Kemaluannya BESAR!


Entri ini bukannya membincangkan hal pornografi kelucahan, tetapi sengaja saya guna tajuk yang berbunyi provokatif. Mengapa KEMALUAN? Bukankah banyak lagi perkataan yang lebih senonoh untuk digunakan, kita rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa dan kesantunan. Alhamdulillah, anda sedar akan Malaysia terkenal dengan budaya kesantunan dan budi bahasa, jadi apa pendapat anda berkenaan gambar di bawah ini;

Apa yang terlintas di fikiran anda apabila melihat gambar ini? – Gambar dipetik dari Sinar Harian.

Tidak perlu saya terangkan, anda semestinya sudah tahu cerita mengapa kereta di atas menjadi begitu. Anda tahu peristiwa di atas berlaku pada tanggal 28 April 2012 hari Sabtu. Anda tahu di mana ia berlaku, dan berapa besar skalanya. Tanya diri anda selaku rakyat Malaysia yang rasional, tolak politik kepartian ke tepi dahulu – adalah anda merasa kemaluan anda menjadi besar apabila melihat betapa ganasnya kita?

Sekali lagi saya tegaskan, ini bukan cerita private part, tetapi kemaluan dalam konteks ini adalah dari perkataan ‘malu’ yang di-hiperbola-kan, menunjukkan betapa besarnya dan dekatnya malu kita kepada apa yang berlaku. Rakan-rakan pembaca sekalian, dengan penuh bangga saya mempersembahkan pendapat peribadi saya berkenaan Bersih 3.0, yang merupakan sebahagian siri entri ‘Kebengongan’.

Bersih 3.0 – Software Komputer Ke?

Pertama kali saya dengar akan ‘inisiatif’ Bersih ini, saya tertarik dengan penggunaan nombor versi yang melambangkan siri perhimpunan (1.0, 2.0, 3.0 dan mungkin 4.0?), umpama software komputer. Mungkin untuk menarik perhatian golongan muda? Apa yang saya faham mengenai Bersih ini, adalah satu gerakan untuk membersih dan menyucikan proses Pilihanraya di Malaysia.

OK, bunyinya murni, cantik, siapa yang tak mahu bersih kan? Tetapi adakah perjuangan gerakan ini adalah kena pada masanya? Adakah Pilihanraya di Malaysia ini sejak zaman Merdeka umpama najis shit? Kasar bunyinya, tetapi apa yang kita dapat lihat ketika perhimpunan Bersih 3.0 itu lebih kasar bukan?

Bersih Ke?

Kita maklum akan bagaimana proses Pilihanraya berjalan di negara kita ini. Pilihanraya adalah ditadbir selia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ada prosedur yang perlu diikut jika nak join pilihanraya jadi calon. Dan bukan susah pun nak jadi calon, asal ada penyokong, dan sedikit modal bertanding. Menang kalah itu perkara kedua.

Persoalannya, adakah pilihanraya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak zaman sebelum merdeka itu telus dan adil? Tiada siapa yang berani menjamin 100% adil, mungkin dalam proses itu ada loophole tetapi tidaklah sampai membuatkan keputusan pilihanraya menjadi tidak reliable.

Saya nak tanya – APA DEFINISI PILIHANRAYA YANG 100% ADIL DAN TELUS?

Jika anda ada definisi dan takrif yang tersendiri, tulis di ruangan komen.

Kebengongan

Negara Malaysia merupakan negara yang masih membenarkan warganya berhimpun secara aman bagi melaksanakan sesuatu perkara atau menzahirkan perasaan mereka terhadap satu isu. Undang-undang jelas memberikan kebenaran ini, cuma prosedur perlu diikut lah. Dapatkan permit, terangkan secara jelas tujuan berhimpun dan apa objektifnya, serta bagi jaminan perhimpunan akan dijalankan secara aman. Saya amat pasti pihak berkuasa akan bagi kebenaran.

Dalam kes Bersih 3.0 ini, anda sendiri sudah tahu kronologi peristiwanya. Gerakan ini diberi kebenaran dan ditawarkan tempat tetapi masih berdegil mahu buat di Dataran Merdeka. Awal-awal lagi sudah tunjuk keras kepala. Kebenaran telah diberi, cuma tempat sahaja yang diminta tukar, dan pihak berkuasa siap bagi cadangan tempat alternatif lagi! Tetapi nak juga buat di Dataran Merdeka.

