Analisis 2013 : Pelan Prabayar Di Malaysia


2013PrepaidCompareOpeningSebelum ini saya ada menulis satu artikel berkenaan perbandingan antara pelan-pelan telekomunikasi prabayar daripada empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, iaitu Celcom, Maxis, DiGi dan U Mobile. Walaupun pada asalnya artikel tersebut bersifat ilmiah dan merupakan pendapat peribadi saya, namun ia sedikit sebanyak telah mencetuskan perbincangan hangat di kalangan para pengunjung blog ini. Statistik yang dikumpulkan juga mendapati hampir setiap minggu, artikel tersebut merupakan yang paling banyak dibaca, walaupun secara teknikalnya analisis yang dihujahkan telah menjadi kurang tepat.

Artikel tersebut ditulis pada 8 Jun 2011, iaitu hampir setahun lebih yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah berlaku daripada sudut penawaran dan kadar untuk setiap pelan prabayar yang dibincangkan, dan menyebabkan analisa asal menjadi kurang tepat dan mungkin mengelirukan. Maka, atas permintaan beberapa orang pembaca, saya kira sudah tiba masanya untuk saya menulis semula perbandingan dan analisa yang lebih terkini berdasarkan maklumat semasa.

Artikel 'Analisis Lengkap: Pelan Prabayar Di Malaysia' hampir setiap minggu menjadi artikel utama yang dibaca oleh para pengunjung blog ini.

Artikel ‘Analisis Lengkap: Pelan Prabayar Di Malaysia’ hampir setiap minggu menjadi artikel utama yang dibaca oleh para pengunjung blog ini.

Semua data dan maklumat berkenaan kadar untuk setiap pelan prabayar yang dibincangkan adalah dirujuk daripada laman web syarikat telekomunikasi yang berkenaan dan adalah sahih serta terkini semasa artikel ini ditulis. Sambungan (link) kepada maklumat yang menjadi dasar artikel ini saya lampirkan di pengakhiran artikel untuk rujukan para pembaca yang dihormati.

Juga, artikel ini saya telah susun supaya lebih mudah dibaca dan seringkas mungkin, dan dengan itu beberapa perkara seperti ‘Closed Group Service’ (Activ10, Friend & Family) dan juga servis-servis tambahan (voicemail, CLIP, Callback Tones) tidak akan disentuh. Apa yang disentuh adalah menjurus kepada kadar untuk panggilan, permesejan dan data.

Untuk membaca artikel asal ‘Analisis Lengkap: Pelan Prabayar Di Malaysia’, sila klik di sini.

Pelan Prabayar Yang Terlibat

Perbandingan dijalankan atas empat pelan prabayar utama yang ditawarkan oleh empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu,

Celcom : Xpax 2 (juga kadangkala disebut sebagai ‘New Xpax’).

Maxis : Hotlink Plan.

DiGi : DiGi Best Prepaid.

U Mobile : U Mobile Prepaid.

Pelan-pelan prabayar ini merupakan pelan prabayar utama untuk setiap syarikat telekomunikasi yang berkenaan. Artikel ini tidak akan menyentuh pelan prabayar yang bersifat ‘supplementary’ atau variasi-variasi khas daripada pelan-pelan prabayar di atas seperti UOX/SOX, Hotlink Edisi Kampus, dan sebagainya kerana pelan-pelan ini mensasarkan golongan/demografi tertentu seperti para pelajar dan pekerja asing.

Juga, pelan-pelan prabayar yang ditawarkan oleh MVNO seperti Salamfone, TuneTalk, XOX, Happy Prepaid juga tidak akan disentuh dalam artikel ini kerana syarikat-syarikat ini bukan syarikat telekomunikasi ‘full-fledge’.

Penyusunan Kandungan Analisis

Terlebih dahulu saya akan mempersembahkan ringkasan kadar untuk setiap pelan prabayar daripada sudut panggilan, permesejan dan pelan data. Ulasan ringkas akan saya lampirkan berdasarkan pendapat dan analisa peribadi. Selepas semua kadar telah dibentangkan, satu simulasi kos penggunaan sebenar akan dijalankan berdasarkan kadar-kadar yang dibentangkan tadi merangkumi beberapa andaian (assumption) dan bersandarkan kepada penggunaan harian tipikal seorang pengguna.

Bahagian I: Kadar Yang Ditawarkan

Berikut adalah ringkasan berkenaan kadar (rates) yang ditawarkan oleh keempat-empat syarikat telekomunikasi pada pelan prabayar masing-masing. Kadar yang dihuraikan adalah untuk panggilan suara (voice call), panggilan video (video call), khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS). Satu jadual telah disediakan sebagaimana di bawah;

Jadual Kadar Untuk Panggilan Suara/Video, SMS dan MMS

Merujuk kepada jadual, boleh dikatakan penawaran beberapa syarikat telekomunikasi telah menjadi sedikit ‘complicated’ berbanding beberapa tahun yang lepas, terutamanya apabila melihat kepada blok panggilan yang bukan lagi berdasarkan kepada ‘per minit’ sebagaimana sebelumnya.

Sebagai contoh, Celcom telah memanjangkan blok panggilannya kepada 5 minit dan 10 minit untuk panggilan luar dan dalam rangkaiannya. Maxis masih mengekalkan blok per minit, cuma kadarnya adalah bergantung kepada jumlah baki minima di dalam akaun (jika baki kredit lebih RM10 pada satu-satu masa, maka kadarnya adalah lebih murah). U Mobile pula mengekalkan blok 30 saat.

DiGi pula kelihatan seperti sedikit mengelirukan – blok panggilannya dipecahkan kepada tiga iaitu enam saat pertama; 2 minit seterusnya; dan minit selepas 2 minit sebelumnya (?). Ini bermaksud (berdasarkan pemahaman saya), panggilan berdurasi 5 saat kosnya adalah 6 sen, jika 1 minit 30 saat adalah 26 sen, dan jika tiga minit menjadi 46 sen.

Menyentuh berkenaan kadar panggilan video, keempat-empat syarikat telekomunikasi menawarkan kadar yang hampir identikal, kecuali U Mobile yang mengenakan kadar 60 sen seminit untuk panggilan video di luar rangkaian; kadar yang mungkin agak tinggi.

Perbezaan pada blok panggilan ini mungkin merupakan strategi syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan impak penurunan keuntungan daripada panggilan suara dan untuk menggalakkan para pengguna bercakap lebih banyak atau lebih lama.

Untuk kadar SMS, Celcom menawarkan kadar terendah untuk SMS ke rangkaian yang sama (1 sen) dan untuk SMS ke luar rangkaian, Maxis adalah merupakan yang tertinggi berbanding yang lain (10 sen).

Kadar untuk khidmat pesanan multimedia (MMS) pula memperlihatkan kadar purata sebanyak 25 sen kecuali Maxis yang mengenakan kadar 50 sen untuk MMS ke rangkaian lain.

Bahagian II: Data Mudah Alih (Mobile Data) dan Servis Internet BlackBerry (BIS)

Mutakhir ini penggunaan data mudah alih di kalangan pengguna telah melonjak ke tahap yang tinggi seiring dengan kos telefon pintar (smartphone) yang semakin murah dan liputan data yang semakin baik di kalangan semua syarikat telekomunikasi. Juga, pelan data sudah lagi tidak terhad kepada pengguna pascabayar (postpaid) sahaja dan semua syarikat telekomunikasi ada menawarkan pelan data untuk pengguna prabayar sebagaimana yang diringkaskan dalam jadual di bawah ini;

Penawaran Pelan Data Harian, Mingguan dan Bulanan Untuk Pengguna Prabayar.

Penawaran Pelan Data Harian, Mingguan dan Bulanan Untuk Pengguna Prabayar.

Merujuk kepada jadual, dapat dirumuskan bahawa pelan data yang ditawarkan dipecahkan kepada tiga kategori utama iaitu Harian, Mingguan dan Bulanan dengan kuota masing-masing.

Untuk pelan harian, kuota purata sebanyak 500MB ditawarkan oleh keempat-empat syarikat telekomunikasi dengan Maxis memberikan pilihan untuk kuota yang lebih kecil dengan harga yang lebih rendah. Untuk pelan mingguan pula, Celcom adalah yang tertinggi dengan RM18 tetapi kouta yang lebih besar (1GB) manakala U Mobile tiada pelan mingguan. Pelan bulanan pula menyaksikan Maxis menawarkan kuota 3GB tetapi dengan harga yang agak tinggi (RM68) manakala pesaingnya DiGi dan U Mobile menawarkan harga RM48 untuk kuota 2GB. Celcom pula tidak menawarkan pelan data bulanan (setakat ini) dan ini mungkin mengecewakan para penggunanya yang terpaksa melanggan pelan data mingguan sebanyak empat kali sebulan, naiktaraf ke pascabayar atau beralih ke rangkaian lain.

Untuk pengguna telefon pintar BlackBerry, mereka perlu melanggan pelan data khas yang bersandarkan pada sistem BlackBerry Internet Services (BIS) dan berikut dilampirkan ringkasan penawaran pelan BIS bagi keempat-empat syarikat telekomunikasi;

Ringkasan penawaran pelan BIS untuk keempat-empat syarikat telekomunikasi.

Ringkasan penawaran pelan BIS untuk keempat-empat syarikat telekomunikasi.

Berdasarkan jadual, dapat dirumuskan bahawa pelan BIS yang paling rendah adalah ditawarkan oleh U Mobile, dan Maxis pula menawarkan kuota data yang lebih besar (1.5GB) tetapi pada harga yang amat tinggi (RM98). Secara puratanya syarikat telekomunikasi menawarkan kuota sebanyak 250 hingga 300MB – amat kecil secara teori tetapi mencukupi (sufficient) untuk telefon BlackBerry yang menggunakan data dengan amat rendah.

Menarik juga untuk disentuh berkenaan pelan BIS Maxis, harga RM98 yang ditunjukkan untuk pelan bulanan adalah untuk pelan ‘standard’, iaitu merangkumi akses penuh untuk internet, streaming, penggunaan aplikasi non-native (yang bukan dikeluarkan oleh RIM) dan juga tethering (sambungan ke PC untuk menggunakan akses Internet). Maxis ada menawarkan pelan bulanan yang lebih berpatutan yang dinamakan ‘BIS Bonus’ sebanyak RM20 tetapi pelan ini amat terhad penggunaannya dan tidak termasuk akses kepada aplikasi non-native seperti WhatsApp, Viber dan sebagainya.

