Menggunakan Aplikasi Android (Android Apps) di PC Anda (Bahagian 3)


NOTA: Post ini adalah Bahagian ke-3 dan lanjutan daripada post sebelumnya, iaitu

Bahagian 1: BlueStacks sebagai emulator untuk menjalankan Android Apps

Bahagian 2: Menyelesaikan beberapa isu ‘minor’ di dalam BlueStacks versi standard dengan Go Launcher.

Anda digalakkan membaca post-post sebelumnya untuk ‘continuity’ dan mengelakkan kekaburan dan kekeliruan yang mungkin timbul. Terima kasih.

Bahagian ke-3, atau episod ke 3 dalam siri BlueStacks. Belum sampai klimaks lagi, sabar, bertahan bro, jangan ‘cepat kalah’. Hahaha. OK, back to the business, post ini akan menghuraikan masalah yang dibiarkan ‘tergantung’ dalam post yang kedua, iaitu;

Apa hal? KOSONG??? Kena buat manual ke, add satu-satu-satu . . . . . . .

Iaitu: “Bagaimana nak mengimport senarai kenalan (Contacts) ke dalam BlueStacks?”

Perlu Ke Nak Import Contacts?

Ini adalah satu persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda. Apa kejadahnya nak guna Contacts List dalam BlueStacks, bukan nya boleh buat call dan hantar SMS pun! Betul alasan tu, ada logiknya, tetapi anda harus ingat, beberapa apps Android, memerlukan akses kepada senarai Contacts untuk berfungsi dengan efisien, terutamanya apps yang berorientasikan ‘social’. Jika tidak, perkara sebegini akan berlaku,

Aiyah! Tak ada orang ka?

Contact list kosong kan, macam mana nak cari orang?

Maka mahu atau tidak mahu, adalah satu langkah bijak jika anda boleh mengakses senarai Contacts anda di BlueStacks, tapi bagaimana? Anda mahu cara manual, iaitu key-in satu-satu-satu? Kalau anda ada 1094 contacts macam saya, sanggup? Atau ada cara yang lebih mudah?

Ada cara yang lebih mudah, biar saya bantu . . . . . . .

The Solution: Use VCard

NOTA: Huraian ini mungkin kedengaran agak teknikal tetapi anda tak perlu risau, ia agak mudah sebenarnya!

VCard merupakan format Business Card yang sering kita gunakan secara tidak langsung. Lazimnya jika anda menghantar maklumat kenalan (Contacts Details) melalui SMS/Bluetooth/E-mail/etc. sebenarnya anda menggunakan format VCard.

LANGKAH 01

Kita perlu mencipta satu VCard yang menghimpunkan keseluruhan Contacts List anda. Untuk tujuan itu, saya andaikan anda telah menetapkan pilihan ‘auto-sync’ dalam telefon bimbit/tablet anda. Bermaksud, senarai Contacts di dalam telefon bimbit/tablet anda adalah sama atau up-to-date dengan senarai Contacts di Google.

Akses akaun GMail anda, dan pergi ke bahagian Contacts. Kemudian pilih More > Export…

More > Export…

Kemudian, pilih All Contacts (atau pilihan lain), dan pastikan export format adalah vCard format (pilihan yang terakhir sekali). Kemudian tekan butang EXPORT.

Mari Meng-export!

Satu fail berformat VCF dengan nama ‘Contacts’ akan dimuat turun ke dalam komputer anda (lazimnya terletak dalam folder ‘Downloads’). Setelah selesai, kita akan jalankan langkah ke-2, yang mungkin agak teknikal sedikit bunyinya.

LANGKAH 02

Di komputer anda, buka drive C:  dan apabila telah terpapar, tekan kekunci ALT di keyboard anda. Menu Bar akan terpapar. Klik Tools > Folder Options

Buka Drive C, tekan ALT di keyboard, dan apabila menu bar telah terpapar, klik Tools > Folder Options

Kemudian, pada tab VIEW, di bawah sub-tajuk ‘Hidden Files and Folders’, pastikan anda memilih ‘Show Hidden Files, Folders and Drives’. Kemudian klik Apply dan OK.

Tujuan kita adalah untuk memaparkan ‘apa yang tersembunyi’.

Apabila anda melihat Drive C kembali, satu folder yang tersembunyi akan terpapar, iaitu folder ProgramData. Buka folder ini, cari folder BlueStacks. Jumpa, buka pula folder BlueStacks, dan cari folder UserData. Selesai, cari dan buka pula folder SharedFolder. Pening kepala? Hehehe. OK, ringkasnya, path yang perlu anda buka adalah seperti berikut;

C:\ProgramData\BlueStacks\UserData\SharedFolder

Di dalam folder SharedFolder itu tadi, salin dan tampal (Copy & Paste) file VCF yang telah kita buat pada langkah pertama tadi. Selesai, tutup tetingkap SharedFolder tersebut, dan langkah ke-3 akan menyusul.

NOTA: Moleknya, anda buka Folder Options dan klik butang ‘Restore Defaults’ untuk menyorokkan kembali folder ProgramData tadi, kerana ia agak sensitif jika tersilap diubahsuai.

Langkah 03

Buka BlueStacks, dan buka app Contacts. Di dalam Contacts, tekan butang MENU, dan pilih Import/Export. Kemudian, klik Import from SD Card.

Buka Contacts. Tekan MENU > Import/Export > Import from SD Card

Contacts kemudiannya akan scan SD Card anda (err… maksudnya, PC anda, specifically, folder BlueStacks di Drive C tadi). Apabila file VCF kita tadi berjaya di-detect maka proses import akan bermula.

Import in Progress. Jika bilangan Contacts anda adalah banyak, mungkin mengambil sedikit masa.

Selesai semuanya, TA-DA! Senarai Contacts anda kini bersedia untuk dimanipulasikan & disalahgunakan oleh apps-apps durjana. Hahaha.

Bersedia Untuk Digunakan!

Selamat mencuba & to be continued . . . . . . .

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet, Mobile Devices & Apps. and tagged , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Menggunakan Aplikasi Android (Android Apps) di PC Anda (Bahagian 3)

  1. Zack says:

    Salam terima kasih atas ilmu yg anda beri,ianya amat berguna,dan disini juga ingin sy kongsikan setlh sy mencuba sofware yg tn. nyatakan,Selain Whatsapp yg digunakan untuk menghantar mesej kita juga boleh menggunakan sofware viber (untuk panggilan tel dan msg),Tango (untuk panggilan tel,panggilan video dan msg).Apa yng diperlukan utk.buat panggilan tel ialah headphone yg menpunyai microfon dan pangglian video perlu ada webcam.Sy hanya menggunakan desktop pc dan streamyx.Dan semestinya org yg hendak di msg atau di tel juga pengguna viber atau tango.Dan jutaan terima kasih sy skali lg pd tn ats ilmu yg diberikan.

    Like

  2. mi ka says:

    salam, nak tanya.. kenapa tak boleh detect gambar dekat library yang mahu dimuatnaik ke instagram ye? boleh jelaskan? terima kasih

    Like

    • W’salam. Berkenaan soalan saudari, maaf saya kurang pasti akan caranya. Walaubagaimanapun, saudari boleh cuba search di Google menggunakan kata kunci “BlueStacks, Import, Image Gallery” untuk membaca solusi yang diutarakan oleh pakar-pakar yang menggunakan BlueStacks ini. Terima kasih.

      Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s