Pihak berkuasa sudah ada pengalaman daripada siri Bersih sebelum ini, dan daripada pengalaman, siri Bersih sebelum ini dipengaruhi kuat oleh parti-parti politik. Walaupun pihak gerakan Bersih ini menegaskan mereka adalah neutral dan memperjuangkan aspirasi rakyat, tetapi dengan penglibatan parti-parti politik dari satu pihak sahaja, sedikit sebanyak perhimpunan tersebut tidak dapat lari daripada pengaruh dan campurtangan ideologi politik.

Pendapat saya, tindakan pihak berkuasa mencadangkan tempat alternatif adalah kerana (mungkin) sebab berikut;

PERTAMA: Hari itu hari Sabtu, dan hari di mana kebanyakan warga kota keluar membeli barang keperluan dan beriadah bersama keluarga. Jika dibuat di tempat terbuka seperti di Dataran Merdeka, sedikit sebanyak akan mengganggu warga kota yang punya urusan ini.

KEDUA: Gerakan Bersih ini secara jelas dipengaruhi oleh politik kepartian dan bukan neutral. Jika dibuat di Dataran Merdeka, dan dilihat oleh pelancong asing, ia akan memberi konotasi negatif seolah-olah pemerintah adalah zalim yang amat dan tidak telus. Konotasi negatif ini adalah satu political advantage kepada parti pembangkang, tetapi dalam jangka masa panjang, berpotensi untuk meleburkan potensi pelaburan dan mencalarkan imej Malaysia. Sekali sudah tercalar, bukan mudah nak memulihkan kembali. Lihat sahaja negara jiran kita Indonesia, dan ambil iktibar.

KETIGA: Tempat alternatif yang dicadangkan (stadium) adalah lebih sesuai untuk para peserta perhimpunan ini, kerana tertutup, selamat, dan selesa. Boleh duduk atas kerusi lagi sambil mendengar propaganda. Lagipun, saya difahamkan temanya adalah ‘duduk bantah’, tetapi sebahagian besar suka berlari, menjerit dan melompat. maaf menyebut, macam kera kena belacan!

Pihak berkuasa berfikir secara menyeluruh, mengambilkira keperluan masyarakat secara umum. Jika pihak berkuasa hanya mengikut apa yang diminta oleh pihak Bersih tanpa berfikir kesan kepada masyarakat umum yang lain, ini akan menyebabkan masyarakat menyalahkan pihak berkuasa kembali kerana tidak peka. Atau sememangnya mereka mahu masyarakat marah supaya boleh dihasut membenci pihak berkuasa dan seterusnya kerajaan?

Rakyat Malaysia gemar complain, itu salah ini salah, tetapi tidak mahu bersama menyumbang membetulkan kesalahan tersebut. Orang seperti ini memang bengong!

Kisah Polis dan Rakyat Marhaen Yang Dihentam Lumat

Sayugia kita dikhabarkan dengan cerita polis belasah rakyat di Bersih 3.0, lengkap dengan gambar dan video. Itulah kecanggihan teknologi, segala yang berlaku boleh dirakam, HD quality lagi beb! Saya ingin memberikan pendapat berkenaan kes di mana polis melanggar peserta Bersih 3.0 dan hasilnya kereta polis habis di-total loss-kan. Hebat, nak tuntut insurans, banyak saksi dan bukti ada kan?

Tapi bukan soal insurans, tetapi rasional tindakan polis dan peserta. Saya tidak tahu siapa sebenarnya salah, polis atau peserta. Dua-dua pihak dengan penuh confident cakap pihak lawan mereka yang mula dahulu. Saya tidak mahu komen siapa betul siapa salah, tetapi mari kita lihat secara keseluruhan, pandangan kedua belah pihak.

DI PIHAK PESERTA: Disebabkan mereka excited dengan perhimpunan tersebut, tambahan pula dengan ucapan ‘pembakar semangat’ yang diberikan oleh pemimpin parti politik tertentu yang kebetulan (?) terlibat dengan perhimpunan itu, maka para peserta telah ‘diapikan’ emosi mereka. Dalam suasana yang ‘panas’ seperti itu, tindakan sebilangan kecil yang cuba merempuh sekatan pihak berkuasa telah memberikan kesan domino effect kepada peserta lain, di mana mereka secara automatik menjadi berani kerana melihat rakan perhimpunan yang telah melanggar sekatan tersebut – walau menyedari tindakan mereka itu sebenarnya telah melanggar arahan pihak berkuasa!

Pihak peserta perhimpunan tersebut secara relatifnya telah outnumbered bilangan pihak berkuasa, dan faktor ini menyebabkan peserta Bersih yang ‘dirasuk’ emosi ini berani bangkit membuat kekecohan! Cuba bayangkan jika bilangan pihak berkuasa yang bertugas melebihi bilangan peserta, saya rasa majoriti tidak akan berani mengikut untuk mencetuskan kekecohan, kecuali segelintir yang memang telah lali membuat kecoh.