Bahagian III: Simulasi Penggunaan & Kos

Saya sudah pun menghuraikan berkenaan kadar-kadar yang ditawarkan oleh keempat-empat syarikat telekomunikasi untuk panggilan suara/video, SMS/MMS dan juga data mudah alih. Sekarang kita boleh menjalankan simulasi penggunaan untuk melihat kos bulanan yang akan ditanggung untuk seorang pengguna tipikal.

Untuk memastikan bahawa simulasi dijalankan dengan seadil mungkin, maka beberapa anggapan (assumption) perlu diperjelaskan, iaitu;

PERTAMA: Panggilan, mesej kepada ‘Closed Group Service’ (Activ10, Friends & Family, 8pax/15pax) tidak diambil kira.

KEDUA: Penggunaan/kredit minimum telah pun dicapai, untuk memastikan kadar yang dikenakan adalah adil (fair). Maka untuk Maxis, kadar yang diambil kira adalah kadar apabila baki akaun di atas RM10.

KETIGA: Sebarang bonus untuk panggilan, SMS, MMS dan sebagainya juga tidak diambil kira dalam simulasi ini.

Seperti biasa, satu watak hipotetikal diwujudkan, yang bernama Fifah.

Sekadar Gambar Hiasan

Sekadar Gambar Hiasan

Fifah merupakan seorang eksekutif berusia sekitar 30an dan bekerja di sebuah organisasi berasaskan khidmat sosial. Beliau merupakan rakan rapat kepada Yanie yang merupakan juga seorang eksekutif berusia 26 tahun. Walaupun amat rapat dan sering keluar bersama, namun Fifah tidak terpengaruh dengan gaya Yanie yang amat peka terhadap trend gajet semasa. Fifah menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy manakala Yanie menggunakan iPhone 5 yang dibeli ketika hari pelancaran menggantikan Nokia N8 yang sudah lama digunakan. Walaupun begitu, Fifah tahu dan aktif menggunakan aplikasi-aplikasi di dalam telefon pintarnya dan kerap membuat panggilan suara dan bermesej atas tuntutan kerja dan juga peribadi. Fifah merupakan seorang pengguna prabayar manakala rakannya Yanie telah bertukar kepada pascabayar.

Watak Fifah ini merupakan figura yang mewakili golongan belia yang menggunakan telefon bimbit pintar, yang peka dengan teknologi dan pada masa yang sama mengambil kira perbelanjaan dan bajet harian. Watak Yanie yang disebutkan merupakan watak hipotetikal yang digunakan pada artikel sebelum ini. Simulasi dimulakan.

Simulasi I: Panggilan

Fifah membuat panggilan pendek (kurang seminit) adalah lebih kurang 4 panggilan sehari, dengan jumlah panggilan secara purata sebanyak 10 panggilan sehari. Panggilan pendek yang dibuat adalah secara purata selama 40 saat, dan panggilan panjang dalam 5 minit. Secara kasar, penggunaannya adalah serupa dengan Yanie. Satu jadual telah dilakarkan:

Ringkasan Durasi & Kekerapan Panggilan Untuk Sebulan

Ringkasan Durasi & Kekerapan Panggilan Untuk Sebulan

Daripada jadual penggunaan di atas, maka kos untuk panggilan telah dapat dikira;

Simulasi: Kos Panggilan Untuk Sebulan

Simulasi: Kos Panggilan Untuk Sebulan

Simulasi II: SMS dan MMS

Jumlah SMS yang dihantar oleh Fifah dalam sebulan adalah sebanyak 200 SMS, dengan 100 SMS ke rangkaian yang sama dan 100 SMS ke rangkaian lain. Manakala sebanyak 50 MMS dihantar dalam sebulan oleh Fifah, dengan 25 MMS ke rangkaian yang sama dan selebihnya ke rangkaian yang berlainan. Maka, kos untuk sebulan adalah seperti berikut:

Simulasi: Kos Untuk Permesejan.

Simulasi: Kos Untuk Permesejan.

Simulasi III: Data Mudah Alih

Fifah merupakan pengguna aktif aplikasi di dalam telefon bimbitnya seperti WhatsApp, Viber, Facebook dan seumpamanya. Di samping itu, Fifah juga menggunakan telefon bimbitnya untuk memeriksa dan membalas e-mel pejabat apabila berada di luar pejabat di samping perlu mencari maklumat melalui Internet dengan kerap. Maka, Fifah perlu melanggan pelan data untuk telefon bimbitnya memandangkan WiFi hanya terdapat di rumah beliau. Kos untuk pelan data telah diringkaskan sebagaimana di bawah,

Simulasi: Pelan Data Mudah Alih

Simulasi: Pelan Data Mudah Alih

Ambil maklum untuk Celcom, pelan data mingguan didarab dengan 4 kerana Celcom tidak memiliki pelan data bulanan untuk pelan prabayarnya.

Akhir Simulasi: Kos Keseluruhan

Kita sudah melihat, satu demi satu, kos untuk panggilan, permesejan dan pelan data mudah alih. Maka, berapakah yang perlu dibayar oleh Fifah untuk sebulan jika penggunaan di atas berlaku? Satu jadual telah dilakarkan,

Simulasi: Jumlah Kos Keseluruhan

Simulasi: Jumlah Kos Keseluruhan

Apakah pelan prabayar yang sesuai untuk Fifah?

Isikan jawapan anda di sini: __________________________

Kesimpulan

Berdasarkan analisis dan simulasi yang telah dijalankan, maka secara teori, pelan Celcom Xpax dilihat adalah yang terbaik jika anda seorang yang mempunyai ciri-ciri penggunaan seimbang untuk panggilan, permesejan dan data. Tetapi jika penggunaan anda adalah lebih terarah kepada data, maka pelan selain Celcom Xpax dilihat lebih sesuai walaupun lebih mahal daripada aspek panggilan dan permesejan.

Peringatan & Makluman Tambahan

Maklumat dan analisis yang diberikan adalah tepat ketika artikel ini ditulis (30 Januari 2013) dan kekal, sehingga mana-mana syarikat telekomunikasi yang disebutkan membuat perubahan kadar. Analisis ini dibuat dengan adil dan saksama atas dasar memberi dan berkongsi maklumat, dan saya tidak sekali-kali mewakili atau menggalakkan (endorsed) anda untuk memilih mana-mana pelan prabayar di atas.

Jika terdapat sebarang kesilapan fakta atau pengiraan, boleh dimaklumkan kepada saya secara terus di ruangan komen dan Insya Allah saya akan memberi respon dan membuat pembetulan dengan seberapa segera.

Rujukan

Sila klik link yang disenaraikan di bawah untuk maklumat lanjut dan terkini berkenaan pelan prabayar yang dibincangkan dalam artikel ini. Sumber adalah terus daripada laman web syarikat telekomunikasi yang berkenaan.

Celcom Xpax | Maxis Hotlink | DiGi Best Prepaid | U Mobile Prepaid

This entry was posted in Analysis & Research, Bahasa Melayu, Mobile Devices & Apps. and tagged , . Bookmark the permalink.

88 Responses to Analisis 2013 : Pelan Prabayar Di Malaysia

  1. Faiz says:

    Untuk pelan BIS U Mobile, saya keliru sikitlah. Berdasarkan laman web U Mobile, pelan BIS ialah RM 20 sebulan dan penggunaannya unlimited. Yang RM 19/300 MB pula adalah untuk non-BIS service. Saya tak pasti betul atau tak pemahaman saya. Mungkin tuan admin boleh jelaskan?

    Soalan kedua, adakah pelan prepaid dan pelan BIS ini berasingan? Katakanlah saya subscribe pelan BIS U Mobile, berapa kadar untuk panggilan dan SMS?

    Like

    • Salam sejahtera.

      Tidak dinafikan bahawa sekali imbas, kita mungkin terkeliru dengan penawaran U Mobile untuk pelan BlackBerry nya. Apa yang dimaksudkan dengan ‘unlimited access’ itu adalah untuk aplikasi yang menggunakan BIS sebagai medium datanya. Saudara mungkin telah tahu bahawa BlackBerry tidak menggunakan talian data biasa untuk aplikasi-aplikasi tertentu.

      Aplikasi yang menggunakan BIS adalah seperti Facebook, Twitter, IM (Yahoo, GTalk, Live Messenger), BBM dan BlackBerry E-Mail. Ini bermaksud saudara boleh menggunakan aplikasi ini sebanyak mana tanpa perlu risau kuota data akan dihabiskan, maka jika saudara ‘upload’ gambar melalui aplikasi Facebook untuk Blackberry, ia tidak dikira dalam penggunaan kuota.

      Ambil perhatian bahawa aplikasi seperti Facebook, Twitter, dan lain-lain yang disebutkan di atas adalah dibangunkan oleh Research In Motion (RIM, pengeluar telefon BlackBerry) DAN BUKAN oleh pembangun asalnya. Ini menerangkan mengapa aplikasi ini menggunakan talian BIS dan bukan talian data biasa.

      Walaubagaimanapun, aplikasi yang BUKAN dibangunkan oleh RIM seperti WhatsApp, Viber, Foursquare dan sebagainya menggunakan talian data yang biasa. Penggunaan aplikasi ‘non-native’ ini akan menggunakan kuota data yang disebutkan dalam pakej-pakej prabayar tersebut. Maka jika saudara menghantar gambar melalui WhatsApp contohnya, kuota data akan dipotong.

      Untuk soalan kedua, kadar panggilan dan SMS adalah sama seperti pelan prabayar U Mobile yang standard.

      Harap jawapan ini dapat membantu, dan maaf atas kelewatan membalas. Terima kasih.

      Like

  2. Azharr says:

    Saya mengunakan xpax & isteri uox

    tetapi di lelaman uox tidak tertera rate talian biasa (call)

    kalau audi dapat huraikan bagus juga…

    Like

    • Salam sejahtera Tuan,

      Berkenaan kadar UOX, saya telah membuat semakan di laman web Celcom dan sukacita dimaklumkan kadar UOX ada dinyatakan. Sila klik di sini untuk melihat kadar UOX.

