Teka-Teki Daripada Sahabat


Seorang sahabat yang jauh, telah menitipkan satu persoalan, yang saya rasa lebih kepada penyelesaian masalah a.k.a. teka-teki, dan teka-teki beliau bukanlah teka-teki yang biasa. Saya rasa ala-ala tahap PTD (macam tahu-tahu jer!). Selepas berbasa-basi, beliau mula memberikan soalannya (saya tukarkan dari dialog kepada normal sentences):-

Soalan Penyelesaian Masalah – Kontraktor Yang Keliru

Ada seorang kontraktor, dia masih baru dalam bidangnya, tetapi sudah dihormati rakan-rakan atas sifatnya yang suka kepada ketelitian dan kekemasan kerja. Ini terbukti melalui satu projek membina bangunan yang boleh dikatakan tinggi, disiapkan dalam tempoh setahun lebih dengan mutu kerja yang terbaik. Ramai memuji, dan beliau telah mendapat kontrak baharu dari pemilik bangunan tersebut untuk membuat projek pembesaran (extension) pada bangunan tersebut atas dasar hasil kerja beliau yang hebat. Apabila siap kelak, bangunan tersebut akan menjadi salah satu ‘mahligai’ yang agung dan hebat di dalam bandar.

Pada masa yang sama, kontraktor ini tertarik dengan satu projek baru, membina bangunan ala mahligai sebagaimana projeknya yang disebutkan di atas, tetapi pemilik projek tersebut hanya baru mengemukakan cadangan pembinaan (proposal to build) dan belum memilih kontraktor untuk menggerakkannya. Tetapi daripada gerak hati kontraktor tersebut, beliau merasakan projek ini jika beliau berjaya mendapatkannya, akan menjadi juga bangunan yang hebat. Beliau secara terbuka telah menyatakan minat untuk menender projek tersebut dan pemilik projek tersebut telah pun maklum namun belum memberi keputusan.

Dan selepas itu kontraktor itu menyedari, bahawa beliau hanya mempunyai modal untuk menjalan satu projek sahaja dan bukan kedua-duanya sekali. Dari sudut potensi, kedua-dua projek adalah bernilai tinggi, cuma bezanya projek terdahulu sudah siap dan dikenali oleh seluruh penduduk bandar tersebut dan di seluruh negara amnya, manakala projek kedua baru di peringkat cadangan dasar.

Bandar di mana kedua-dua projek tersebut terletak terdiri daripada pola penduduk seumpama bandaraya Kuala Lumpur/Petaling Jaya. Kedua-dua projek tersebut terletak berhampiran, walaupun tidak dekat.

SOALANNYA;

1) Pada pendapat anda, projek mana yang sebenarnya berpotensi dan mempunyai peluang yang cukup besar?

2) Telah diberitahu kontraktor tersebut mempunyai kekangan dari sudut modal (wang, tenaga kerja, bahan mentah) dan hanya boleh menggerakkan satu projek sahaja. Projek yang mana satu anda akan cadangkan kepada beliau dan mengapa?

3) Jika anda merupakan kontraktor tersebut, projek yang manakah anda akan pilih dan mengapa? Jawapan anda tidak semestinya harus sama dengan jawapan untuk soalan (2) dan anda harus kaitkan dengan nilai-nilai diri anda.

——- KERTAS SOALAN TAMAT ——-

Sila jawab?

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu, Motivational. Bookmark the permalink.

2 Responses to Teka-Teki Daripada Sahabat

  1. Batrisyia says:

    1) Projek kedua! :)

    2) Projek pertama sebab dia sudah familiar dengan manager, so, dia senang nak usahakan extension yang dia kena buat serta tambah beberapa cadangan bernas untuk binaan tersebut. :)

    3) Projek kedua! :D Sebab, it’s always a good thing to expand. Walaupun ada kemungkinan besar tidak buat mahligai seperti yang diharapkan, tapi, if he did a great job at it anyways, dia tetap akan dapat acknowledgement and more people akan kenal dia. So, business opportunities. :)

    Thanks! ^^

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s