2013, Hari Ke-7


2013 Membuka Satu Lembaran Baru Untuk Pelaksaaan Rancangan Yang Ditunggu-tunggu.

2013 Membuka Satu Lembaran Baru Untuk Pelaksaaan Rancangan Yang Ditunggu-tunggu.

2013. Kita sudah pun berada di hari yang ketujuh. Ini bermaksud, kita sudah seminggu berada di tahun 2013. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan saya yang sudah mula melaksanakan apa yang telah dirancang sejak tahun lepas. Mungkin juga ada yang masih perlu masa untuk memperhalusi perancangan, dan mungkin juga, ada yang tiada perancangan dan melalui hari-hari seperti biasa, as it is.

Adalah benar untuk membuat satu inferens bahawa apa yang kita rancang untuk dilaksanakan pada 2013 bukan 100% boleh dilaksanakan. Tetapi adalah molek jika kita tahu apa yang kita hendak capai di tahun ini, atau perkataan mudahnya, apa yang kita mahu secara umumnya.

Mungkin ada yang merancang untuk menurunkan berat badan. OK, tiada masalah, cuma mungkin niat itu perlu betul-betul kuat supaya boleh tercapai kerana bukan mudah untuk mengelak makanan.

Mungkin juga ada yang mahu membeli kereta baru, juga tiada masalah. Maka perlulah mencari sumber kewangan atau merancakkan sumber kewangan yang sedia ada agar impian memiliki kereta baru itu boleh tercapai.

Punya impian untuk berbini baru? Itu saya tidak boleh komen, tetapi jika kena pada niat dan tempatnya, mungkin boleh dilaksanakan?

Intipatinya di sini, hidup kita perlu ada perancangan. Mungkin ada yang berpendapat merancang itu bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan dan boleh sahaja kita bertindak mengikut apa yang berlaku. Que Sera Sera katanya, apa nak jadi, jadilah!

Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan konsep Que Sera Sera ini iaitu menyerahkan apa yang bakal terjadi pada diri kepada takdir (maksudnya, redha 100% dengan apa yang berlaku). Umpama tidak berusaha dan hanya mengharapkan takdir memandu hidupnya. Pada saya, jika itulah mindset yang ada, kita sukar untuk maju.

Pengalaman saya ketika bertugas di Yayasan Basmi Kemiskinan telah membuka minda saya betapa ada golongan manusia yang masih berpegang pada konsep redha tak bertempat. Ada keluarga miskin yang saya dan rakan sekerja temui, apabila ditanya punca kemiskinan dan apa yang diikhtiarkan, mereka hanya mengharap sumbangan dan agak liat untuk berusaha mengubah nasib diri.

Golongan sebegini, agar sukar untuk diubah kerana motivasi diri mereka yang lemah. Peluang untuk bertemu keluarga-keluarga sebegini telah membuka minda saya sedikit sebanyak bahawa kita perlu berusaha untuk mengubah nasib diri, iaitu, dengan mempunyai perancangan hidup! Pepatah menyebutkan;

Jangan beri ikan, tetapi berilah kail, supaya mereka berusaha.

Kata hikmah di atas mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh kita pelajari;

PERTAMA: Manusia adalah insan yang suka apabila diberi sesuatu dan lazimnya akan terus meminta dan mengharap. Itulah yang disimbolkan sebagai ‘ikan’ iaitu pemberian yang akan luput apabila digunakan. Perasaan suka meminta dan mengharap inilah yang perlu dikurangkan.

KEDUA: Untuk menjamin keadaan yang optimum dan survivaliti kita, kita perlukan sesuatu yang tidak luput dan boleh dimanfaatkan berulang kali. Inilah yang disimbolkan sebagai ‘kail’. Kail ini juga boleh diibaratkan sebagai ilmu, iaitu suatu ‘benda’ yang tidak akan luput dan berguna untuk kita sepanjang masa.

KETIGA: Kail tanpa digunakan adalah tidak bermakna, maka perlu ada kesedaran dalam diri untuk memanfaatkannya. Itulah yang dinamakan sebagai ‘usaha’.

Kesimpulannya, setiap yang ada di dunia ini ada sebab dan perancangannya. Manusia dicipta untuk memakmurkan dunia ini, mentadbir dengan baik, dan sebagai Muslim, untuk beribadat kepada Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya dalam Surah Az-Zariyat ayat 56,

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan perancangan kita di saat 2013 berbaki lebih kurang 358 hari lagi, Insya Allah.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s