      Kadar yang ditunjukkan dalam link di atas adalah untuk OUX baru (didaftarkan dari 23/4/2012 ke atas). Untuk UOX lama, kalau tidak salah saya, kadarnya adalah 15 sen per minit ke semua rangkaian, 1 sen SMS ke rangkaian Celcom dan 6 sen SMS ke rangkaian lain.

      Harap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

  3. HIDAYAH says:

    Thumbs up! Penulisan yang begitu teliti.

    Mohon tuan tanah bantu saya buat keputusan berikut, boleh ? :)

    Saya tidak pakai sebarang gadget terkini. Hp saya sendiri bukan smartphone. HP nokia cabuk sahaja. So sebab tu segala apps saya tak tahu nak guna pun. Saya tak berapa suka main game. Saya jarang berfacebook dan twitter pun tak ada (buat masa sekarang..hehe).

    Tapi (pakai laptop/dekstop guna wifi),

    1) Saya suka membaca dan cari pelbagai maklumat di internet.
    2) Selalu juga buka youtube
    3) Tak suka download dramas/movies tapi suka download bahan bacaan
    4) Maybe dalam 4,5 bulan lagi saya akan buat part-time online business.

    Sekarang ni, saya berminat dengan ipad mini. Saya nak beli ipad mini+cellular 32gb

    So persoalannya ialah:

    1) Saya cadang nak beli ipad mini tu in cash. Lagi berbaloi beli in cash atau kontrak dengan data plan? (Setakat ni saya tengok semua telco jual 16gb sahaja)

    2) Katakan saya beli in cash, tuan tanah rasa saya sesuai pakai postpaid or prepaid?

    3) Cadangan telco yang berbaloi untuk saya? Untuk pengetahuan, saya tinggal di kawasan bandar.

    Terima kasih.

    Like

    • Terima kasih atas komen saudari berkenaan artikel ini. Berkenaan soalan-soalan yang dikemukakan, saya akan cuba menjawabnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri;

      1) Berkenaan pembelian cash atau kontrak, secara peribadi saya lebih suka membeli secara cash. Tidak dinafikan di atas kertas, membeli secara kontrak dengan Telco kelihatan ‘lebih murah’ tetapi kita juga perlu mengambil kira tempoh kontrak yang perlu kita ikuti. Jika dikira-kira, kos barang tersebut adalah lebih kurang sama jika dibeli secara cash, dan dalam kebanyakan kes, pembelian secara kontrak sebenarnya lebih mahal.

      2) Antara pakej postpaid dan prepaid, saya cadangkan saudari gunakan pakej postpaid. Ini kerana pakej postpaid kita sudah tahu berapa bayaran bulanannya dan boleh dianggarkan bajetnya. Tambahan, Telco kebanyakannya lebih mengutamakan pengguna postpaid berbanding prepaid untuk pelan Internet, dan ada beberapa perkara teknikal yang menyebabkan penggunaan prepaid adalah tidak sesuai untuk iPad.

      3) Berkenaan Telco yang sesuai, ia sebenarnya bergantung kepada pattern penggunaan dan lokasi di mana saudari berada. Secara peribadi, semua Telco adalah OK kecuali DiGi. Prestasi Maxis dan Celcom bergantung kepada lokasi dan bilangan pengguna di satu-satu kawasan, manakan U Mobile secara teknikalnya menggunakan talian Maxis di kawasan-kawasan ia tidak mempunyai liputan (berdasarkan perjanjian Radio Access Network Sharing) maka prestasinya ‘sama’ dengan Maxis. DiGi pula masih terhad liputan 3G nya dan terdapat banyak komen yang negatif berkenaan prestasinya.

      Harap jawapan ini membantu. Terima kasih. :-)

      Like

  4. Mohd Badrul Hisham says:

    Salam sejahtera tuan,
    Saya agak tertarik melihat pelan yg ditawarkan oleh Salamfone yg mana sy rasa agak berbaloi utk digunakan. Sy kini pengguna Celcom dan saya ingin bertukar kepada Salamfone. Boleh tuan berikan pendapat?

    Like

    • Salam sejahtera,

      Salamfone merupakan sebuah MVNO yang menggunakan talian Maxis sebagai tulang belakangnya. Maka kualiti dan liputan talian Salamfone sedikit sebanyak adalah bergantung kepada talian Maxis. Berkenaan kadar untuk pelannya, saya telah rujuk laman webnya untuk mendapatkan kadar yang terkini (klik di sini), di mana pelannya dinamakan sebagai ‘Ummah’.

      Dari sudut kadar, jika ingin dibandingkan dengan Celcom Xpax, secara relatifnya Celcom Xpax adalah lebih murah dan jimat. Tetapi kelebihan Salamfone adalah ciri-ciri Islamiknya yang tidak ditawarkan oleh talian mudah alih yang lain.

      Secara peribadi, jika Tuan merasakan ciri-ciri Islamik yang ditawarkan oleh Salamfone adalah bersesuaian dan mungkin akan kerap digunakan oleh Tuan, maka Salamfone merupakan pilihan yang terbaik. Tetapi secara keseluruhannya, Celcom Xpax adalah lebih baik dan lengkap pakejnya berbanding Salamfone, dan lebih mudah mendapat ‘support’ memandangkan jenama Celcom Xpax yang lebih kukuh.

      Harap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

  5. Mohd Fahmi says:

    Assalamua’laikum tuan,
    Bagaimana pula pendapat tuan tentang tunetalk tone excel?

    Like

    • W’salam. TuneTalk Tone Excel sebagaimana juga namanya merupakan satu servis prabayar yang menggunakan platform TuneTalk, sebuah MVNO yang menggunakan platform Celcom. Maka secara asasnya Tone Excel menggunakan rangkaian Celcom.

      Jika dilihat pada keistimewaan Tone Excel ini, berdasarkan pemahaman dan pembacaan saya di laman webnya, prabayar ini ‘membayar’ pelanggannya untuk setiap penggunaan servis (use to get paid). Dari sudut kadar, teknikalnya ia merupakan antara yang termahal antara semua prabayar ‘mainstream’ yang ada. Lihat jadual kadar Tone Excel ini;

      Kadar Prabayar TuneTalk ToneExcel

      Jika Tuan merasakan konsep ‘use to get paid’ ini adalah berguna untuk Tuan, tiada masalah untuk menggunakannya prabayar ini. Tetapi secara peribadi, saya melihat kadarnya agak mahal dan kurang kompetitif, malah lebih mahal daripada kadar prabayar TuneTalk yang biasa. Mungkin kadar yang sedikit mahal ini bertujuan untuk menampung kos membayar balik para pelanggannya.

      Sebenarnya banyak syarikat persendirian yang bekerjasama dengan MVNO dan mengeluarkan jenama prabayar sendiri, contohnya seperti StorMobile yang menggunakan platform SalamFon (MVNO yang menggunakan rangkaian Maxis). Prabayar ‘persendirian’ ini masing-masing mempunyai niche tersendiri tetapi lazimnya, kadar panggilan/SMS nya secara relatif adalah lebih mahal daripada prabayar biasa.

      Harap penjelasan ini boleh membantu.

      Like

      • aril says:

        Salam audi..
        Kalau nak dibandingkan Tone Excel dengan Maxis,Celcom,Digi, adakah kadarnya masih mahal? Maksud saya dengan mengambilkira caj-caj tersembunyi yang tuan nyatakan dari telco lain,adakah kadar Tone Excel masih dikira tinggi. Tambahan sekarang, Tone Excel/Tunetalk telah mempromosi penambahan jumlah topup RM30 dapat RM40, topup RM50 dapat RM70.. Mohon pendapat tuan adakah berbaloi menggunakan talian prabayar ini

        Like

  6. princess says:

    as salam..
    sy nk minta pndngan.. skrg sy melanggan maxis postpaid utk hp dan broadband (pakej yg bundle). bln dpn akan tamat kontrak.sy bercdg utk kembali menggunakan prepaid since sy jrg gune up to the quota limit for both. so agk membzir sbb xfully utilised.. :(
    sy bercdg utk membli tab dan menjadikan tab sbg modem atau still boleh gune modem.. jika sy ingin online menggunakan laptop. utk hp..sy menggunakan e72 buat masa nie. (blom decide nk tukar kpd hp canggeh ape lg..he3).
    jd sy ingin dptkan cdgn dan pandangan prepaid ape yg bersesuaian utk menggntikan maxis sy.kalau boleh prepaid hp nk gune hotlink..tp nk skali dgn data plan..utk broadband xkisah..
    pening sbb byk sgt plan..xsure nk pilih mane..
    tq.. ;-)

    Like

    • W’salam saudari. Terima kasih dan saya akan cuba menjawabnya berdasarkan pemahaman dan pengalaman saya.

      Berkenaan pelan prabayar yang bersesuaian yang menyertakan pelan internet mudah alih (mobile broadband), secara peribadi saya mencadangkan prabayar Hotlink sebagaimana yang saudari sebutkan. Rasionalnya kerana daripada kesemua operator mudah alih, setakat ini Maxis merupakan yang agak konsisten dalam kualiti datanya, tambahan Hotlink sendiri ada beberapa pakej ‘mobile internet’ mengikut kuota untuk pelan Hotlink.

      Saya sendiri merupakan pengguna prabayar Hotlink dan melanggan pakej Mobile Internet RM68 sebulan dengan kuota 3GB. Setakat ini saya berpuas hati dengan kualiti data yang disediakan. Alternatif kepada Hotlink adalah U Mobile, yang kualitinya juga agak konsisten, mungkin kerana U Mobile secara teknikalnya menggunakan ‘backbone’ Maxis di kebanyakan tempat.

      Harap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

  7. salam,
    nak minta pndgan encik,
    sy nk beli mini ipad,tapi sy cnfuse nk guna plan data mana yg terbaek, sy dah ada intnet dirumah,
    cuma nak guna intnet ketika diluar rumah,sbg cth,nk guna gps..sy nk cari yg terjimat,dan cverage terbaek..
    terima kasih.

