-amat jarang menyentuh BBM. Jawapannya adalah seperti berikut;

E-Mel.

Sebab utama saya bertukar kepada BlackBerry adalah kerana tuntutan kerja yang memerlukan saya memantau inbox e-mel saya setiap masa. Sebelum saya membeli sebuah BlackBerry, saya menggunakan cara standard memeriksa e-mel menggunakan Microsoft Outlook ataupun secara webmail. Walau bagaimanapun, kedua-dua cara ini memerlukan saya berada di depan PC dan mempunyai sambungan Internet.

OK, mungkin anda berkata, telefon bimbit sekarang pun dah boleh digunakan untuk check e-mel, tak perlu susah-susah ada depan PC. Betul, saya tidak nafikan fakta itu, dan Nokia 5800 saya pun sebenarnya boleh dikonfigurasikan untuk pull e-mel daripada inbox e-mel pejabat saya. Walau bagaimanapun, masalah berikut pula akan berlaku.

Sedikit Ilmu: Sistem e-mel ada dua kaedah, iaitu push dan pull. Kaedah yang biasa kita gunakan adalah pull, di mana kita perlu log masuk ke dalam akaun e-mel kita dan lihat sama ada terdapat e-mel baru atau tidak. Cara ini sedikit menyusahkan kerana kita perlu periksa secara manual (umpama kita pergi ke pejabat pos dan tanya pada posmen ada atau tidak surat untuk kita). Sistem push pula, e-mel tersebut akan datang sendiri kepada kita apabila dikirim (posmen hantar terus ke tangan kita), seumpama SMS.

Disebabkan e-mel pejabat saya bukanlah menggunakan server Microsoft Mail for Exchange, maka fungsi push e-mail tidak dapat dilaksanakan. Jika saya menggunakan cara biasa, saya perlu set kan telefon Nokia 5800 saya untuk connect ke server e-mel pejabat pada sela masa tertentu untuk memeriksa ada atau tidak e-mel baharu yang perlu dibaca. Saya set kan setiap satu jam, telefon saya akan memeriksa server e-mel, dan julat masa pemeriksaan ini adalah dari jam 9 pagi ke 5 petang dan menggunakan talian WiFi  pejabat saya (untuk elak kos data).

Kelemahan cara ini, e-mel hanya akan masuk ke dalam telefon saya dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan jika ada e-mel yang masuk selepas jam 5 petang, ia akan sampai ke telefon saya pada esok harinya dan mungkin saya terlepas e-mel penting, kecuali saya buka e-mel semasa di rumah. Jika saya berada di tempat tiada akses PC, saya mungkin akan miss apa-apa e-mel penting.

Telefon bimbit Nokia mempunyai satu fungsi yang dipanggil Nokia Messaging yang memberikan fungsi push e-mail sebagaimana BlackBerry. Saya boleh menggunakan fungsi ini, tetapi kekangan yang berikut menyebabkan saya tidak boleh menggunakan Nokia Messaging;

Saya Pengguna Prepaid.

Biru! Biru!

Apa kaitannya saya sebagai pengguna talian prabayar dengan e-mel? Jawapannya adalah kos akses data. Umumnya anda tahu (atau tidak tahu) bahawa pengguna talian prabayar mempunyai kekangan dalam menggunakan khidmat data secara fleksibel di telefon bimbit. Ditambah pula kebanyakan telefon bimbit mutakhir seperti iPhone dan telefon berasaskan Android memerlukan akses data untuk berfungsi secara optimum. Mengakses e-mel di dalam telefon bimbit memerlukan saya mengakses servis data sekiranya saya di luar mana-mana liputan WiFi.

Jika anda seorang pengguna postpaid (bil), ini bukan satu masalah besar kerana terdapat pelbagai pelan data yang boleh digabungkan ke dalam pelan telefon sedia ada, dari serendah RM38 sebulan. Tetapi jika anda seorang pengguna prepaid seperti saya, pilihan yang ada adalah terhad dan MAHAL. Contohnya, jika saya ingin melanggan pakej data untuk sebulan, saya perlu membayar RM50. Maka kos saya sebulan adalah RM30 (top-up standard) + RM50 (data) = RM80.

