Cina Penipu!


Sekadar gambar hiasan.

Sekadar gambar hiasan.

Terkejut? Gosok mata anda sekali lagi. Betul, anda tidak tersilap membaca tajuk artikel ini. Itulah yang saya maksudkan.

Mungkin ada di kalangan para pembaca yang sudah mula mahu melabel saya sebagai rasis, cuba membuat onar, pencetus provokasi dan sebagainya dengan HANYA bersandarkan kepada tajuk artikel ini. Tambahan pula, sekarang ini merupakan waktu ‘panas’ kerana di Malaysia kita sudah menghampiri Pilihan Raya Ke-13.

Sebelum ada yang mahu menyaman saya, baca sehingga habis dahulu artikel ini, jangan ditafsir separuh-separuh.

Sekilas pandang, tajuk tersebut sememangnya membuka mata, dan sudah tentu, anda mahu saya memberikan bukti dan penghujahan berkenaan ‘tuduhan’ saya ini. Baiklah, izinkan saya memulakan hujah.

Menipu & Mengajar

Pertamanya, apa yang saya sebutkan pada tajuk artikel ini adalah tidak ada kena-mengena langsung dengan isu politik semasa. Jadi, diharapkan tiada pihak yang akan mengambil tajuk atau isi artikel ini untuk dijadikan senjata politik, dan jika anda ambil juga, itu adalah atas risiko anda dan saya tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku (rujuk: Penafian/Disclaimer).

Tajuk artikel ini sebenarnya saya rujuk daripada satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat. Saya ‘terserempak’ dengan kajian ini ketika sedang membaca beberapa artikel di laman web Forbes Online. Untuk makluman para pembaca, Forbes Online adalah edisi internet untuk majalah Forbes yang merupakan majalah berkenaan dunia perniagaan. Lazimnya, majalah ini dikenali kerana ‘senarai orang terkaya’ yang dikeluarkannya saban tahun.

Tajuk artikel tersebut adalah Study Finds Chinese Parents Lie More Often To Their Kids. Bunyinya sememangnya agak provokatif, kerana ia menjurus kepada satu kelompok bangsa tertentu. Di Malaysia, mungkin akan mengundang tunjuk perasaan atau saman. Tetapi apa yang dimaksudkan oleh kajian/artikel tersebut bukanlah ‘menipu’ daripada maksud lahiriah (literal) tetapi ia satu ‘perumpamaan’.

Untuk pemahaman yang lebih jelas, saya lampirkan petikan daripada artikel tersebut. Saya kekalkan dalam Bahasa Inggeris untuk mengelakkan kesalahan maksud;

New research confirms something that some of us have known all along: Chinese parents lie.

We’re not talking about little white lies—harmless and tactful untruths to make kids feel better about themselves—like when a child accidentally drops a dish: “It’s not your fault the plate broke. It broke because it was too old.”

We’re talking about scar-you-for-life whoppers like “Finish all your food or you’ll grow up to be short,” “If you don’t follow me, a kidnapper will come to kidnap you while I’m gone” or “If you don’t behave, I will call the police.”

OK, jadi ‘menipu’ dalam konteks artikel ini bermaksud ibu bapa Cina memberi kenyataan yang tidak berasas kepada anak-anak mereka bagi tujuan mengajar. Kenyataan bersifat menakutkan dan mengugut ini digunakan hampir 98% ibu bapa Cina kepada anak-anak mereka.

Melayu Pun Sama!

Kajian tersebut dijalankan di Amerika Syarikat oleh orang Barat, dan di Amerika Syarikat, populasi bangsa Cina adalah amat signifikan. Para pengkaji Barat sememangnya ingin mengkaji dan mengetahui bagaimana bangsa Cina ini mendidik anak-anak mereka sehingga boleh bertahan di dunia serba mencabar ini, dan mengikut artikel tersebut, cara ‘menipu’ dan ‘mengugut’ anak dengan kenyataan tidak berasas dan tidak masuk akal adalah salah satu caranya.

Disebutkan di dalam artikel tersebut bersama salah satu komen daripada responden,

Far from fibs, Chinese parents go beyond wild exaggerations to blatant manipulative fabrications designed to get kids to do what they (the parents) want. And if that means scaring the bejesus out of their kids, so be it.

One Chinese parent from the study justified lying by saying, “When teaching children, it is okay to use well-intentioned lies. It can promote positive development and prevent your child from going astray.”

To be sure, American parents lie as well. But not anywhere near the extent of their Chinese counterparts.

Nanti sekejap, bukankah ibu bapa Melayu juga menggunakan teknik yang sama?

Ada di kalangan kita semasa kecil (dan mungkin sehingga dewasa juga) ‘didoktrinkan’ dengan kenyataan-kenyataan berikut daripada ibu bapa kita,

“Jangan duduk atas bantal, nanti bontot (punggung) bisul!”

“Jangan bernyanyi di dapur, nanti dapat suami tua!”

“Jangan ketip kuku waktu malam, nanti diganggu harimau!”

“Jangan beralih tempat makan, nanti kahwin banyak!” (macam best jer? Hahaha…)

“Jangan tujuk pelangi, nanti jari kudung!”

“Jangan…”

“Jangan…”

etc.

Kenyataan-kenyataan yang disebutkan di atas (sekadar beberapa contoh) sememangnya tidak logik dan tiada asas, tetapi kita sebagai anak akan mematuhinya apabila disebut oleh ibu bapa kita. Terang-terangan menipu bukan? Tetapi itu salah satu cara didikan oleh ibu bapa Melayu, bagi tujuan mengajar anak-anak mereka agar tidak membuat sesuatu perkara yang menyalahi kesantunan atau membahayakan diri.

Bagi pengkaji Barat, cara ini memang penipuan secara halus, dan dikatakan oleh mereka bahawa teknik ini akan membawa kesan tidak baik kepada minda anak-anak. Tetapi saya pasti, tidak ada kes di mana anak-anak ini percaya 100% dengan kenyataan-kenyataan tersebut.

Teknik ‘menipu halus’ ini ada kebaikan dan juga keburukannya, bergantung kepada sudut pemahaman dan penerimaan seseorang tersebut. Tetapi saya sebagai seorang anak Melayu, saya tidak merasakan saya ditipu bulat-bulat, kerana saya tahu kenyataan tersebut memang tidak logik dan dikeluarkan bagi maksud menegah secara berhemah.

Saya pasti para pembaca tidak kira Melayu, Cina dan India pernah melaluinya bukan? Adakah kita menganggap ibu bapa kita menipu dan mengugut?

Orang Melayu (dan bangsa di Asia secara umumnya) terkenal dengan kesantunannya menegur secara berhemah.

Orang Barat lazimnya ‘direct’ dalam lisan, tetapi santun dalam penulisan.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Artikel penuh di Forbes Online tersebut boleh dibaca di sini.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu, Motivational and tagged , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s