    Like

    • W’salam saudari,

      Berkenaan pelan internet terbaik untuk iPad, secara peribadi saya syorkan dua operator iaitu Maxis dan Celcom. Rasionalnya dua operator ini mempunyai liputan yang terbaik dan kelajuan datanya secara purata adalah amat memuaskan. Berkenaan dengan kos, Maxis dan Celcom menyediakan pelan data yang kosnya bergantung pada jumlah kuota bulanan dan secara asasnya semakin besar kuota semakin tinggi kos pelan tersebut.

      Tetapi saya melihat ada kelebihan pada pelan data Maxis kerana Maxis tidak menghadkan kelajuan maksimum untuk pelan-pelan datanya manakala Celcom pula menghadkan kelajuan maksimum mengikut kuota data (maksudnya untuk mendapat kelajuan yang lebih tinggi, saudari perlu melanggan pelan data dengan kuota yang lebih besar).

      Ambil perhatian bahawa kelajuan maksimum yang dipaparkan di laman web hanyalah secara teori namun berdasarkan penggunaan peribadi saya (saya mempunyai pelan data daripada kedua-dua operator ini), saudari boleh mendapat secara purata 1 hingga 2 Mbps di kebanyakan bandar utama bergantung kepada jumlah pengguna di satu-satu kawasan tersebut. Saya pernah mendapat kelajuan 13Mbps di kawasan sekitar Seksyen 16 Petaling Jaya dan di kawasan luar bandar yang mempunyai liputan 3G, kelajuan yang lebih tinggi mungkin dapat dicapai kerana kapasiti kurang digunakan dan tidak ramai pengguna.

      Cadangan saya, saudari pilih berdasarkan bajet saudari dan sekali lagi, saya secara peribadi mencadangkan Maxis ataupun Celcom.

      Terima kasih & selamat menjalani ibadah puasa. :-)

      Like

  8. Encik says:

    salam,saya sedang mencari plan prepaid yg sesuai untuk buat panggilan.saya dapati celcom telah menukar plan X2 kepada X3 (Xpax24) mulai 1 julai lepas.kadar pun berbeza iaitu 28sen/3minit untuk X3,28sen/10min untuk X2. Ada tak telco lain yang lagi bagus selain xpax ni?

    Like

    • W’salam saudara. Berkenaan dengan Xpax24 yang baru sahaja diperkenalkan, sememangnya kadar yang baru adalah berbeza dengan kadar Xpax2 yang terdahulu. Saya lampirkan kadar terbaru sebagaimana di bawah ini;

      Kadar Xpax24

      Daripada jadual yang diberikan, sememangnya kos untuk panggilan, SMS, MMS secara relatifnya masih lagi murah berbanding prabayar daripada operator lain, TETAPI lebih tinggi sedikit daripada Xpax yang terdahulu. Yang paling ketara ialah kos MMS iaitu naik menjadi 50sen (sebelum ini 35 sen). Kos SMS juga meningkat dengan Celcom kelihatan menyelaraskan kadarnya supaya setara dengan kadar operator lain.

      Saya sebenarnya telah menjangkakan keadaan ini akan berlaku kerana Xpax yang terdahulu terlalu murah kadarnya sehingga saya terfikir bagaimana Celcom membuat keuntungan. Kini keadaan telah terjawab dengan pengenalan pelan Xpax24 ini di mana Celcom meningkatkan sedikit kadarnya agar beroleh margin yang agak selesa daripada prabayar. Kelebihan Facebook 30MB dan 3 panggilan percuma pada saya sebenarnya tidak memberi impak yang besar memandangkan pengguna prabayar yang memiliki smartphone lazimnya akan menggunakan WiFi untuk media sosial kerana lebih pantas dan tiada kekangan kuota data.

      Secara peribadi, Xpax24 relatifnya masih lagi termurah, tetapi lebih tinggi kosnya berbanding Xpax lama. Sesiapa yang dalam pelan Xpax2 seeloknya jangan berhijrah ke pelan ini kerana jangka panjang anda akan rugi, kecuali Celcom memaksa pertukaran pelan secara automatik tetapi rasanya ia tidak akan berlaku kerana akan mengundang protes pelanggan dan boleh mencalarkan imej mereka.

      Harap penerangan ini dapat membantu. Salam Ramadhan & selamat menjalani ibadah puasa.

      Like

      • Encik says:

        terima kasih info yang diberikan,sekarang saya sudah pun menggunakan xpax24.jika ada pelan yang lebih menarik,mungkin saya akan tukar lagi.saya kini menggunakan 3 telco iaitu digi,umobile dan celcom hanya kerana keperluan dan faedah yang saya perolehi.

        Like

  9. wan says:

    salam, nak mintak pendapat utk saya yang pakai iphone4.
    pelan apa yg paling sesuai utk saya?
    sy banyak menggunakan data dan sms. agak jarang utk keperluan call.

    Like

    • W’salam saudara. Berkenaan dengan pelan prabayar yang sesuai untuk iPhone 4 dan pengguna kerap internet seperti saudara, pertamanya, kita perlu melihat pelan yang menawarkan langganan data. Langganan data ini ditawarkan berdasarkan asas-masa (time-based) dan lazimnya dalam bentuk harian, mingguan atau bulanan. Secara peribadi pelan yang menawarkan data secara bulanan adalah lebih mudah kerana kos dan bajet dapat ditentukan dengan lebih awal.

      Dalam kes ini, Celcom (sehingga komen ini ditulis) masih belum lagi menawarkan langganan data secara bulanan dan hanya terdapat dalam bentuk harian dan mingguan. Maka Celcom terpaksa kita ketepikan (kecuali saudara tiada masalah untuk melanggan secara mingguan atau harian, yang pada pendapat saya sedikit menyusahkan).

      Pelan prabayar Maxis, DiGi dan U Mobile ada menawarkan pelan data bulanan. Jika dibandingkan kualiti Internet antara ketiga-tiga operator ini, Maxis mendahului diikuti dengan U Mobile. DiGi buat masa kini tidak begitu konsisten di samping liputan datanya yang masih agak terhad terutamanya liputan 3G.

      Maka secara peribadi, pelan Maxis adalah sesuai buat saudara yang lebih menggunakan Internet. Walau bagaimanapun saudara dinasihatkan untuk meneliti pelan data yang ditawarkan oleh Maxis dan memilih yang paling sesuai dengan corak penggunaan saudara.

      Harap jawapan ini dapat membantu.

      Like

      • Encik says:

        sekadar memberi pandangan, saya bersetuju jika saudara lihat kepada pelan data yang ditawarkan.untuk saudara yang rajin sms,kini ada banyak ‘free apps’ seperti whatsapp,Line dan sebagainya.Jadi di situ saudara dapat jimat untuk sms.Pastinya saudara akan menggunakan postpaid, bagi saya Umobile ada pelan U28,U48 dan Maxis pun ada menawarkan pelan yang bagus.

        Like

      • Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Trend sekarang lebih kepada penggunaan data berbanding panggilan suara dan SMS tradisional, dan apps seperti WhatsApp, Viber dan banyak lagi lebih efisien dan sedikit sebanyak menggugat panggilan suara dan SMS tradisional kerana semua ini berfungsi melalui data, ditambah lagi dengan WiFi yang boleh diakses hampir di semua lokasi termasuk di rumah dan pejabat.

        Like

  10. Lestari says:

    salam..encik,sy x brape fahamm..kalau pakej inie,
    https://store.maxis.com.my/maxis/Mobile_Postpaid/RatePlan/p/1TM
    maknanye untuk talk n sms shj ke…boleh ke sy surf internet juga..tanpa wifi…untuk ipad….

    Like

    • Lestari says:

      lagi satu..encik,maaf brtanya..sy nie xbrp faham..boleh encik cdgkan pakej maxis plg sesuai untk sy..sy nak guna untuk surf internet sahaja..tetapi jaranglah sgt..sbb tmpt kerja dah ada..tp nk guna bila blik kampung atau kluar ke tmpt2 yg xade wifi…

      Like

      • Berkenaan pelan Maxis yang sesuai untuk penggunaan tidak kerap dan di luar premis (pejabat/rumah), ada dua pilihan, iaitu sama ada menggunakan prabayar ataupun pascabayar, dan bergantung kepada peranti (device) yang digunakan juga.

        Di antara pascabayar dan prabayar, secara peribadi jika penggunaan internet adalah lebih kerap di rumah/pejabat dan amat jarang di luar premis, maka prabayar adalah lebih ideal. Ini kerana prabayar membolehkan kita mengawal perbelanjaan, iaitu kita boleh tambah nilai akaun dan memilih untuk melanggan pelan-pelan data berdasarkan kuota apabila ingin menggunakan Internet, berbanding pascabayar yang memerlukan komitmen bulanan tidak kira sama ada kita kerap atau jarang menggunakannya.

        Maka jawapan untuk persoalan ini, adalah ia bergantung kepada corak penggunaan. Secara peribadi, pelan SurfMore 50 adalah sesuai kerana ia memberi kuota 2GB di samping keupayaan panggilan dan SMS. Untuk prabayar (Hotlink), terdapat banyak pilihan berdasarkan kouta. Saya menggunakan prabayar Hotlink dengan melanggan pelan data RM68 sebulan (kuota 3GB).

        Harap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih.

        Like

      • lestari says:

        terima kasih..sgt membantu

        Like

    • W’salam. Saya telah merujuk kepada laman yang diberikan. Berdasarkan pemahaman saya, untuk pelan TalkMore dan TextMore, pelan ini menumpukan pada panggilan dan SMS. Berkenaan data, saya kurang pasti kerana tidak disebutkan dengan jelas pada laman tersebut, tetapi anggapan saya adalah pelan ini tidak menyertakan sekali pelan data dan penggunaan data mungkin dicaj berdasarkan bayar bila guna (pay per use) yang saya rasa kadarnya sekitar 10sen/10kB (mungkin berubah).

      Untuk penggunaan data, mungkin pelan SurfMore adalah lebih sesuai, kerana ia menyediakan kuota data dan juga fungsi panggilan dan SMS.

      Harap penerangan ini dapat membantu.

