Vicchuda et. al.


Semalam (24 September 2012) saya berkesempatan mengadakan pertemuan dengan seorang sahabat lama. Kiraannya, kali terakhir kami bertemu adalah pada tahun 2005, dan ini bermaksud sudah 7 tahun tidak bersua muka. Alhamdulillah, setelah beberapa kali merancang, akhir kami berjaya melapangkan masa masing-masing untuk bertemu.

Pertemuan bersejarah dan nostalgik kami telah diadakan di Restoran Vicchuda, di PJS 8 Bandar Sunway (landmark terhampir adalah Apartment Mentari Court). Sambil menikmati Tom Yam dan lain-lain, pada mulanya perbualan kami tertumpu pada topik-topik cliche seperti tanya khabar dan bertukar info terkini, sebelum beralih ke topik yang lebih berat seperti gosip kawan-kawan lama dan juga perancangan masa depan.

Kawan saya itu, adalah bekas rakan se dorm dan juga se company semasa Program Latihan Khidmat Negara.

Sambil mengarut dan berbasa-basi, kami mengimbau kembali saat-saat ketika di kem, satu demi satu peristiwa dikorek kembali, sambil diselang-seli dengan perkembangan rakan-rakan lain yang kami lost contact. Maka terbukalah segala rahsia dan cerita.

Pertemuan berakhir kira-kira jam 9 malam dengan pertanyaan dari beliau “Bila kau nak kahwin?”. Klasik! Saya hanya mampu memberi jawapan standard iaitu dengan tersenyum penuh makna.

Kahwin . . . . . . . Itu satu hal!

Pagi Sebelum Pertemuan

Perang Dingin secara teknikalnya masih berlaku.

Sedang saya duduk menyiapkan table dan meng copy-paste, telefon saya berbunyi dan saya menerima satu panggilan yang boleh dikatakan ‘berat’ isunya. Selepas berdiplomasi sedikit sebanyak, saya terus membuka Outlook dot Com dan mencetak dokumen yang disebut-sebut dalam panggilan tersebut. Tanpa buang masa saya membaca, sepatah, sepatah, sepatah.

1 Oktober. Ah!

Di FB, pada masa yang sama, saya sedang mengendalikan sesi perbincangan ‘hati-ke-hati’ dengan seorang  rakan seperjuangan ketika di UIA dahulu. Topik beliau juga agak menarik dan ‘berat’. Pertukaran strategi juga dilangsungkan.

Masanya Telah Tiba (?)

Petangnya, sebelum keluar menuju ke PJS 8, saya sempat mengemaskini status di FB, dengan statement umum tetapi khusus bunyinya (lihat sebelah).

Ya, hidup ini umpama tangga, sama ada kita naik lebih tinggi jika berpeluang, duduk di takuk sama, atau turun ke bawah. Hidup ini juga satu permainan, satu dugaan, satu cabaran, satu aspirasi, satu kegembiraan, satu kekecewaan dan 1 Malaysia.

Melalui ruang masa (maaf bunyi macam ilmiah), kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Hari ini mungkin bahagia, esok berduka. Hari ini gelak ketawa, esok lusa memendam rasa. Kita tidak tahu, kita sukar untuk tahu. Kita merancang, tetapi ALLAH sudah menentukan.

TakdirMU Begitu Sukar Untuk Diulit . . . . . . .

Siapa sangka, satu tindakan murni telah menyebabkan langit bertukar menjadi bumi?

Siapa sangka, menjauh hati?

Siapa sangka, . . . . . . . ?

Itulah kehidupan, unpredictable, unforgetable, unexpected. Tetapi perkara-perkara sebeginilah yang mengajar kita menjadi lebih kuat dari sudut hati nurani.

Saya tidak kesal terjebak di dalam Perang Sejuk, dan andai kata saya diasak ditembak, saya relakan dan tidak akan memberontak. Dengan ‘memancung’ seorang yang saya hormat dan ‘sayang’, bukanlah prinsip hidup saya. Tidak sekali-kali.

Dua puluh lima (25) tahun di dunia ini, Alhamdulillah, saya bersyukur, kerana banyak perkara saya pelajari, ramai orang saya temui, dan sedikit kekesalan saya alami.

Hidup harus diteruskan, umur harus dihabiskan, Insya Allah moga sisa-sisa umur yang ada, dapatlah menggembirakan hati-hati insan di sekeliling saya.

Andai saya pergi, saya tidak menoleh lagi, tetapi awak tetap di hati.

Sekali lagi, to whom it may concern . . . . . . .

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s