Menggunakan Aplikasi Android (Android Apps) di PC Anda (Bahagian 1)


Mungkin anda atau rakan-rakan yang memiliki telefon bimbit/tablet Android tidak tahu yang anda boleh menggunakan aplikasi (apps) Android di komputer (PC) anda. Perisian yang bernama BlueStacks App Player (BlueStacks) boleh menjalankan (run) aplikasi Android di PC anda, dan seterusnya tidak membataskan penggunaan apps tersebut di telefon/tablet anda sahaja.

Secara teknikalnya, BlueStacks ini adalah sebuah ’emulator’ untuk Android OS, dan masih di dalam peringkat ‘beta’.

Bagaimana caranya untuk menjalankan aplikasi Android di PC anda? Ikuti langkah berikut;

PERTAMA: Buka laman web BlueStacks, dan muat turun perisian tersebut. Untuk makluman anda, saiz installer perisian tersebut adalah kira-kira 104MB, maka jika boleh, gunakan sambungan internet yang pantas. Klik di sini untuk muat turun.

KEDUA: Apabila installer sudah dimuat turun, install seperti biasa (ikut arahan yang diberikan). Selepas pemasangan selesai dan perisian BlueStacks telah diaktifkan, anda dapat melihat window seperti ini;

Skrin Permulaan BlueStacks App Player

Jika anda perhatikan dengan teliti, apa yang terpapar di dalam BlueStacks App Player itu sebenarnya merupakan emulasi sistem operasi Android itu sendiri. Di bahagian atas merupakan notification bar yang boleh ditarik turun, dan di bahagian bawah merupakan tiga mandatory button, iaitu BACK, MENU, dan HOME (yang berlogo BlueStack). Di sebelah kanannya adalah butang SHARE dan SETTINGS.

Notification Bar, boleh ditarik turun seperti biasa, cuma kena guna ‘mouse’ lah, kecuali monitor PC anda adalah touch-enabled.

The Mandatory Buttons, BACK, MENU, HOME (Logo BlueStacks), di samping butang SHARE dan SETTINGS

Jika anda berasa sedikit ‘pelik’ apabila melihat interface Android dalam BlueStacks, ini kerana BlueStacks tidak menggunakan sebarang skins tetapi menggunakan original interface Android, berbanding Samsung yang menggunakan ‘TouchWhiz’ dan HTC dengan ‘Sense’ nya (sekadar menyebut beberapa jenama). Daripada interface yang diperlihatkan, versi Android yang digunakan mungkin bertaraf Gingerbread (2.3.x)

Sebagaimana juga telefon/tablet anda, apabila anda pertama kali menggunakan BlueStacks ini, adalah molek jika anda set-up akaun Google anda untuk memberikan anda akses kepada Google PlayStore. Setting-up boleh dibuat dengan menekan butang SETTINGS dan seterusnya pilih MANAGE ACCOUNT -> ADD ACCOUNT.

Apa yang dilihat selepas SETTINGS -> MANAGE ACCOUNT. Pengguna tegar Android sepatutnya sudah familiar dengan skrin ini.

Pilih akaun yang hendak di set. Buat permulaan, elok set Google Account terlebih dahulu.

Anda juga boleh membuat ‘link’ di antara BlueStacks dengan akaun Google yang digunakan sebagai ID PlayStore agar mudah untuk muat turun/sync apps di telefon/tablet anda ke dalam PC. Hanya perlu ke SETTINGS -> CLOUD CONNECT, dan ikut arahan yang diberikan.

Cloud Connect, memudahkan kerja anda.

Post ini bukan satu tutorial, tetapi saya ingin mendedahkan sedikit sebanyak apa yang anda boleh lakukan dengan BlueStacks ini. Diingatkan bahawa bukan semua apps adalah serasi (compatible) dengan BlueStacks ini, tetapi sepanjang saya menggunakannya, hampir semua apps yang saya gunakan di dalam telefon bimbit Android saya, BOLEH digunakan dalam BlueStacks ini. Antaranya (sekadar menyebut beberapa apps);

INSTAGRAM

FACEBOOK

TWITTER

FRUIT NINJA (games)

NOTA PENTING: BlueStacks hanyalah sebuah emulator  dan bukannya telefon bimbit sebenar, dan secara default, beberapa apps asas seperti Contacts, Messaging dan seumpamanya tidak ada. Maka, apps yang memerlukan akses kepada senarai Contacts (contohnya, WhatsApp dan fungsi ‘Find Friends’ di dalam apps) mungkin tidak dapat berfungsi, TETAPI ini boleh diatasi. Saya akan terangkan dalam post ‘Bahagian 2′ yang akan datang.

NOTA UNTUK WHATSAPP: Ambil perhatian bahawa WhatsApp hanya membenarkan satu nombor telefon yang didaftarkan aktif pada satu-satu masa/device. Maka jika anda mengaktifkan WhatsApp di BlueStacks menggunakan nombor telefon yang sama anda gunakan di WhatsApp telefon bimbit, anda akan mendapati WhatsApp di telefon bimbit telah di disabled dan meminta anda ‘re-authenticate’.

Penyelesaian kepada masalah ini, anda digalakkan menggunakan nombor telefon yang lain, seelok-eloknya nombor telefon yang tidak didaftarkan dengan WhatsApp.

Kesimpulannya, emulator seperti BlueStacks ini tidak terhad kepada developer sahaja, tetapi pengguna marhaen seperti anda dan saya sebenarnya boleh memanfaatkannya.

Selamat mencuba!

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet, Mobile Devices & Apps. and tagged , , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s