      Like

  11. Cikgu MAM says:

    Salam Ramadhan! Tahniah saudara..artikel seperti inilah yg sy cari2 selama ini. Nak buat analisis sendiri malas (hihihi), maka dgn analisis drpd saudara ini tlh membuka minda sy dlm memilih plan internet yg bersesuaian dgn penggunaan sy. Semoga usaha saudara ini dpt memberi byk manfaat kpd pengguna2 gajetyg lain. Tahniah sekali lagi!

    Like

    • Salam Ramadhan juga. Terima kasih atas maklumbalas positif terhadap artikel saya ini. Alhamdulillah, secara peribadi saya amat gembira apabila artikel ini (dan lain-lain) dapat memberi manfaat kepada komuniti pengguna Internet khususnya kepada para pelawat dan pembaca blog ini. Insya Allah, saya akan teruskan perkongsian maklumat dan ilmu yang ada kepada rakan-rakan pembaca blog ini. :-)

      Like

  12. Faisal says:

    Assalammuaalaikum tuan,
    Terima kasih di atas info-info yang diberikan…semoga tuan mendapat lebih banyak kebaikan di dunia dan akhirat…

    saya pelajar PhD di sebuah IPT di Penang, saya menggunakan laptop dan broadband celcom untuk mengdownload pelpagai maklumat dari journal hingga lah ke youtube. sekarang saya menggunakan plan celcome rm 98 setiap bulan. masalah saya adalah download speed yang sangat rendah dan selalu terputus. saya ingin tahu adakah masalah ini disebabkan laptop saya atau broadband celcom atau pakage yang saya gunakan. kalau ini disebabkan broadband celcom … apa kah ‘talian hayat’ yang tuan cadangkan untuk saya tukar berdasarkan geografi dan keperluan saya…

    Like

    • W’salam saudara. Pertamanya, saya mohon maaf atas kelewatan membalas komen saudara.

      Berkenaan dengan situasi saudara, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kelajuan Internet menjadi perlahan di komputer. Perkara pertama yang saudara boleh lakukan adalah dengan mengemaskini dan ‘membersihkan’ sistem komputer saudara. Kadang-kala apabila kita melayari Internet, pelbagai fail sampingan turut dimuat turun (seperti cache dan cookies) dan fail ini lazimnya tidak dibersihkan secara automatik. Timbunan fail ini apabila semakin besar akan menyebabkan sistem komputer menjadi perlahan dan boleh mempengaruhi prestasi Internet secara tidak langsung. Saudara boleh menggunakan utiliti seperti CCleaner yang boleh membersihkan sistem komputer agar lebih lancar. Juga lebih molek jika saudara turut menjalankan ‘whole system scan’ menggunakan antivirus untuk memastikan tiada virus yang menyebabkan sistem komputer dan Internet menjadi perlahan.

      Jika sistem komputer telah dikemaskini dan kelajuan Internet masih tidak memuaskan, maka faktor yang mempengaruhi adalah liputan Internet itu sendiri. Saudara menyebutkan bahawa sering mengalami ‘connection lost’ dan kelajuan yang rendah. Ini adalah antara simptom liputan atau kapasiti Internet yang kurang memuaskan di kawasan saudara. Untuk memastikan, saudara boleh cuba ‘connect’ di kawasan lain dan jika di kawasan lain kelajuan adalah stabil dan laju, maka anggapan kita bahawa kawasan saudara mempunyai masalah adalah tepat.

      Kemungkinan besar kapasiti Internet di kawasan saudara tidak lagi mampu menampung jumlah pengguna Internet yang terlampau tinggi (dan ini menyebabkan sering berlaku ‘connection lost’), dan saya berpendapat begitu kerana saudara tinggal di kawasan yang saya rasa majoritinya dihuni oleh pelajar IPT yang secara logiknya amat aktif menggunakan Internet. Saudara boleh memaklumkan kepada pihak Celcom agar memeriksa kualiti talian jalur lebar di kawasan tersebut dan mencadangkan agar ditingkatkan kapasiti jalur lebar supaya boleh menampung limpahan pengguna yang ramai. Untuk permulaan, saudara boleh cuba bertanya melalui laman FB Celcom Customer Service di https://www.facebook.com/CelcomCS

      Harap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

  13. Salam..saye ingt na gune rebat 200 tu untuk bli plan digi with alcatel one touch glory 2s coz juz tmbah rm50 as 2nd fon saye. agk2 berbaloi x?
    n if saye na tukar kepada internet yg laen, ape yg sesuai ea? coz saye juz gune untuk fb, twitter, whatsapp, wechat, line jew.. :D

    Like

    • maksud internet tu data plan yg laen slaen digi…coz tengok digi macam mahal je n xberbaloi dgn kadar penggunaan saya nanti

      Like

    • W’salam saudara.

      Berkenaan dengan pelan data yang sesuai dengan corak penggunaan yang lebih kepada ‘social media’, secara peribadi saya cadangkan saudara untuk mengkaji pelan data Maxis ataupun U Mobile. Pelan data Maxis (saya merujuk kepada prabayar a.k.a Hotlink) mempunyai beberapa jenis pelan yang berbeza mengikut tempoh dan kuota data. U Mobile juga menawarkan beberapa jenis pelan yang dibezakan melalui nilai kuota. Saya tidak boleh memberikan pelan yang spesifik untuk saudara langgan memandangkan ia bergantung kepada corak penggunaan masing-masing dan saudara dapat menilai sendiri bagaimana corak penggunaan saudara.

      Lazimnya penggunaan yang terarah kepada ‘social media’ tidak menggunakan nilai data yang tinggi dan atas dasar itu saudara boleh melanggan pelan-pelan yang berkuota rendah seperti 250MB tanpa perlu risau akan kehabisan kuota tersebut, KECUALI saudara juga pada masa yang sama menonton video ataupun memuat turun data yang bersifat besar pada saiznya seperti ‘movie’. Dengan lambakan Wi-Fi percuma di kebanyakan tempat tumpuan utama dan di rumah, maka masalah kehabisan kuota bukan satu isu yang besar.

      Harap penerangan ini dapat membantu. Selamat Hari Raya!

      Like

  14. Encik says:

    Rasenye elok pilih plan prepaid memandangkan Finzio bukan heavy user,hanya guna untuk fb,twitter dan lain lagi.Nak guna rebat tu pilih la sebaik mungkin,pilih henfon dan pakej yang berbaloi.bagi saya,untuk pilihan prepaid ialah umobile kerana unlimited internet,free call&sms.boleh call dan sms jika sudah abis kuota free dengan menggunakan lebihan baki kredit.

    Like

  15. ABDUL RAHMAN BIN AB RAZAK says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    Saya bercadang untuk membeli smartphone..akan tetapi saya masih ragu2 tentang pemilihan pelan prabayar..Pada pendapat tuan, pelan apa yang sesuai untuk seseorang yang sering surf internet, sms dan call? seperkara lagi, postpaid atau prepaid..mana yang lebih bagus?

    Like

    • W’salam & salam sejahtera juga.

      Berkenaan pelan prabayar yang sesuai dengan Smartphone, pertamanya kita perlu melihat dari sudut manakah penggunaan Smartphone tersebut akan tertumpu. Maksud saya, adakah corak penggunaan Tuan lebih kepada panggilan suara/SMS ataupun penggunaan Internet (Data). Ini kerana pelan prabayar juga mempunyai pelbagai variasi di mana ada yang memberi tumpuan kepada panggilan/SMS dan ada yang lebih tertumpu kepada Internet (Data). Analisis dan simulasi penggunaan yang saya tulis adalah dengan anggapan penggunaan berimbang antara panggilan, SMS dan juga Internet (Data).

      Atas dasar tersebut, untuk mengesyorkan pelan prabayar terbaik adalah sukar saya sebutkan kerana setiap pelan prabayar daripada syarikat Telco mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan pada pengamatan saya, pelan prabayar yang ditawarkan oleh semua Telco sebenarnya hampir serupa dari sudut kadar dan yang memberi perbezaan adalah kualiti perkhidmatan dan ciri-ciri ‘supplemental’ lain.

      Merujuk kepada analisis saya, secara umumnya jika penggunaan Tuan adalah lebih kepada panggilan/SMS maka pelan Celcom adalah terbaik kerana kadar panggilan/SMS nya secara relatif lebih murah daripada Telco yang lain. Walaubagaimanapun jika penggunaan Tuan adalah cenderung kepada Internet (Data) dan kurang pada panggilan/SMS, maka pelan daripada Maxis atau U Mobile adalah bersesuaian. Sekali lagi, ini adalah pendapat peribadi saya dan saya galakkan Tuan untuk meluangkan masa mengkaji setiap penawaran memandangkan kebanyakan Telco telah membuat semakan (revision) pada pelan prabayar masing-masing dan analisis saya ini mungkin sudah sedikit ‘outdated’.

      Berkenaan perbandingan prepaid dan postpaid, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihan prepaid adalah kita boleh mengawal perbelanjaan kerana semua kos dibayar dahulu (upfront) manakala kelebihan postpaid adalah lazimnya pengguna akan mendapat ‘full-feature service’ dan bukannya ‘reduced function’. Contohnya, kelajuan Internet DiGi Prepaid dihadkan kepada 384kbps manakala pengguna postpaid DiGi mendapat kelajuan penuh walaupun secara logiknya kedua-dua jenis pelanggan membayar kos langganan yang hampir sama. Kelemahan postpaid pula adalah ia lebih formal dan kadangkala memerlukan dokumentasi untuk mengaktifkan ciri. Contohnya, kebanyakan Telco memerlukan pengguna postpaid mengaktifkan servis ‘roaming’ secara manual manakala bagi pengguna prepaid servis ini telah diaktifkan secara ‘default’ dan tidak perlu melakukan apa-apa.

      Harap penerangan serba ringkas ini dapat memberi pencerahan kepada Tuan. Terima kasih.

      Like

    • MNizam says:

      Salam Tuan Faliq
      Terima kasih kerana menjawab soalan2 dalam laman ni

      pertanyaan saya seperti abd rahman juga…saya cuba mendapatkan smartphone selepas di ajuk dek kawan2 ketinggalan zaman…and ada aplikasi free seperti whatsapp tak guna bla bla bla….sabo telinga aja laaa

      Pengunaan saya lebih kepada call…dah ada internet lebih baik gunakan whatsapp aja free then sms being charge.

