PUISI: Rak! Pi! Pu! Merapu!


CRB LabelPost Anthology

Apa kejadahnya
Buat tidak serupa
Berjalan tidak bergerak
Dihimpit juga ditolak
Semua nak menang sorak!

Ke sana ke sini
Merata-rata sudah pergi
Orang pun dah kenal muka ini
Penat singgah sekejap di kedai kopi
Atau makan Secret Recipe.

Saya yang menurut perintah
Saya yang menjalankan amanah
Saya tak mahu dianggap sampah
Atau setiap hari disumpah-sumpah.

Manusia
Berusia
Tak mahu lah buat kerja sia-sia
Apatah lagi makan sisa
Orang lain yang berkuasa
Kita juga memendam rasa.

Saya tidak menyindir
Atau cuba jadi Pak Pandir
Sekadar duduk di pinggir
Dan berfikir-fikir

Ah!
Bukan lucah
Tetapi ekpresi merendah
Meratib tak sudah-sudah
Tak putus-putus air ludah
Elok berzikir di atas sejadah.

Kamu!
Apa lagi mangu-mangu?
Dah cukup la baca tu
Saya dah lama tunggu!

Wak lu!
Tunggu la part 2…

AUDI FALIQ IBRAHIM
Kelana Jaya, 30 Ogos 2012

This entry was posted in Bahasa Melayu, Poems / Sajak and tagged , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s