Sticky Notes di PC Anda


Sekitar pertengahan 2009, ketika saya menjalani praktikal di Tenaga Nasional Berhad (TNB), dalam urusan kerja seharian, saya telah diperkenalkan dengan satu software yang membolehkan kita ‘melekatkan’ apa yang dipanggil sticky notes pada desktop PC. Lazimnya, kita akan menggunakan sticky notes fizikal seperti jenama 3M (sekadar menyebut) untuk menulis nota-nota penting dan melekatkannya di skrin PC kita. Cara ini efektif, tetapi sedikit-sebanyak akan menyebabkan skrin PC kita menjadi sesak dan semak.

Nama software tersebut, adalah 7 Sticky Notes. Sepertimana namanya, software  ini membolehkan kita meletakkan sticky notes secara virtual  tanpa perlu menggunakan kertas fizikal dan menyesakkan ruang kerja kita.

Menu yang muncul apabila anda klik kanan pada ikon 7 Sticky Notes di System Tray.

Kelebihan software ini adalah, ia PERCUMA. Anda hanya perlu muat turun daripada laman web pembangunnya di sini. Saiz installernya adalah kira-kira 5MB, jadi ia bukanlah satu isu besar jika anda mempunyai kelajuan Internet yang tidak setaraf Streamyx. Muat turun seperti biasa, dan lancarkan program 7 Sticky Notes tersebut. Ambil perhatian selepas anda memulakan program 7 Sticky Notes, ikon program tersebut akan muncul di system tray,  dan dengan klik kanan pada ikon tersebut, anda boleh memanipulasikan pilihan-pilihan yang ada. Jalan pintas (shortcut) untuk menulis nota baru adalah dengan menekan kekunci Left Win + Z  dan kekunci ini juga boleh diubah oleh anda.

Menariknya, sticky notes tersebut boleh diletak di mana-mana bahagian ruangan desktop anda. Juga, anda boleh memilih warna dan jenis/saiz font, mengecil dan membesarkan saiz nota tersebut, serta penggera (alarm). Anda boleh meneroka sendiri pilihan-pilihan yang ada.

Screenshot desktop saya, dengan dua Sticky Note ‘dilekatkan’ dan menggunakan dua warna yang berbeza.

Moga software  ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam meningkatkan produktiviti kerja anda. Maklumat lanjut berkenaan 7 Sticky Notes ini, boleh anda baca di laman web rasminya. Selamat mencuba!

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet, Tips & Tricks and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Sticky Notes di PC Anda

  1. Yaziz Yunus says:

    Audi, memang menarik wajah blog baru kau ni. Superb. Mungkin uncle boleh belajar dari Audi nanti.

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s