Suasana ‘panas’, ditambah dengan ucapan membakar emosi, dan sebilangan peserta yang menjadi trigger memulakan kekecohan, bukankah satu resepi yang molek untuk ‘huru-hara’ berlaku?

DI PIHAK PENGUATKUASA: Anda seorang anggota pasukan beruniform. Anda telah belajar setiap tindakan anda dalam mengendalikan sesuatu perlu mengikut Standard Operation Procedure, dan penggunaan kekerasan adalah alternatif terakhir dan mesti dielakkan jika mampu.

Di dalam perhimpunan Bersih 3.0, ramai yang mendakwa (claimed) pihak berkuasa (polis) telah bertindak di luar batasan ‘hak asasi manusia’ dengan ‘membelasah’ peserta Bersih. Bukti seperti gambar-gambar amatur dan profesional, video, dan mungkin juga Photoshop terlibat, dipertontonkan untuk menguatkan bukti.

Di manakah silapnya?

OK, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu badan siasatan bebas, jadi biarlah mereka menilai siapa benar dan siapa salah. Dan jika perkara ‘polis hentam rakyat’ ini benar-benar berlaku, siapakah yang sebenarnya mula dahulu? Ingat, di kala itu, emosi lebih tinggi nilainya daripada akal rasional, dan dalam suasana ‘panas’, kita sukar untuk fikir kesan dan akibat tindakan kita!

Anggota penguatkuasa ini sudah standby lama di tempat mereka ditugaskan, dan kita sendiri tahu yang pihak ini tidak berbuat apa-apa dan duduk diam walaupun peserta Bersih telah mula provoke mereka menggunakan lisan. Masalah berlaku apabila peserta ini mula merempuh sekatan pihak berkuasa dan dengan angkuh dan degil mahu masuk juga ke tempat larangan (Dataran Merdeka).

Pada saat inilah satu perhimpunan yang aman damai menjadi satu situasi yang memberikan kita kemaluan besar! (no pun intended).

Pihak berkuasa, apabila berhadapan dengan kelompok peserta yang mula dirasuk emosi dalam diri mereka, sememangnya secara automatik akan bertindak balas. Apa tindakbalas mereka? Ketika itu SOP sukar untuk dilaksanakan kerana emosi mengatasi rasional dan semua menggunakan provokasi untuk menunjuk hero.

Lihat sahajalah gambar-gambar ketika itu, bagaimana kemaruknya para peserta untuk buat kecoh tunjuk hero (bukan semua peserta, ada peserta yang masih rasional dan tidak turut serta) dan mula menyerang kenderaan polis! Polis juga manusia, apabila diacah dengan provokasi, bukan semua boleh bertindak secara rasional dan menahan kesabaran – maka kemungkinan untuk polis belasah peserta itu ada, kerana mereka ingin melampiaskan stress mereka dalam situasi tersebut.

Cerita kereta polis yang diterbalikkan itu, saya kurang jelas hujung pangkalnya, tetapi melihat video, kelihatan peserta Bersih yang menyebabkan kereta polis itu terbabas. Jika benar polis itu telah melanggar peserta/orang awam, memusnahkan kereta polis bukan caranya, kerana yang bersalah adalah si pemandu! Tahan pemandu tersebut dan bawa kepada pihak berkuasa. Anda ‘belasah’ kereta polis, sekaligus telah memusnahkan aset awam!

Kesimpulannya

Saya berpendapat, dalam Perhimpunan Bersih 3.0 ini, kedua-dua pihak bersalah, kerana dikuasai emosi dalam tindakan mereka. Saya mengalu-alukan cadangan agar satu badan siasatan bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan menghukum mereka yang telah bertindak keterlaluan tidak kira sama ada di pihak peserta ataupun di pihak penguatkuasa. Bersih 3.o ini juga memberikan satu pengajaran besar bagi kita, iaitu TINDAKAN BERLANDASKAN EMOSI & DENDAM SEMATA-MATA AKAN MENGHASILKAN AKIBAT YANG KURANG ENAK DAN MUNGKIN MEMAKAN DIRI.

Kepada yang mempunyai pendirian untuk ‘mencipta sejarah baru’ dengan cara demonstrasi jalanan sebagaimana yang berlaku di negara Teluk, fikirkan betul-betul, adakah

Blog saya bukan blog politik, dan entri ini hanyalah satu pendapat peribadi saya, tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kemaluannya BESAR!

  1. anon says:

    kagum dengan penulisan anda

    Like

  2. anon says:

    Terima kasih kerana memberi pendapat yang rasional…

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s