OK, pakai postpaid. Setel masalah. Erm, susah bro/sis, saya bukan heavy user dan bayaran komitmen bulanan postpaid adalah tidak berbaloi. DiGi Smart Plan? Cadangan yang baik, tetapi nature kerja saya memerlukan saya kerap ke tempat-tempat yang jauh dari bandar besar, dan jika saya guna DiGi, lebih baik telefon saya ditinggalkan di rumah sahaja (coverage DiGi adalah satu kegagalan besar, even di bandar).

Penyelesaiannya?? BlackBerry.

Bagaimana BlackBerry Menyelesaikan Masalah

Jujur saya katakan, Nokia 5800 XpressMusic saya lebih hebat daripada BlackBerry Bold 9780 saya. Di dalam arena multimedia, kamera, dan apps, BlackBerry is not a match kata orang putih. Tetapi, dari aspek tertentu, BlackBerry membantu menghilangkan pening kepala saya dengan cara berikut;

PERTAMA: Ada Pelan BlackBerry (Yang Murah) Untuk Prepaid

Saya dah cerita di awal post tadi, jika anda pengguna prabayar seperti saya, apabila merujuk kepada pakej data standard, kita telah ‘dianak tirikan’. Tetapi berlainan dengan BlackBerry, hampir semua operator utama di Malaysia menawarkan pakej BlackBerry untuk pelanggan prabayar mereka dan dengan harga yang 50% lebih murah daripada pelan data standard.

Wait a minute, kenapa pelan data BlackBerry adalah lebih murah daripada pelan data standard, pada hal kedua-duanya mengakses data yang sama , e-mel yang sama. Hoi! Ini adalah konspirasi politik yang terang-terang menyalahgunakan wang rakyat! Hahaha. OK, tiada kena mengena dengan politik pun. Apa yang membuatkan BlackBerry berbeza daripada sistem data standard adalah kerana infrastructure nya. Lihat penerangan di bawah;

APA BEZA SISTEM DATA BLACKBERRY DAN SISTEM DATA BIASA?

Sistem data biasa tidak melalui secure server  dan tidak ada compression pada data yang dihantar/diterima. Maksudnya, sambungan data antara telefon anda dengan Internet adalah terus dan tiada tapisan, dan data yang diterima dalam kebanyakan kes adalah lump sum. Ini menerangkan mengapa telefon bimbit moden seperti iPhone menggunakan banyak data.

INTERNET <-> OPERATOR <->TELEFON BIMBIT

Sistem data BlackBerry pula, ada satu sistem server yang menapis, memampatkan data dan meng-encrypt data yang dihantar/diterima sebelum sampai ke telefon bimbit.

INTERNET <-> SERVER B.I.S <-> OPERATOR <-> TELEFON BLACKBERRY

Server BlackBerry Internet Service (BIS), selain menapis dan meng-encrypt data, ia juga memampatkan data sebelum diterima oleh telefon bimbit BlackBerry. Telefon bimbit BlackBerry, untuk pengetahuan anda, adalah telefon yang paling kurang menggunakan data, dan dalam kebanyakan kes, tiada perbezaan ketara dengan telefon yang menggunakan data tanpa mampatan (uncompressed).

Faham dengan penerangan di atas? Kata kuncinya: Compression. Telefon BlackBerry berbeza dengan telefon bimbit lain kerana data yang diterima telah dimampatkan dan hence menggunakan kurang data. Jika anda lihat pada pelan BlackBerry untuk pengguna prabayar, rata-rata menawarkan kuota sebanyak 250MB. Tak cukup? Untuk BlackBerry, itu lebih dari cukup!

Kelemahan BlackBerry, adalah juga terletak pada sistem compression nya. Jika anda menggunakan BlackBerry untuk membuka laman web, mungkin agak perit sedikit kerana kelajuannya amat menyedihkan walaupun tidak mendukacitakan (walaupun anda dalam rangkaian 3G atau WiFi). Saya sendiri tidak galakkan anda menggunakan BlackBerry untuk membuka laman web kecuali jika betul-betul perlu (baca: kecemasan).

Kembali pada soal kos, dalam kes saya selaku pengguna prabayar Celcom, kos untuk pakej Full BIS sebulan adalah RM25 dengan 250MB kuota untuk data (lihat jadual di bawah). Sebagaimana yang disebutkan, kuota yang kecil bukan menjadi masalah, kerana BlackBerry sendiri berfungsi atas konsep compressed data dan di rumah, saya akan connect ke WiFi rumah sekaligus menjimatkan kuota data.

