Pendapat : Pakej Komunikasi Belia


Satu Inisiatif Kerajaan Untuk Membantu Golongan Belia.

Satu Inisiatif Kerajaan Untuk Membantu Golongan Belia.

NOTA: Selepas artikel ini ditulis, kerajaan telah membuat pengumuman untuk memansuhkan had siling RM500 dan semua jenis telefon pintar adalah layak untuk menikmati rebat Pakej Komunikasi Belia ini. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menarik balik artikel ini memandangkan perkara yang saya sentuh adalah bersifat umum dan masih relevan.

– – – – – – –

Pakej Komunikasi Belia (PKB) – Semasa sesi pembentangan Bajet 2013, Y.A.B. Dato’ Sri Najib Razak selaku Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri hanya memberikan maklumat umum berkenaan inisiatif ini, di mana disebutkan rebat (diskaun) sebanyak RM200 akan diberikan untuk pembelian telefon bimbit pintar berkeupayaan 3G untuk para belia yang layak.

Ramailah belia yang mula menyimpan hasrat untuk memanfaatkan peluang tersebut. Rebat RM200 walaupun relatifnya bernilai kecil, tetapi kepada belia yang mungkin masih belajar atau belum mempunyai pendapatan tetap, itu adalah satu pemberian yang amat signifikan.

Namun apabila kerajaan memberikan perincian PKB itu untuk pengetahuan umum baru-baru ini, maka ramailah yang memberikan komen-komen yang agak panas dan bernada marah. Ini kerana PKB menghadkan nilai telefon yang ingin dibeli perlulah berharga di bawah RM500 dan terhad kepada telefon-telefon yang disenaraikan.

Para pembaca boleh ke blog Amanz.my (klik di sini) di mana ada satu artikel yang memperincikan berkenaan PKB ini termasuk senarai telefon bimbit yang ‘layak’. Juga, ambil masa untuk membaca komen-komen para pembaca di blog tersebut, dan cuba fikirkan.

Mungkin anda juga, jika termasuk dalam golongan belia seperti saya, mempersoalkan mengapa diterhadkan harga telefon bimbit yang layak untuk PKB ini dan bagai menambah garam di luka – hanya untuk telefon bimbit yang ‘diluluskan’? Kenapa tidak diberitahu terus semasa pembentangan Bajet 2013 yang lepas bahawa tawaran PKB ini adalah terhad by nature?

Secara peribadi, saya bersetuju dengan PKB berdasarkan hujah-hujah berikut;

PERTAMA: Jika kita membuat analisa, sudah pasti kita tahu bahawa PKB ini adalah termasuk dalam inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat yang dihimpit oleh kekangan kewangan. PKB ini adalah setaraf dengan BR1M, KR1M, dan yang setaraf dengannya.

Ini bermaksud, PKB mempunyai golongan sasarnya, iaitu mereka yang kurang berkemampuan, dan belia yang berkemampuan bukanlah sasaran utama PKB. Nilan rebat RM200 adalah tidak memberi impak nyata kepada para belia yang berkemampuan ini.

KEDUA: Objektif utama PKB ini adalah untuk meningkatkan penggunaan jalur lebar (broadband) dengan memperbanyakkan akses Internet daripada peranti berskrin kecil seperti telefon bimbit dan tablet. PKB ini ‘diletakkan’ di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (National Broadband Initiative, atau NBI).

Buktinya, antara syarat untuk mendapatkan rebat RM200 ini adalah kita perlu melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan bersama (bundled) dengan telefon bimbit tersebut. Pakej Jalur Lebar ini bukan sahaja terhad untuk kegunaan bersama telefon bimbit tersebut, tetapi boleh digunakan untuk akses daripada peranti lain seperti komputer riba melalui teknik ‘tethering’ ataupun ‘WiFi Hotspot’.

KETIGA: PKB ini juga, pada pendapat saya, adalah ruang untuk kerajaan menggalakkan rakyat untuk beralih kepada platform teknologi komunikasi yang lebih moden. Cuba anda baca senarai telefon bimbit yang telah ditawarkan dalam PKB ini. Adakah semuanya layak digelarkan telefon bimbit pintar (smartphone)?

Jelas, sebilangan telefon hanyalah merupakan telefon biasa (feature phone) tetapi mempunyai akses kepada rangkaian 3G. Maka, secara tidak langsung, kerajaan mahu rakyat (dalam kes ini, belia) untuk beralih kepada teknologi 3G yang lebih dioptimasikan untuk akses Internet daripada teknologi 2G yang sudah ‘tua’ dan kurang sesuai untuk akses Internet.

UPDATE: Info terkini memaklumkan kerajaan telah menghapuskan had siling RM500 dan semua jenis telefon pintar adalah termasuk di dalam rebat ini. Ini berdasarkan ‘tweet’ YAB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan;

KEEMPAT: Ada yang beranggapan bahawa PKB ini merupakan sejenis gula-gula untuk memancing golongan belia supaya mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Jika anda berfikiran begitu, saya amat-amat tidak bersetuju. Ini kerana memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu melestarikan hidup rakyatnya dengan cara-cara yang sesuai dan efisien.

Tambahan, jika benar PKB ini adalah gula-gula, memang bodohlah kerajaan kerana menghadkan harga dan jenis telefon, kerana akan mengundang undi kepada pembangkang atas dasar ‘kemarahan’ belia. Apakah kerajaan sengaja menggali kuburnya sendiri, sedangkan kerajaan tahu bilangan belia yang layak mengundi adalah amat besar dan mampu menumbangkannya? Fikirkan!

Kesimpulannya, langkah kerajaan memperkenalkan PKB dan mensasarkan golongan belia yang kurang berkemampuan adalah amat tepat, kerana ini adalah satu ‘hadiah’ buat mereka untuk meningkatkan produktiviti diri dengan menggunakan peranti (telefon bimbit) yang lebih baik. Jika anda para pembaca tidak bersetuju, itu adalah hak anda, dan anda tidak dipaksa untuk mengambil PKB ini.

Berikanlah peluang kepada rakan-rakan kita yang mungkin tidak berkemampuan untuk menggunakan telefon yang lebih baik, apatah lagi telefon pintar. Kepada para belia ‘bangsawan’ yang telah mengecapi kemanisan Apple iPhone, kelicikan Android dan kecanggihan BlackBerry, bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia sehingga mampu membeli telefon-telefon bimbit kelas elit.

P/S: Selamat Tahun Baru 2013!

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu, Mobile Devices & Apps. and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pendapat : Pakej Komunikasi Belia

  1. poin kedua kamu ada tergantung disitu. just before point number three ^_^

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s