CINTA : Janganlah Kau Berkata BENCI…


Kadangkala, sulit untuk kita memahami situasi yang berlaku dalam hidup kita. Terutamanya, apabila ia menyentuh rapat berkenaan dengan soal hati dan perasaan, dan perasaan itu bukanlah perasaan per se tetapi lebih kepada keintiman dan kasih sayang.

Pendek kata, sulit, untuk kita faham soal CINTA.

Ini bukanlah kali pertama saya menulis berkenaan CINTA dan KASIH SAYANG. Dalam post-post saya yang terdahulu, perkara ini telah saya huraikan berdasarkan pemahaman diri, pembacaan, dan pembelajaran daripada pengalaman insan-insan yang saya kenali. Saya berikan link artikel-artikel berkenaan CINTA dan KASIH SAYANG yang telah saya tulis, seperti berikut,

ARTIKEL 01: Di Sebalik Rahsia CINTA & Seribu BAYANGAN. . .
ARTIKEL 02: Berdua, dan tiada duaNya
ARTIKEL 03: Bukan Mudah Sayang
ARTIKEL 04: Tidak Salah Pun
ARTIKEL 05: Cita-Cita vs. Cinta
ARTIKEL 06: Is This The RIGHT Person?

Entah bagaimana, terdetik untuk saya kongsikan dengan rakan-rakan Facebook satu status update sebagaimana yang anda dapat lihat di bawah. Apa yang dicoretkan itu, adalah satu manifestasi daripada turutan peristiwa, sebahagiannya saya alami sendiri, first hand.

Maka, para pembaca sekalian, post kali ini, sekali lagi, adalah juga berkisar tentang CINTA dan KASIH SAYANG. Jika gaya bahasa saya agak berbaur melancholic, saya mohon maaf, ia disengajakan untuk menimbulkan suasana.

Terus-Terang vs. Pendam

CINTA itu memerlukan pengakuan dan perakuan. CINTA tidak boleh berdiri dengan hanya ‘tawaran’ dari sebelah pihak tanpa ‘penerimaan’ daripada pihak yang satu lagi. CINTA itu, adalah satu mutual agreement, persetujuan bersama, untuk menjalin satu ikatan berpasangan.

Anda boleh pilih untuk PENDAM, tetapi, SAMPAI BILA?

Justeru, salah satu dilema insani adalah apabila kita mahu berterus-terang, membuat pengakuan (confession) kepada bakal pasangan kita. Membuat pengakuan bahawa kita suka kepada seseorang itu BUKAN PERKARA YANG MUDAH, saya ulangi, BUKAN PERKARA YANG MUDAH, tetapi, apakah yang sebenarnya menjadi beban untuk tindakan yang hanya memerlukan satu frasa yang simple iaitu “saya sukakan awak” ?

Kita sebenarnya takut akan keputusan (outcome) daripada pengakuan tersebut. REJECT?

Benar, dalam benak kita, kita takut akan REJECTION /PENOLAKAN / TIDAK SUDI dan ketakutan itu sudah cukup untuk kita tidak meneruskan hasrat memberitahu si dia.

Dari satu sudut, tindakan seperti itu seperti kalah sebelum berjuang. Tetapi mari kita sama-sama fikirkan kembali, adakah satu tindakan bijak jika kita simpan hasrat hati tersebut?

Adakah dengan memendam perasaan itu kita akan berasa selesa? Jangan bohong diri anda, memendam akan membuat jiwa kita lebih menderita, lebih sakit, dan lebih perit. Kita membuat satu tembok mengelilingi diri kita sendiri.

Tetapi itulah yang lazim kita lakukan, dan saya juga lakukan perkara yang sama. Secara peribadi, apabila saya memendam perasaan saya, ia satu situasi yang amat sulit dan bingung, kerana hati kita mahu bercakap dengan si dia, tetapi fizikal kita menghalang dan membatu. Lebih perit, mental kita terseksa apabila melihat si dia depan mata, dan… dan… ah! Dia bercakap dengan LELAKI lain! Jealous! Tetapi apa hak kita untuk cemburu?

Sebagai Muslim, kita dikurniakan ‘senjata malam’, iaitu berdoa memohon kepada Rabb Al Jalil, agar dibukakan pintu hati si dia untuk menerima kita sebagai pasangan. Maka, rajinlah kita melaksanakan solat Hajat, solat Istikharah, tak putus-putus berdoa kepada Allah S.W.T. agar dijodohkan si dia dengan kita. Benar, itu salah satu usaha, tetapi itu hanya half-part kerana Allah S.W.T. telah berfirman,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka…” (Al-Quran, 13:11)

Apa relevannya ayat Al-Quran di atas? Salah satu intipatinya, adalah doa kita perlu diiringi dengan tindakan fizikal (usaha) dan situasi tidak akan berubah dengan hanya berdoa 7 hari 7 malam. Kita mahukan si dia menjadi teman hidup kita, tetapi kita hanya duduk memendam rasa, mengharapkan magika si dia datang menyerah diri kepada kita. Minta maaf, itu hanya berlaku IN YOUR DREAMS!