Pelan BlackBerry Untuk Celcom Prepaid

Jika tujuan utama anda adalah untuk memeriksa e-mel dan menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook dan berborak melalui BBM, 250MB itu sudah lebih dari mencukupi.

KEDUA: Push E-Mail

Tidak Terhad Untuk E-Mail Korporat, E-Mail Marhaen Seperti Hotmail Pun Boleh!

BlackBerry terkenal dengan sistem push e-mail nya, dan itulah menjadi antara sebab utama mengapa saya memilih untuk menggunakan BlackBerry. Jika ada yang menghantar e-mel kepada saya, secara automatik sistem BlackBerry akan menghantarnya kepada telefon saya. Umpama sistem SMS. Jadi tidak perlu lagi saya log masuk ke dalam web mail atau membiarkan Microsoft Outlook saya terbuka semata-mata untuk menanti e-mel masuk.

E-mel tidak terhad kepada corporate address semata-mata, anda juga boleh set kan e-mel Hotmail, Yahoo dan GMail ke dalam telefon BlackBerry anda. Jika anda menggunakan e-mel secara intensif seperti saya, BlackBerry merupakan telefon yang sesuai untuk anda.

KETIGA: Kepantasan

Sistem BlackBerry bertindak secara instaneous, bermaksud jika ada yang menghantar e-mel kepada anda, anda akan menerimanya pada saat itu juga, dan delay adalah amat jarang berlaku. Dan sistem push ini tidak terhad kepada e-mel semata-mata, jika ada yang menghantar atau membalas komen di Facebook, atau mention anda di Twitter, telefon BlackBerry anda akan memaklumkan kepada anda dengan serta-merta.

Once anda sudah serasi dengan sistem push ini, mungkin anda akan ‘ketagihan’. :-)

Tambahan pula, disebabkan sistem compression yang digunakan oleh BlackBerry, maka tiada kesan nyata dari sudut kepantasan jika anda di dalam rangkaian GPRS sekalipun.

Kesimpulan

Disebabkan penggunaan utama saya adalah untuk e-mel dan sekali-sekala menggunakan aplikasi sosial seperti BBM, Facebook dan Twitter, maka saya berpendapat bahawa menggunakan BlackBerry adalah pilihan yang bijak buat diri saya buat masa sekarang. Itulah sebabnya mengapa saya menggunakan BlackBerry. :-)

Author: Audi Faliq Ibrahim

Manager (Media & PR) at Yayasan Basmi Kemiskinan

34 thoughts on “Mengapa Saya Guna BlackBerry?”

  1. saya menggunakan iphone dengan prepaid Umobile untuk twitter, ym, streaming lagu/radio, e-mel dan buka website. Pelan umobile unlimited mobile internet RM28 sebulan sangat menjimatkan. Pakej tersebut menjanjikan 500mb (kelajuan internet perlahan setelah mencapai limit) dan mempunyai free call 100 minit sebulan dan free 30 sms untuk mana-mana telco dan boleh dibawa ke bulan hadapan jika tak habis menggunakan. Applikasi viber, skype juga menjimatkan kos panggilan saya. Tak semestinya yang banyak makan data itu sangat mahal untuk dimiliki.

    Like

    1. anda ini sangat tidak mempunyai fikiran semasa memberi komen. Komen anda ini tunjuk yang anda ini seperti fanboy apple sahaja..anda juga tidak faham tujuan entry ini dikongsi..hanya kerana anda ada wang untuk beli iphone dan guna pakej paling rendah dgn limit yang rendah..tidak menunjuk yang anda bijak..orang ramai lebih banyak guna dengan bayaran hingga 98 dgn limit yang lebih besar..anda sangat belagak..

      Like

  2. Tok Penghulu,

    saya baru beli Blackberry Torch 9810. Tapi tak ada option untuk set internet mail (Yahoo mail).Cuma ada enterprise account sahaja. Fungsi lain seperti Yahoo messenger pun tak dapat set up.Dia kata service not enabled for this hadheld. Adakah saya perlu melanggan sesuatu service dari internet service provider(CELCOM)?

    Thanks.

    Like

    1. Untuk membolehkan sesuatu BlackBerry itu digunakan dengan sepenuhnya, terlebih dahulu Tuan perlu melanggan servis BlackBerry Internet Service atau singkatannya BIS. Tetapi jika Tuan sudah mengaktifkan servis BIS dan masih tidak boleh menggunakan fungsi e-mail dan ‘social apps’ seperti Yahoo Messengger, Facebook dan lain-lain, kemungkinan besar masalahnya adalah daripada telefon tersebut.

