Di Sebalik Rahsia CINTA & Seribu BAYANGAN


Apabila dibincang tentang CINTA, sesungguhnya setiap daripada kita mempunyai idealisme dan pegangan masing-masing. CINTA itu sendiri secara umum amat luas pengertiannya. Saya ingin berkongsi dengan anda, satu lagu yang menjadi kesukaan saya, dan saya hampir pasti sesiapa yang lahir di tahun 80’an tahu akan lagu ini;

Setiap perkara itu punya RAHSIA…

Lagu ini diberi nama, Di Sebalik Rahsia CINTA, nyanyian kumpulan Metropolitan. Generasi baru (90’an ke atas) mungkin tidak kenal kumpulan ini, tetapi salah satu lagu kumpulan ini yang popular adalah ‘FIKIRKAN BOLEH’. Pernah dengar kan? ;-)

Berbalik kepada lagu Di Sebalik Rahsia CINTA ini, liriknya, jika kita dengar sekali lalu, tiada beza dengan lagu CINTA yang lain. Mungkin kedengaran klise. Tetapi jika anda amati dengan cermat dan berfikir sedikit, anda akan tahu kisah yang diceritakan di sebalik liriknya.

Saya lampirkan liriknya di bawah,

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Baca lirik di atas dengan tenang, dan cuba fikirkan, sebenarnya ada satu kisah CINTA yang agung diceritakan dalam lirik di atas. Satu kisah di mana dua orang telah terpisah jauh dan lama, dan satu ketika telah diketemukan kembali dengan restuNya, dan peristiwa tersebut menjadi titik tolak kepada kisah CINTA manusia sehingga ke hari ini.

Jawapannya: Kisah Adam dan Hawa. Saya amat terkesan dengan liriknya, dan saya bersetuju dengan pendapat, ada RAHSIA mengapa kita dipertemukan dengan si-A, si-B, si-C, si-D, … , si dalam hidup kita.

Kisah Aku, Kau dan Dia

Semalam (28 Ogos 2012) sebagaimana lazimnya saya memandu pulang ke rumah sambil mendengar siaran radio Klasik Nasional. Radio ini pada setiap petang ada segmen yang dinamakan ‘Aku, Dia dan Lagu’ atau ringkasnya ADiLa, di mana para pendengar dialukan untuk menghantar coretan kenangan hidup mereka beserta lagu-lagu yang bersesuaian dengan coretan tersebut.

Saya tertarik dengan kisah seorang pendengar dari Perlis, yang menyampaikan coretan kisah hidup beliau. Beliau (seorang wanita) mencoretkan kisah di mana sejak zaman sekolah, beliau telah bertemu dan menjalin hubungan dengan ramai lelaki, tetapi tidak kekal lama kerana pelbagai dugaan dan cabaran. Ada yang disebabkan pendengar tersebut belum bersedia, ada juga halangan keluarga, ada juga disebabkan fitnah jiran tertangga. Dan antara lagu yang dipilih beliau sebagai latar coretan tersebut adalah lagu favorite saya;

Patah Hati, nyanyian Sudirman.

Mendengar coretan pendengar tersebut, terus membuat saya berfikir panjang, dan kesesakan jalan raya yang diharungi depan mata tidak begitu terasa kerana fikiran saya dihujani pelbagai persoalan dan inferens . . .

Soal Pilihan…

Pilihan Terlalu Banyak Di Depan Mata…

Hidup ini sebenarnya satu pilihan, tetapi pilihan yang telah ditakdirkan dan dirancang dengan begitu sempurna oleh Allah S.W.T. Kita lahir di dunia atas ‘pilihan’ ibu dan ayah kita. Setiap masa kita berdepan dengan pilihan, dan setiap pilihan itu akan membawa kepada pilihan-pilihan yang lain. Hingga mati pun, kita masih punya pilihan sebenarnya.

Maaf jika bunyi di atas kelihatan agak berfalsafah dan rumit. Tetapi saya tidak dapat berhenti untuk berfikir selepas mendengar coretan pendengar di radio sebagaimana yang saya terangkan di atas. Entah mengapa, saya begitu ‘terasa’ dan ‘terkesan’ dengan coretan tersebut.

Perkara yang menjadi persoalan yang besar kepada saya adalah, kita SUDAH MEMILIH, tetapi PILIHAN yang relatifnya lebih baik muncul di hadapan kita. Apakah yang patut saya lakukan. Saya ringkaskan kepada dua ‘premis’ berikut;

PERTAMA: Hidup adalah satu proses ‘continuous improvement’, maka kita perlu memilih peluang/material/suasana yang baik untuk diri kita dan sekeliling.

KEDUA: Bersyukur dengan apa yang ada, dan hargainya kerana itu pilihan kita.

Kedua ‘persoalan’ di atas adalah perkara-perkara yang berlegar dalam pemikiran saya. Persoalan di atas bukan sahaja berkenaan dengan soal cinta, tetapi perkara-perkara rutin kita pun berkait dengan dua persoalan tersebut.

