‘Log-In’ Facebook Dengan Lebih Mudah


Artikel ini amat ringkas, tiada cerita politik, tiada ayat berjela-jela. Sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca sekalian, berkenaan bagaimana untuk log-in dalam akaun Facebook anda dengan cara yang lebih menyenangkan.

Lazimnya, majoriti pengguna Facebook yang saya tahu akan menaip alamat e-mel yang telah didaftarkan dan kata laluan mereka untuk log-in, seperti di bawah ini,

Alamat E-Mel Digunakan Untuk Log-In

Alamat E-Mel Digunakan Untuk Log-In

Log-in menggunakan e-mel adalah cara tradisional, dan sememangnya bukan satu masalah besar. Tetapi untuk mereka yang mungkin terlupa alamat e-mel mereka yang lengkap, atau alamat e-mel mereka amatlah berjela-jela panjangnya sehingga tak menang tangan untuk menaip, ada cara yang lebih ringkas sebenarnya, iaitu menggunakan ‘User Name’ Facebook anda.

Apakah User Name itu? User Name itu adalah nama yang telah anda tetapkan dalan Settings dan terpapar pada alamat URL anda, seperti ini,

User Name Untuk Akaun Ini Adalah 'audifaliq'

User Name Untuk Akaun Ini Adalah ‘audifaliq’

Berdasarkan rajah di atas, ‘audifaliq’ adalah User Name untuk akaun Facebook ini. Maka anda boleh log-in ke dalam akaun FB menggunakan User Name tersebut menggantikan alamat e-mel anda sebagaimana berikut,

Log-In Menggunakan User Name

Log-In Menggunakan User Name

Tidak percaya? Anda cubalah sendiri! Saya pasti untuk sebahagian daripada kita, cara ini lebih memudahkan. Jika anda belum lagi menetapkan User Name anda, boleh berbuat demikian di bahagian ‘General Settings’

Penetapan User Name Di Bahagian 'General Settings'

Penetapan User Name Di Bahagian ‘General Settings’

Ingat, User Name ini hanya boleh diubah sekali sahaja. Jadi pilih betul-betul!

This entry was posted in Bahasa Melayu, Computers & Internet and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s