      Jika Tuan membeli set BlackBerry tersebut yang baru (fresh) daripada pengedar yang sah (seperti Brightstar atau Celcom), lazimnya tiada masalah seperti yang Tuan maklumkan. Tetapi jika set BlackBerry Tuan adalah ‘second-hand’ atau dibawa masuk daripada luar Malaysia, ada kemungkinan set tersebut sudah ‘dikunci’ dan hanya boleh berfungsi dengan Telco atau syarikat tertentu sahaja.

      Sukacita diingatkan ada dua jenis servis BlackBerry, iaitu BlackBerry Internet Service (BIS) dan BlackBerry Enterprise Service (BES). BIS adalah servis yang lazim digunakan oleh pengguna awam manakala BES digunakan oleh syarikat yang di mana para pekerjanya diberi set BlackBerry yang telah ‘dikunci’ dan hanya berfungsi dalam persekitaran syarikat sahaja. Lihat set BlackBerry Tuan, ada tak label/sticker yang ‘pelik’ seperti ‘ROGERS’ atau ‘ORANGE’ atau nama-nama Telco luar negara? Untuk set BlackBerry yang dibeli dari Celcom, ada label ‘Vodafone’ kerana Celcom mendapatkan sebahagian set BlackBerry nya daripada Vodafone sendiri.

      Daripada penerangan Tuan, mungkin set Tuan adalah jenis untuk BES (jika second-hand) dan untuk membuka ‘kunci’ ini, Tuan perlu ke kedai telefon atau Pusat Servis BlackBerry. Tuan juga boleh gunakan fungsi ‘Wipe’ dalam BlackBerry (seumpama ‘format balik’) tetapi saya kurang pasti sama ada cara ini dapat ‘membersihkan’ set BlackBerry Tuan dengan sepenuhnya.

      Like

  3. Nak tanya apa beza ambik BES dan BIS plan, dan jika bb saya dijadikan modem adakah bayaran tambahan di masukkan dalam bil postpaid saya? Sekian harap saudara dpat membatu

    Like

    1. BES adalah akronim untuk BlackBerry Enterprise Server dan BIS pula bermaksud BlackBerry Internet Service.

      Pelan BlackBerry standard yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan adalah dalam kategori BIS. BES lebih kepada pengguna korporat di mana BlackBerry adalah diberikan oleh syarikat dan telah dikunci (locked) sebahagian fungsinya mengikut polisi keselamatan syarikat/korporat. BES ini amat-amat jarang digunakan oleh pengguna awam.

      Jika saudara membeli BlackBerry secara biasa (kedai atau kontrak dari syarikat telekomunikasi), pelan yang saudara langgan adalah BIS.

      Berkenaan menjadikan BlackBerry sebagai modem, saya kurang pasti, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bertanya rakan-rakan, jika kita melanggan postpaid BlackBerry, tiada masalah untuk menggunakan BlackBerry sebagai modem dan tiada caj tambahan. Saya cadangkan saudara bertanya kepada syarikat telekomunikasi saudara untuk pengesahan kerana setiap telco mempunyai definisi dan polisi yang berbeza apabila bercakap berkenaan ‘tethering’ ini.

      Harap penerangan saya dapat membantu.

      Like

      1. Benarkah Tuan? Tiada caj tambahan ye.. saye baru je rajin ‘tethering’ ni.. takut ade caj tambahan pulak.. baru call call TELCO (celcom) mereka kata mmg tiada caj tambahan, tapi masih berasa ragu kerana semasa ‘tethering’, BIS di bb semacam tidak aktif, bbm, email dan notification lain tak masuk, bila disconnect baru BIS tu aktif semula, baru semua notifikasi yang pending tu masuk. hmmm..

        Like

  4. Salam sahabat, minta suggestion version BB mana yg best n latest sekarang. Egat nak pasang lg 1 la.. hehe

    Like

    1. W’salam. Jika saudara berminat untuk menggunakan BlackBerry, saya cadangkan saudara beli mana-mana telefon BlackBerry yang menggunakan OS6 dan ke atas, kerana OS6 dan yang terkini, OS7 adalah lebih mesra pengguna dan lebih stabil. Model telefon adalah bergantung kepada bajet saudara. Perkara pokoknya, saya lebih menekankan versi OS kerana itu yang akan memberi kesan dalam penggunaan seharian saudara.