Saya minta anda berfikir betul-betul, gunakan logik dan letakkan diri anda di tempat si dia yang anda suka dan sayang. Jika anda tidak menyatakan perasaan anda kepadanya, adakah anda pasti bahawa si dia tahu anda meminatinya? OK, mungkin, sebab anda katakan, anda sudah memberi pelbagai hint dan menunjukkan anda bersungguh-sungguh mahu merapatinya. Tetapi anda harus ingat, bukan semua orang dapat membaca hint dengan baik, dan bukan semua hint itu ditafsir dengan maksud yang anda mahukan. Silap haribulan, anda mungkin akan dilabel ‘gatal’!

Maka, sebenarnya, cara terbaik, transparent, dan tidak menimbulkan salah faham, adalah dengan anda berterus-terang, mengaku pada si dia, yang anda minat, sayang dan jatuh cinta padanya. Andai dia menolak/reject? OK, itu salah satu outcome nya, tetapi jika anda pendam, sampai bila? Saya quote  kembali status update saya,

The best policy is, when you have something ‘important’ to say, better say it ASAP, as you will never know, when it is TOO LATE and become the biggest REGRET in your entire life . . . . . . .

Anda punya pilihan untuk terus pendam, dan menjalani kehidupan seperti biasa, cuba merapatkan diri dengan si dia, bagi hint sebanyak-banyaknya. Tetapi andai kata, satu hari nanti, secara tiba-tiba, si dia menghulurkan kad jemputan perkahwinannya kepada anda, adakah di saat itu anda mahu luahkan isi hati anda?

You will never know, when it is TOO LATE and become the biggest REGRET in your entire life . . . . . . .

Kita tidak tahu, bilakah saatnya, sudah terlewat. Saya minta anda dengar lagu ini, dan hayati liriknya.

Percayalah, sebelum kita berterus-terang dan membuat pengakuan, memang terasa amat-amat berat. Tetapi selepas anda selesai meluahkannya, diri anda akan rasa begitu ringan, tenang, lega, tenteram, dan di saat itu, keputusan daripada si dia bukan lagi sesuatu yang menakutkan!

Meluahkan perasaan itu mulanya berat, tetapi selepas anda melakukannya, beban dalam hati bagaikan hilang ditiup angin!

Untuk berterus-terang, tidak semestinya wajib dilakukan secara bersemuka (face-to-face). Jika anda merasakan anda boleh melaksanakannya secara berhadapan, itu cukup cemerlang, tetapi jika anda kurang yakin atau merasakan anda tidak dapat menyampaikan hasrat hati dengan sempurna jika bercakap bersemuka, medium lain boleh digunakan, seperti SMS / WhatsApp / Viber dan seumpamanya.

Ingat, gentleman itu bukan bermaksud langgar, redah dan cakap berhadapan, tetapi bagaimana anda melakukannya dengan berhemah dan bijaksana. Play the best and safe way!

Merujuk pada pengalaman diri saya sendiri, cara saya meluahkan isi hati saya adalah melalui SMS/WhatsApp, dan bukan bersemuka.

Keputusannya, bergantung kepada si dia. Kadangkala, responnya adalah amat pantas (on the spot). Kadangkala, 30 minit. Kadangkala, sehari dua. Kadangkala, si dia tidak memberi respon. Jadi, situasi anda selepas meluahkan perasaan, ada tiga macam:-

PERTAMA: Anda DITERIMA/ACCEPTED, dan si dia pun mengakui ada hati dengan anda, minat pada anda, dan menerima lamaran anda. Alhamdulillah, so you know your next step, isn’t it?

KEDUA: Anda DITOLAK/REJECTED. Ouch! Mungkin sekarang si dia menolak, tetapi jangan sesekali mempunyai anggapan apabila ditolak, bermaksud si dia tidak suka pada anda. Ada banyak faktor lain, seperti si dia mungkin belum bersedia, atau ‘terkejut’ dengan luahan hati anda. You still have a chance, given she do not have any partner yet.

KETIGA: Anda dalam keadaan TERGANTUNG TANPA KEPUTUSAN YANG JELAS. Ini termasuklah si dia tidak memberi apa-apa respon, dan si dia buat seperti biasa bagai tiada apa-apa yang berlaku, ataupun jawapan yang diberikan agar kabur (general statement). Daripada satu sudut, nampak seperti PENOLAKAN/REJECTION, tetapi, who knows what actually inside her heart?

Saya telah merasakan ketiga-tiga situasi di atas. Tetapi kejayaan sebenarnya adalah, apabila anda telah berjaya ‘membunuh’ ego anda dengan meluahkan isi hati sebenar, tanpa terus memendam. Cuba anda bayangkan jika anda terus memendam, dan pendam, dan pendam……. SAMPAI BILA?

Saya tangguhkan dahulu artikel ini, dan Insya Allah, dalam artikel seterusnya, saya akan cuba menulis, berkenaan ‘Mengapa Kita Harus Berjumpa?‘. Saya akhiri dengan lagu di atas, sila hayati liriknya. Amat manis dan kena dengan artikel ini. :-)

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu, Motivational and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s