      Saya dah lihat kepada pakej terbaru smartphone oleh samsung galaxy note 3 …ditawarkan oleh DIGI RM13++ percuma dengan Samsung gear (jam Harga 999RM) dan range seperti berikut

      3GB Mobile Internet Quota + 3GB Smart Apps Quota (apa maksudnya)
      Bundled Internet Bundled Voice Calls Bundled SMS Bundled IDD Calls*
      6GB 600 mins 600 SMS 30 mins

      Merujuk kepada itemised di atas adakah ianya berbaloi?
      Merujuk kepada liputan line ini adakah ianya berbaloi pada masa kini?
      Merujuk kepada komitmen bulanan RM148, adakah ianya berbaloi?

      Perlukan saya menunggu plan/pakej dari Maxis (masih belum keluar)
      Orang kata Celcom line mahal, tidak berbaloi dan tidak memikirkan benefit pengguna taliannya..benarkah
      saya memerlukan pendapat tuan….dalam memilih plan…memandangkan komen tuan bersifat teknikal berbanding blog2 lain

      Like

      • W’salam,

        Terima kasih atas maklumbalas positif Tuan berkenaan artikel yang ditulis. Berkenaan pelan DiGi yang Tuan maksudkan, saya belum lagi mengkaji pelan pascabayar yang disebutkan tetapi berdasarkan ciri-ciri yang Tuan sebut, komen saya adalah seperti berikut;

        PERTAMA: Reputasi DiGi selaku operator adalah kurang memuaskan dan isu lazim yang sering dikaitkan dengan DiGi adalah isu liputan yang agak buruk. Liputan data adalah amat kurang memuaskan dan liputan asas (suara/SMS) juga adalah kurang baik terutamanya di kawasan luar (outskirts). Tuan boleh merujuk di pelbagai laman forum dan blog yang memberi komen negatif kepada DiGi.

        KEDUA: Kuota 3GB untuk Internet dengan harga RM148 pada saya adalah agak mahal, kerana jika kita lihat penawaran operator lain, harga tersebut boleh menawarkan sehingga 5GB kouta dengan liputan data yang lebih konsisten dan laju.

        KETIGA: 3GB SmartApps qouta yang disebut mungkin merujuk pada aplikasi pada Smartwatch tersebut, tetapi saya tidak nampak kenapa perlu diasingkan kuota untuk Smartwatch dengan kuota mobile internet memandangkan Smartwatch memperoleh talian datanya daripada smartphone (Bluetooth pairing). Pendek kata, tawaran DiGi tersebut sebenarnya ‘mengelirukan’.

        KEEMPAT: Berkenaan persepsi Celcom adalah mahal dan tidak memberi manfaat kepada pengguna taliannya, mungkin anggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan Celcom merupakan antara operator yang mempunyai talian data dan liputan yang paling luas dan stabil, setara dengan Maxis. Saya adalah pengguna Celcom selama hampir 10 tahun dan saya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan walaupun ada sedikit kekurangan.

        Kita perlu faham yang tiada operator yang sempurna serba-serbi dan jika kita mahukan servis yang baik, kita perlu juga membayar harga yang mahal setanding dengan kualiti. Ganjaran (benefit) adalah perkara yang subjektif kerana ada pelanggan yang melihat ganjaran daripada sudut fizikal dan ada yang melihat daripada sudut kualiti servis (QoS).

        Harap penerangan saya dapat membantu. Terima kasih.

        Like

      • wan says:

        assalamualaikum..sy pengguna digi postpaid hampir 5tahun..bagi saya digi adalah yang terendah dalam menawarkan mobile internet. dan sy amat berpuas hati dengan perkhidmatan walaupun ada terdapat masalah teknikal. kalau tidak takkan sy bole bertahan hingaa 5tahun. tak dinafikan setiap telco ada kelemahan dan kelebihan. walaupun stengah tempat hanya line EDGE tapi kelajuannya amat menakjubkan. saya bercakap atas pengalaman saya sendiri. bagi pelan rm148,jika anda kerap.menggunakan call..adalah berbaloi untuk 600min(10jam) disamping dipakejkan dengan 6gb internet. cuma bandingbeza dengan telco lain tentang harga untuk kuota tersebut. dan pada pandangan saya,pihak digi tidak wajar untuk mengasingkan kuota 3gb untuk whatsapp atau yg sama waktu dengannya. dan dengan adanya digi prepaid smartplan..pakej yg ditawarkan sgt berbaloi,setiap kali topup disertakan dengan pakej call,sms dan internet. berbaloi untuk lite user.

        Like

  16. Salam

    Saya nk minta pandangan en tentang postpaid red one mobile rm8/month (partner with celcom), saya lihat pakej n promosi yg ditawarkan baik. Saya trtarik nk tukar drp celcom ke red one. Apa pandangan tuan??

    Like

    • W’salam.

      Berkenaan pakej pascabayar Redtone yang Tuan sebutkan, saya kurang arif berkenaan ciri-ciri dan fungsi yang ditawarkan memandangkan saya sendiri belum mengkaji pakej tersebut dengan lebih mendalam. Walau bagaimanapun, pokok pangkalnya di sini adalah, pelan telekomunikasi tidak kira pascabayar dan prabayar yang ditawarkan oleh setiap syarikat telekomunikasi ada kelebihan dan kekurangan dan bergantung kepada penggunaan individu yang tidak serupa antara satu sama dengan yang lain.

      Insya Allah, saya akan cuba ulas berkenaan pakej pascabayar Redtone ini jika berkesempatan dan selepas saya kaji dan fahami ‘feature’ pakej tersebut.

      Like

  17. fbi733 says:

    Info yang sangat bagus. tapi semua operator tidak memberi apa2 manfaat kecuali penjimatan sana sini. apa kata join prepaid tunetalk toneexcel. di samping menjadi user..kita juga dapat menjana pendapatan secara passive..sebabnya? bila org top up..kita dapat komisen. sila layari blog ini for more info http://www.tunetalkchiro.blogspot.com/

    Like

  18. Ajijoe Baharin says:

    Assalammualaikum, saya seorang yang suka melayari laman youtube, call dan msg jarang sgt… saya ingin bertanya yg manakah lagi bagus untuk melayari youtube celcom, maxis atau umobile..??
    Harap anda sudi membalas….. ;)

    Like

    • W’salam Tuan.

      Berkenaan pertanyaan tentang pelan yang terbaik untuk melayari laman YouTube, pertamanya, kita perlu faham bahawa pengstriman video memerlukan penggunaan data yang agak tinggi. Maka berdasarkan asas tersebut, perancangan yang terbaik adalah untuk memilih pelan data yang menawarkan kuota yang tinggi dengan harga yang kompetitif dan munasabah.

      Saya tidak boleh mengesyorkan pelan yang terbaik memandangkan setiap operator mempunyai penawaran yang hampir sama dari sudut kouta data dan juga harga. Yang membezakan adalah kualiti servis yakni kelajuan dan liputan. Maka adalah molek jika Tuan dapat meluangkan masa mengkaji setiap penawaran yang ada dan kemudian bandingkan dengan corak penggunaan semasa. Dalam kes Tuan, memandangkan Tuan gemar menonton YouTube, maka pelan data dengan kouta tinggi adalah pilihan yang terbaik.

      Secara peribadi, saya selesa dengan Celcom dan Maxis kerana saya memiliki pelan data kedua-dua operator ini dan setakat hari ini, saya amat berpuas hati dengan kualiti yang diberikan walaupun kadang-kala ada gangguan servis yang tidak dapat dielakkan. Kekerapan gangguan servis ini adalah kecil dan tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur kerana secara praktikal tiada operator yang boleh menawarkan ‘uptime’ dengan kadar 100%

      Harap penerangan ini dapat membantu.

      Like

  19. fal says:

    hi..saya sngt tertarik dgn artikel tuan ni..mmg sngt membantu..tp blh tanya tak..saya ad dgr psl tunetalk excell..mereka ckp bagus?ya ka?saya skng guna digi dan celcom..mna lagi bagus antara ketiga2?

    Like

    • Salam sejahtera.

      Berkenaan TuneTalk ToneExcel, saya kurang pasti konsep pelan prabayar ini, tetapi berdasarkan pembacaan saya, pelan ini seperti sistem MLM di mana ada unsur komisen dan ‘downline’. Jika dilihat pada kadar, ToneExcel ini adalah lebih tinggi secara relatifnya berbanding pelan prabayar biasa, hatta TuneTalk yang standard.

      Harap penjelasan ini dapat membantu. Terima kasih.

      Like

    • PRINCE says:

      assalam. saudara FAL, saya adalah pengguna TuneTalk/ToneExcel. Mengikut kajian saya, TuneTalk/ToneExcel ini ada mempunyai REFERRAL PROGRAM, dan kalau dikaji betul2 ia bukan lah MLM seperti yang digambarkan. Untuk pengetahuan Tuan, penggunaan prepaid saya RM100 sebulan dan ianya telah menjadi percuma setiap bulan kini. Sila Tuan layari blog ini untuk info lebih lanjut lagi. Terima Kasih. http://www.tunetalkchiro.blogspot.com

      Like

      • Tarmidzi says:

        Semua syarikat komunikasi ada pro dan kontranya. Setiap bulan kita tetap juga pruntukan duit kita untuk mnggunakan servicenye dn akhirnya selepas 5 thun tetap kita x mmperolehi apa2 dari mereka.. diorg juga yg untung… saya syorkn toneexcel sbb bg saya dia mmpunyai prlindungan insurance kematian. Sambil kita mnggunakan service nya.. kita juga mmpunyai insurance 100k… yelah..sekurang2nya.. ada juga harta peninggalan kita kpd waris kalau kita mnghadapi apa2 kemalangan… terima kasih

        Like

  20. ana_dayana says:

    slm..saya nk tanya antara celcom, maxis, umobile dan digi, ada x yg menawarkan data untuk unlimited internet? saya selalu mnggunakan intrnet..pada pendapat admin yg mnakah lebih bagus??

    Like

    • W’salam.