      Terdapat pelbagai jenis model BlackBerry, bergantung kepada kesukaan (preference) saudara. Saya sendiri menggunakan model Bold 9900. Saudara boleh ke laman GSMArena.com untuk membaca review pelbagai model BlackBerry (dan telefon-telefon lain) secara professional.

      Harap ini membantu. Terima kasih.

      Like

  5. knp tiap kali topup ad je push msg smpai..tolak automtik rm3..mcm mane nk elak push msg ni drpd trus2 d hantr k tel sy..hrp dpt mbntu

    Like

    1. Saudari mungkin secara sengaja atau tidak, telah melanggan servis yang daripada pihak ketiga (yang menggunakan ‘shortcode’ seperti 3xxxx). Jika saudari tidak pernah melanggan servis seumpamanya, ada kemungkinan nombor telefon bimbit saudari pernah digunakan oleh orang lain (recycled number) dan individu tersebut ada melanggan servis ‘push message’ tersebut, dan menyebabkan saudari juga dicaj.

      Cara untuk menghentikan mesej/servis seperti ini, saudari boleh cuba SMS ‘STOP ALL’ ke nombor asal push message tersebut (contoh: Jika mesej tersebut datang dari nombor 31111, SMS ‘STOP ALL’ ke nombor tersebut). Lazimnya akan ada respon yang memaklumkan status atau arahan bagaimana untuk menghentikan langganan.

      Jika tiada sebarang respon atau tidak berjaya, saudari boleh menghubungi Helpline operator saudari dan minta pihak Telco untuk kenalpasti dan hentikan push message tersebut.

      Harap ini dapat membantu.

      Like

  6. terima kasih atas info.. sgt berguna bg sy sbb sy baru nak mula guna blackberry…
    info tentang pakej langganan blackberry celcom ini sgt membantu sbb sy berhajat nak guna celcom punya sbb telco lain line susah sket.. byk masalah line..
    sy nak tnya.. kalo os 5.0 sekarang dah boleh upgrade ke 7.1 kan?

    Like

    1. Salam sejahtera.

      Berkenaan OS 5 dinaiktaraf ke OS 7, setahu saya ia tidak boleh dilakukan. OS 5 boleh dinaiktaraf ke OS 6 tetapi bergantung kepada model BlackBerry tersebut. Dan OS 6 tidak boleh dinaiktaraf ke OS 7 kerana OS 7 memerlukan hardware yang agak tinggi.

      Saya pernah menggunakan model 9780 yang menggunakan OS 6 dan dimaklumkan tidak boleh dinaiktaraf ke OS 7. Walaubagaimanapun, model yang menggunakan OS 5 seperti 9700 boleh dinaiktaraf ke OS 6.

      Harap jawapan ini dapat membantu.

      Like

  7. hp sy sblum ni connect wifi kt umh je tpi lpas trslah tekan password da xbleh nk connect..msalah’y skg bla hp da dpt connect smula tpi xdpt nk d gunakn…apa yg perlu sy buat ? :(

    Like

    1. Salam sejahtera. Saya kurang jelas berkenaan keadaan sebenar yang saudari alami. Walaubagaimanapun, secara asasnya, jika BlackBerry saudari gagal memasuki rangkaian WiFi, antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan membuang profil WiFi yang sedia ada (Options > Network and Connections > WiFi Network > Saved WiFi Networks, dan buang nama WiFi tersebut).

      Selepas itu restart semula BlackBerry dengan hold ALT + Right Shift + Delete, dan selesai proses restart, cuba connect semula ke WiFi tersebut (ini bermaksud saudari perlu memasukkan password WiFi itu semula). Harap penjelasan ini dapat membantu.

      Like

  8. Salam..bang..knape bb sye ni xbleh maen wechat..bbm..world apps ye..pdahal da ad wifi..mntak maaf la..sye ni bru lgi pkai bb ni..terima kasih..:)

    Like

    1. W’salam dik. BlackBerry ini berbeza sedikit dengan telefon biasa sebab ia perlukan BIS (BlackBerry Internet Service) untuk berfungsi. Walaupun adik bercadang hendak guna internet 100% melalui WiFi, nak atau tidak, BlackBerry tu perlu didaftarkan melalui mana-mana Telco supaya ‘service book’ yang berkenaan akan dimuatkan dalam BlackBerry tersebut dan seterusnya boleh menjalankan BIS melalui WiFi. Untuk dapatkan BIS ni, perlu langgan melalui telco, dan abang pasti adik maklum akan perkara ini.