Disebutkan kepada saya: Saya sudah ada F, tetapi saya sudah kenal A. Dua-dua adalah pilihan terbaik, tetapi relatifnya A adalah lebih baik dari F, best of the best. Macam mana tu?

Soalan ini, saya tidak boleh menjawabnya, kerana sekali lagi, dua persoalan/premis di atas kembali menjadi isu pokok.

Go on with whoever/whatever we have chosen, or given the opportunity, take the relatively better option(s)?

Ini telah mengheret satu lagi konsep – SETIA.

Setia – Sehati, Sejiwa

Saya ingin membawa anda untuk mendengar/tonton video ini;

Maafkan tajuk dan audio yang mungkin kurang memuaskan, tetapi saya ingin membuat hujahan berkenaan konsep ‘SETIA’ ini.

Baru-baru ini ‘kecoh’ seketika apabila satu artikel dari negara luar membuat accusation bahawa wanita Malaysia terkenal dengan sifat curang a.k.a. unfaithful. Kecaman dan kecaman dilontarkan. Saya secara peribadi kurang setuju (bukan membantah) artikel tersebut, kerana kurang tepat dan hanya membuat generalization kepada semua wanita Malaysia.

Berniat jahat mungkin, dan wanita Malaysia umumnya bukanlah seperti yang digambarkan.

Tetapi satu perkara yang boleh kita kaji, kenapa boleh ‘terkeluar’ laporan sebegitu. Kita buat satu soalan mudah, kenapa boleh berlaku CURANG ini?

SETIA lawannya CURANG

SATU lawannya BANYAK

BERSYUKUR lawannya INGKAR

STATUS QUO lawannya GET THE BEST (?)

Kenapa CURANG? Pendapat saya, kerana ada pilihan di depan mata.

Bila kita berhadapan dengan pilihan yang lebih baik, tendency kita adalah mahu pilih benda tersebut, walaupun kita sudah memiliki benda yang comparable.

Setia Itu Bukan Mudah Sebagaimana Yang Dikata!

Fitrah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki – satu hakikat yang sudah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Mungkin itu sebabnya lelaki dibenarkan berkahwin lebih daripada satu, kerana ‘satu’ nafsunya kadang kala boleh mengalahkan ‘sembilan’ akalnya. Dan ‘sembilan’ akal tersebut lah yang memilih ‘lebih dari satu’.

Wanita punya ‘sembilan’ nafsu dan ‘satu’ akal, maka dalam kebanyakan kes ‘sembilan’ nafsu itulah yang menjadi titik tolak kesetiaan, dan ‘satu’ akal tersebut yang menjadi salah satu sebab mengapa seorang wanita itu begitu tabah walaupun mengharungi dugaan-dugaan yang menggugat kewibawaan dirinya.

Saya sebagai lelaki, mengakui amat menghormati ketabahan seorang wanita menghadapi luka-luka hidup. Jika lelaki akan bertungkus-lumus mencari jalan keluar ke arah yang lebih selesa, wanita akan memilih untuk mengharungi dan merasainya!

Coretan yang saya dengar di radio itu sedikit sebanyak memberikan saya satu kefahaman berkenaan betapa sukarnya hidup demi mencari kebahagiaan. Pepatah menyatakan, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tetapi siapalah yang sanggup menharungi kesusahan tersebut?

Jalan Yang Harus Ku Pilih . . .

Hujung minggu ini (2 September 2012), seorang rakan baik saya (perempuan) akan melangsungkan perkahwinan. Rakan saya ini dahulunya pernah ‘mencabar’ saya berkenaan siapa yang akan kahwin dahulu, dan dia pada masa itu meramalkan saya akan kahwin dahulu. Kini takdir telah menetapkan dia berkahwin terlebih dahulu daripada saya. Alhamdulillah, itu pilihan yang telah beliau lakukan!

Tahniah kepada Cik Farah Hazierah Jamaluddin, yang bakal bergelar Puan.

Dan di depan mata saya telah melihat seorang demi seorang rakan saya menaiki pelamin. Sedikit sebanyak saya mula menjadi golongan ‘minoriti’. Mereka akan mulakan hidup baru, membina keluarga, mendapat zuriat dan meneruskan destini mereka.

Saya di sini, masih memerhati masa depan. Pilihan sudah ada, tetapi kita tidak boleh ingkari takdir, siapa tahu mungkin Perancangan Agung punya strateginya yang tersendiri? Apakah pilihan masih terbuka buat saya (dan rakan-rakan yang lain?). Terlalu banyak rahsia yang kita tidak tahu sebab musababnya. Kenapa kita diketemukan dengan si A apabila sudah memiliki si N? Apa rahsianya?

Wallahualam. Saya noktahkan entri ini dengan persoalan, dan juga lagu ini (yer, favorite saya juga), to whom it may concern . . .

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s