      Setakat pengetahuan saya, tiada operator yang menawarkan pelan data tanpa had (tiada kuota) secara berpakej kecuali ‘pay-per-use’ yang relatifnya lebih mahal. Sebagai contoh, pay-per-use untuk Celcom adalah 10sen/10kb dan tiada had quota, dan caj maksimum sebulan adalah RM250. Berkenaan operator terbaik, ia adalah subjektif kerana setiap operator mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan bergantung juga pada lokasi, jenis perkhidmatan, bilangan pelanggan dan pelbagai faktor lain.

      Harap jawapan ini dapat membantu.

      Like

  21. ishak says:

    tq saudara Audi. banyak info saya dapat dari saudara.

    Like

  22. ishak says:

    Salam saudara Audi.

    Boleh saudara rekemen plan data internet yang mana sesuai untuk saya.

    1. di pejabat dah ada internet unlimited. jam 0800 hingga 1700 leh pakai.

    2. sy tak aktif facebook atau whatapps atau youtube.

    3. sy perlu line internet stanby untuk bila ada perkara penting untuk sy surve internet bagi mendapat info2 ja. mungkin 1 hari surve 10-15 min aja.

    terima kasih kerana saudara sudi memberi pandangan saudara. ishak7173@gmail.com

    Like

    • W’salam Tuan,

      Berkenaan pelan data yang sesuai dengan corak penggunaan Tuan, saya berpendapat, Tuan tidak perlu melanggan sebarang pelan data jangka panjang kerana sumber data yang sudah cukup baik daripada tempat kerja.

      Memandangkan Tuan menggunakan internet sekali-sekala untuk mendapatkan maklumat, mungkin Tuan boleh melihat kepada pelan prabayar Maxis yang terbaharu (free basic internet) di mana ia memberikan internet asas percuma dengan kelajuan yang rendah, di samping terdapat juga pelan jangka pendek seperti pelan 1 jam dan seumpamanya.

      Harap jawapan ini dapat membantu. :)

      Like

  23. Assalamualaikum,akak dah lama mengguna XP2 tp celcom mcm tipu kita dulu 28 sen 10minit tp skrg 28sen 1minit ke talian sam dan sekali ganda ketalian lain.Kalau tak percaya cuba.Celcom tak sepatutnya buat begitu krn nak orang pindah ke plan X24 secara paksa.Apa pendapat encik.?

    Like

    • W’salam kak. Maaf atas kelewatan membalas komen akak.

      Saya kurang pasti berkenaan perubahan kadar secara senyap sebagaimana yang dialami akak kerana saya tidak menggunakan pelan X2 (saya menggunakan pelan Blue), tetapi jika ia benar-benar berlaku, secara peribadi saya berpendapat pihak Celcom telah melaksanakan langkah yang amat tidak wajar.

      Akak boleh cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Celcom di laman FB rasmi Customer Service mereka (https://www.facebook.com/CelcomCS) dan jika mereka tidak memberikan penjelasan yang memuaskan atau cuba berdolak-dalik, akak boleh kemukakan aduan rasmi kepada SKMM.

      Harap penjelasan ini dapat membantu. :)

      Like

  24. sudiyanto says:

    assalamu alaikum
    Utk saat sy in blum punya modem cik, niatnya bln depan klu dh dpt gaji sy nak beli modem utk laptop sy cik.
    Sy nak tanyakan, prepaid apa yg pas buat tengok youtube n tv online buat laptop sy???
    Laptoy sy DELL Inspiron windows 7.
    Mhn bantuannya cik

    Like

  25. shila says:

    Assalamualaikum…mohon pandangan
    sekarang saya langgan postpaid celcom + data plan RM28 (300mb)
    saya agak jarang buat panggilan dan SMS sebaliknya aktif whatsapp, FB dll
    saya dapati kos bil sangat tinggi (RM80 ke atas) sedangkan data plan dengan kelajuan ni agak perlahan.
    saya nak beralih kepada postpaid yg lebih bagus dari segi data plan, apa cadangan tuan?

    Like

  26. jasni says:

    Salam, saya ingin bertanya tentang plan BIS. pd masa skrg menggunakan pelan postpaid biasa 58sebulan tanpa data /internet.Adakah boleh digabungkan dgn pelan BIS prabayar celcom sekiranya sy ingin beralih kpd telefon blackberry. sekian . tq

    Like

    • W’salam. Jika Tuan menggunakan telefon BlackBerry model terkini (Z10, Z30, Q10, Q5), model-model ini tidak lagi memerlukan infrastruktur BIS secara terus dan berfungsi menggunakan pelan data standard. Maka Tuan hanya perlu menambah pelan data kepada pelan postpaid sedia ada.

      Jika Tuan menggunakan telefon BlackBerry versi terdahulu (legacy devices – menggunakan BlackBerry OS 7 dan ke bawah) maka pelan BIS perlu ada kerana sistem Internet yang berbeza.

      Berkenaan gabungan postpaid (untuk voice dan SMS) dan prepaid (untuk BIS/data), setahu saya ia tidak boleh dilakukan kerana sistem yang berbeza.

      Harap penerangan ini dapat membantu.

      Like

  27. jasni says:

    Terima kasih , lanjutan dari penerangan bahawa blackberry model terkini boleh menggunakan pelan data standard. Adakah fungsinya sama dengan menggunakan smartphone android yang jauh lebih murah dan mempunyai pilihan yang banyak? Saya dapati ramai pengguna Blackberry telah beralih kepada Androids dan iOS. Harap tuan boleh komen sikit.

    Like

    • Kelebihan BlackBerry versi ‘legacy’ adalah pada sistem datanya (BIS) yang memiliki sekuriti tinggi manakala BlackBerry model terkini menggunakan sistem data biasa. Untuk pengguna awam, sistem BIS dengan sekuriti tinggi ini tidak begitu signifikan kerana penggunaan mereka lebih kepada hiburan dan sosial. Sistem data BIS lebih relevan untuk syarikat dan kerajaan memandangkan mereka lebih banyak ‘deal’ dengan maklumat sensitif.

      Ambil perhatian bahawa BlackBerry pada asalnya tidak menumpukan segmen pengguna awam dan hanya pengguna korporat, mutakhir ini sahaja baru BlackBerry memberi perhaian kepada pengguna awam memandangkan kumpulan ini merupakan pengguna terbesar telefon pintar.

      BlackBerry model terkini menggunakan pelan data standard kerana sasaran pengguna mereka tidak lagi bertumpu kepada pengguna korporat. Berkenaan fungsi, secara teknikalkan smartphone daripada sistem iOS, Android, BlackBerry dan Windows Phone semuanya serupa daripada fungsi asas – yang membezakan setiap sistem ini adalah antaramukanya (interface) dan sokongan aplikasi (apps).

      Analogi mudah, Android adalah seumpama Windows di PC – ramai pengguna, maka banyak pembangun aplikasi akan membuat apps untuk Android. Begitu juga kesnya dengan iOS. Dari sudut sekuriti, BlackBerry masih di hadapan tetapi sokongan apps sedikit terhad berbanding Android dan iOS. Dari sudut yang lain, BlackBerry dan iOS adalah serupa kerana masing2 digunakan dalam smartphone khusus (iOS hanya utk iPhone dan BlackBerry 10 OS hanya untuk BlackBerry).

      Android pula digunakan oleh banyak pengeluar – Sony, Samsung, HTC, LG dan jenama-jenama kecil lain. Kebanjiran peranti Android inilah menyebabkan harganya rendah atas dasar persaingan. Apple dan BlackBerry boleh mengekalkan harga premium kerana tiada syarikat lain yang menggunakan iOS dan BlackBerry 10 OS.

      Ramai pengguna BlackBerry beralih kepada Android/iOS kerana mereka adalah pengguna awam, yakni menggunakan BlackBerry kerana mengikut trend dan pelan data BIS yang murah. Peralihan ini berlaku kerana Android dan iOS lebih mesra pengguna dan harga pelan data standard telah menurun dengan ketara. Walaubagaimanapun, BlackBerry masih menjadi pilihan pengguna korporat kerana sekuritinya.

      Harap penerangan ini dapat membantu.

      Like

      • jasni says:

        Salam, Terima kasih diatas huraian yg sungguh lengkap. Berikut terdapat beberapa soalan lagi:-
        1. Adakah perlu untuk telefon edisi baru ini menggunakan sistem BIS yg lama? Sekiranya menggunakan pelan standard , adakah ianya menikmati BBM dan lain2 yg ditwarkan oleh Blackberry.

        2. Bolehkan menggunkan whatsapps utk berkomunikasi dgn sistem android atau iOS

        3.Sy dapati harga Z10 jatuh merudum , adakah berbaloi membelinya?
        Terdapat juga Blackberry edisi lama 2ndhand spt Bold9900 dijual dalam lingkungan RM400-600. Yang mana satu agaknya yang terbaik untuk membuat pilihan?

        Sekian. terima kasih.

        Like

  28. adlee says:

    kepada pemilik blog yang berpengalaman dalam bidang telco ni, sy nak tanye tentang plan postpaid baru RedOne (anak syarikat celcom).. sy tgk https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1185930_680805995280932_676209405_n.jpg kt sini,bayaran bulanan RM8,so kalau sy ambil Data bundles 1GB(RM25) tu kira macam mane. so, bayaran bulannya semua RM8+RM25 ke? atau macam mane? boleh tolong jelaskan x? harap dapat membantu..

    Like

    • Salam sejahtera. RedTone secara teknikalnya bukan anak syarikat Celcom tetapi merupakan satu MVNO, dalam erti kata lain, RedTone ‘menyewa’ rangkaian Celcom untuk melaksanakan produknya. Praktis ini turut diamalkan oleh syarikat seperti TuneTalk dan XOX yang turut menyewa rangkaian Celcom, cuma dalam kes TuneTalk, Celcom mempunyai pegangan saham dalamnya (30%) dan teknikalnya merupakan syarikat berkaitan (associate company) kepada Celcom.

      Merujuk pertanyaan saudara, pakej RM8 itu bukan bermaksud bayaran bulanan RM8, tetapi bayaran minimun RM8. Maksudnya, jika saudara menggunakan kurang RM8 atau tidak menggunakan langsung dalam satu-satu bulan tersebut, RM8 tetap dikenakan tetapi jika jumlah penggunaan lebih RM8, maka yang diambilkira adalah jumlah kos keseluruhan penggunaan.