      Jika adik telah melanggan BIS, apabila BlackBerry tersebut telah ‘connect’ ke WiFi, pastikan logo BlackBerry ada terpapar di sebelah logo WiFi tersebut. Jika hanya ada logo WiFi sahaja, maksudnya BIS tidak boleh dijalankan melalui WiFi dan apa yang adik boleh buat apabila ini berlaku HANYALAH melayari Internet melalui Browser, dan aplikasi lain seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dll. tidak boleh digunakan (kerana semua ini memerlukan BIS).

      Cara kerja BlackBerry ini memang berbeza dengan telefon biasa dan ramai yang tidak tahu dan beranggapan BlackBerry ini serupa sepertimana telefon yang lain. Harap penerangan ini membantu. :-)

      Like

  9. knp bb sy stiap kali sy off . kuar gambar vodafonee ekhh ?? frustnyeeee . before dis beli bold5 takdee pulak mcm nie ,, ni sy beli b0ld4 tibe2 ade .. apakah?? helpp ~

    Like

    1. Salam sejahtera.

      Berkenaan set BlackBerry saudara yang menunjukkan logo Vodafone, pada pendapat saya set saudara merupakan set AP iaitu diimport terus daripada luar negara. Set AP ini lazimnya telah di’brand’ dengan logo dan aplikasi-aplikasi terbina (build in).

      Untuk menghilangkan logo ini, saudara boleh melaksanakan proses ‘debranding’ iaitu menggantikan OS BlackBerry saudara dengan OS ‘bersih’ (tanpa sebarang brand). Cara untuk melaksanakan proses debranding ini boleh dirujuk di pelbagai laman web, contohnya CrackBerry.

      Harap penjelasan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

  10. Assalamualaikum.

    Nak tanya…saya merupakan pengguna blackberry 9700. Bolehkah blacberry 9700 ni connect ke wifi unifi? sebab saya dah cuba banyak kali…still x leh run.

    Like

    1. W’salam Puan,

      BlackBerry ‘legacy’ seperti Bold 9700, 9780, 9900 dan generasi sebelumnya menggunakan BlackBerry Internet Servis (BIS) sebagai asas sambungan internet, dan ini amat berbeza dengan sambungan internet biasa sebagaimana telefon berasaskan Android dan Apple iPhone. Asasnya, tiada masalah untuk BlackBerry 9700 menggunakan WiFi UniFi tetapi sambungan ke BIS itu perlu wujud jika ingin menggunakan aplikasi tertentu seperti e-mel.

      Saya sendiri menggunakan BlackBerry 9900 yang jatuh dalam kategori ‘legacy’ (iaitu sistem OS berasaskan Java dan bukan OS mutakhir, BlackBerry 10). BlackBerry saya tidak mempunyai masalah untuk connect ke UniFi pejabat saya. Untuk pengetahuan Puan, jika BlackBerry Puan berjaya disambungkan ke sistem BIS, akan ada logo BlackBerry di sebelah logo WiFi. Jika ada logo WiFi sahaja dan tiada logo BlackBerry, maka sambungan ke BIS adalah tidak berjaya dan ini bermaksud aplikasi yang bergantung kepada BIS tidak dapat digunakan.

      Jika BlackBerry legacy ini gagal connect ke sistem BIS, saya akan restart router dan jug BlackBerry dan lazimnya cara ini berjaya.

      Harap penjelasan ini dapat membantu.

      Like

  11. bolehkah blackberry menggunakan plan hotlink baru iaitu free basic internet untuk mendapatkan internet percuma itu? kerana, nak tukar phone lain kekangan wang, tiap bulan langgan BIS pon kdg2 parah..kalau ada percuma baik yang percuma..hehe ^^..boleh ke tak?

    Like

    1. Berdasarkan pemahaman saya, Hotlink Free Basic Internet merujuk kepada pelan internet standard dan bukan BIS, jadi secara teknikalnya semua servis / aplikasi yang memerlukan BIS tidak akan berfungsi.

      Like

Comments are closed.