      Jika saudara mengambil pelan data RM25, makan bayaran bulanannya adalah RM25 + jumlah penggunaan selain data (call+SMS). Maka, caj minimum adalah RM25+RM8 dan saya kira ini tidak termasuk cukai kerajaan 6% sebagaimana lazimnya dikenakan kepada pelan postpaid.

      Harap penerangan ini dapat membantu.

      Like

  29. nikshahrizal says:

    salam tuan..maaf jika saya terlepas post tuan berkenaan soalan saya ni..kalau kita tukar telco celcom postpaid ke maxis prepaid, adakah kita kena pegi juga ke celcom centre untuk tamatkan postpaid atau semua tu sudah diuruskan oleh maxis? mana tau masih sampai bil celcom

    Like

    • Salam sejahtera.

      Berkenaan soalan, jika hendak melakukan MNP ke Maxis prepaid daripada Celcom postpaid, hanya perlu ke Maxis Centre dan nyatakan hasrat untuk melakukan MNP daripada Celcom. Pihak Maxis akan menguruskan proses pemindahan tersebut dengan Celcom dan jika tiada sebarang masalah dengan Celcom (seperti bayaran tertunggak dsb.), proses itu akan berjaya. Jika masih ada perkara tertunggak dengan Celcom, kemungkinan proses pemindahan itu akan mengalami masalah sehinggalah tunggakan selesai.

      Akaun dengan Celcom akan ditutup secara automatik selepas berjaya pindah ke Maxis, dan kemungkinan satu bil terakhir akan dihantar jika ada pembayaran yang belum langsai.

      Harap penerangan ini dapat membantu.

      Like

  30. Aidil says:

    Penerangan yang lengkap. t.kasih tuan.

    Like

  31. Ikki Park says:

    Salam En Faliq. Pertama sekali saya ingin memuji penulisan tuan di blog ini. Sangat-sangat berinformatif. En Faliq menerangkan secara terperinci termasuk simulasi penggunaan. Tahniah.

    Berdasarkan apa yang ditulis En Faliq, situasi saya sama seperti karakter Fifah tetapi saya hanyalah seorang pelajar yang baru menamatkan pengajian yang ingin menempuh alam pekerjaan. Disebabkan kepantasan dunia digital dan kenaikan kos sara hidup menyebabkan telefon pintar menjadi satu yang penting walaupun terpaksa utamakan melanggan pelan data dari membeli makanan.Penggunaan data hanyalah pada Facebook, Whatsapp dan WeChat. Panggilan keluar kurang 150 panggilan sebulan. Apapun Celcom memberikan kepuasan bagi saya.

    Sebelum ini, saya memakai telefon Blackberry. Sedia maklum sahaja Blackberry tidaklah memberi kepuasan setanding menggunakan telefon pintar Android ataupun iOS dari segi capaian data juga aplikasinya. Walaupun begitu, RM25 pelan BIS amatlah berguna. Alhamdulillah, akhirnya saya mampu membeli Samsung Note 3 hasil yang dikumpul sekian lama.

    Pada pandangan En Faliq, apakah pelan pacsabayar yang disyorkan pada saya untuk telefon pintar Samsung Note 3. Penggunaan saya hanyalah pada aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp. WeChat, Google Drive dan juga penggunaan emel.

    Saya tertarik kepada pelan Umi 38 dari U-Mobile. Pada saya itu sudah mencukupi dalam penggunaan data saya. Tetapi saya ada mendengar capaian U-Mobile kurang memuaskan. Celcom pula tidak menyediakan pelan data bulanan.

    Jadi, yang mana harus saya pilih?

    Like

    • W’salam saudara.

      Pertamanya, terima kasih kerana mendapat manfaat daripada artikel yang dikongsikan, dan saya akan cuba memperbaiki dan mempelbagaikan artikel seumpamanya di masa-masa akan datang, Insya Allah.

      Berkenaan dengan pertanyaan saudara, jika dimaksudkan dengan pelan pascabayar (postpaid), secara peribadi saya melihat setiap operator menawarkan pelan pascabayar yang hampir serupa, dan kos langganannya juga tidak jauh berbeza. Yang membezakannya, sebagaimana telahan saudara, adalah kualiti servis termasuklah daripada sudut liputan dan kualiti data.

      Berkenaan U-Mobile, saya akui pelannya lebih memberi fokus kepada data kerana operator ini faham bahawa pola penggunaan telefon bimbit telah berpindah daripada ‘voice-based’ kepada ‘data-based’. Maka U-Mobile memberikan penekanan kepada data di samping pada masa yang sama memberikan tawaran yang tidak kurang menarik untuk panggilan dan permesejan SMS. Jika saudara telah membuat kajian dan mendapati pola penggunaan saudara setara dengan pelan U Mobile yang disebutkan, tidak ada masalah untuk saudara beralih ke U-Mobile.

      Berkenaan capaian, U-Mobile telah mengadakan perkongsian strategik dengan pihak Maxis di mana pengguna U-Mobile akan berkelana (roaming) ke rangkaian Maxis secara automatik apabila tiada liputan U-Mobile. Perkelanaan ini termasuklah untuk akses data sehingga kualiti HSPA+. Maka secara teorinya, isu capaian bukan perkara pokok kerana liputan data Maxis adalah antara yang terbaik termasuklah kualitinya.

      Untuk pengetahuan saudara, Celcom ada menyediakan pelan data bulanan untuk pascabayar dan prabayar. Untuk prabayar, pelan data bulanan adalah RM38 dengan kuota 1GB, termasuk akses ke 4G LTE. Setakat komen ini ditulis, hanya Celcom dan U-Mobile menawarkan akses 4G LTE untuk pelan prabayar.

      Harap penjelasan ini dapat membantu.

      Like

  32. cellecom says:

    Wow !! dah dua ribu empet bleach. heheheh

    Like

  33. rogayah bt roli says:

    assalammualaikum ….saya ada mengguna kan celcom broadband tapi di kawasan tempat saya tinggal ni line celcom agak slow …..bila saya layari internet kadang2 disconnect …..ramai yg kata sini line digi ajer yg elok dan laju internet nyer …..saya nk tanya adakah patut saya tukar plan internet saya …..sekarang saya guna celcom rm 50 sebln ……sbb sini line u-mobile ,maxis, p1 pun sama gak ……slow ….berbaloi ker saya tukar plan digi dan klu boleh saya yg bayar bln2 pakai bil ….dan ader kouto x plan digi ni ……harap dpt membantu …..

    Like

  34. amin says:

    Alkm tuan, sy pengguna android ace 4.1.1 & wife android 4.2.2 jenama malaysia wind pd pandangan tuan plan internet prepaid sykt telco mana lebih murah kerana kami sering menggunakan media sosial / sms & call. Apa perbezaan & kelebihan android / blackberry dengan sistem dlm smartphone jenama lain di pasaran? TQ

    Like

  35. fatahrokbi says:

    Tuan, sedikit pengiraan yang salah dalam ‘panggilan’ untuk hotlink. 510 sepatutnya 150 minit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan Hotlink lebih rendah berbanding Xpax.

    Like

  36. musmel says:

    saya pelanggan umobile(postpaid)…sy bayar RM28 tuk 2GB..berbaloi x?

    Like

  37. zeera says:

    As salam..en sy nk tnye..skrg sy mgunakan intenet bulan prepaid celcom rm38 sebulan,masalhnye bile last2 bulan internet dah mule slow..sy bercadang untuk bertukar ke postpaid celcom..pada pendapat en adakat sy membuat keputusan yg betol..mohon pencerahan

    Like

  38. anny says:

    bagaimana pula dengan celcom satu malaysia? apakah kebaikan plan ini?

    Like

  39. technichies says:

    BOLEH TOLONG REVIEW BALIK TAK UNTUK PLAN PRABAYAR YANG TERLATEST PLAK… PLAN2 TU CEPAT BERTUKARLA…

    Like

  40. yatt says:

    salam……Sy ade terdengar plan termurah postpaid thun 2014 nie…RedOne.apakah pndapat en tentang RedOne?

    Like

  41. Yati says:

    Assalamualaikum saudara tuan punya blog..
    Terima kasih kerana memulis mengenai telco, banyak membantu. Tapi saya masih ingin bertanya.. sebelum ini saya pakai subline celcom 1+5 tapi sudah tukar kepada main line sebab kadar panggilan ke no bkn 1+5 sgt mahal. Main line celcom saya ambil plan panggilan rm80 dan data 3g. Saya banyak guna media sosial dan apps whatsapp, telegram, sentiasa menggunakan emel utk kerja, sesekali guna youtube utk anak. Selalu dapat msg celcom bgtau penggunaan dh cecah 90%, kalau lebih akan caj 10sen/kb, bil bulanan memang sentiasa lebih dari yg dilanggan. Ada kawan promote tunetalk tone excel tapi saya kurang minat dgn prepaid. Namun terfikir juga lebih jimat pakai prepaid sbb kita bayar apa yg kita guna berbanding postpaid sblm ini yang kena bayar jumlah sama walaupun penggunaan tak maksimum. Apa pendapat tuan, apa telco terbaik utk prepaid atau postpaid berdasarkan kegunaan saya? Terima kasih tuan..

    Like

  42. Shidi says:

    Assalammualaikum… saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menwujudkan blog yang caintik dan detail dan disebabkan iutu saya sangat teraju untuk tompang iklan di blog ini boleh tak tuan email saya di Sebatu81@yahoo.com untuk share info … harap tuan sudi berkerjasama dengan saya

    Like

    • W’salam Tuan.

      Saya berbesar hati dengan hasrat Tuan untuk beriklan di blog saya, walau bagaimanapun, buat masa ini saya tidak berniat untuk memaparkan iklan di blog ini kerana niat saya adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan dengan para pelawat dan bukan untuk ‘monetize’.

      Insya Allah jika di masa hadapan saya berminat untuk menerima iklan, saya akan maklumkan kepada umum.

      Diharap penerangan ini dapat membantu.

      Like

  43. kerol says:

    Assalamualaikum Tuan Audi,

    Memang terbaik artikel ni.
    Boleh tak buat ulasan perbandingan kadar panggilan seperti artikel ini
    tapi dengan penambahan telco TuneTalk, OneOX dan yang lain.

    Terima kasih.

    Like

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s