Reaffirmation / Semangat Baharu



Special Statement – Reaffirmation

Dearest readers,

Praise to Allah S.W.T, I have completed the ‘transition’ of this blog. I initiated the changes due to several circumstances and instances that happened to my life very recently, in which I admit, I was in grieving mood for almost a week. Now I have gotten my (most) strength and looking forward to a better, brighter prospect and future.

The changes are more on the content part as I have removed and rewrote some paragraph in some pages that refers to my (grieving) past. I decided to change the background to a simpler, easier to the eye (carbon fibre pattern) in contrast to previous background (classy leather) which already get ‘aged’. Layout and placement of elements (sidebar, etc.) are the same because I believe readers whom frequently visited this blog are already familiar with it.

The bold move is of course, the change of this blog’s name from TOK PENGHULU to simply my full name – AUDI FALIQ IBRAHIM. While TOK PENGHULU is indeed hold a very special meaning and memories, but the name also refers to my ‘lamentable’ memories, in which I want to remember less. Therefore, this ‘new’ name will denote my commitment to move forward and fold those memories deep inside my heart. WE CAN’T ERASE OUR PAST, BUT WE CAN DRAW OUR FUTURE.

Allah’s willing, I will start to write a new article soon, pending ideas and inspirations to come. In the meantime, I want to share the above song which I extracted from YouTube – Istana Menanti by Rahim Maarof. The reason I choose this song because it more or less summarized my current feeling and state of mind. We could try, but we have to accept the consequence(s) and prepared to move on and who knows, in the future?

About my Facebook, yes, I deactivated it due to personal reason. I am sorry for friends and family whom realized my ‘disapperance’ from the network but less assured, I will reactivate it very very soon. A few weeks prior were the most challenging for me and I need space to reaffirm myself.

Thank you.

AUDI FALIQ BIN IBRAHIM
Petaling Jaya, 24 June 2013


Kenyataan Khas – Semangat Baharu

Kepada para pembaca yang dihormati,

Alhamdulillah, saya telah menyempurnakan proses ‘transisi’ blog ini. Saya melaksanakan perubahan ini kerana beberapa sebab dan akibat yang berlaku pada diri saya baru-baru ini, di mana saya akui, membuat saya bersedih dan meratap selama hampir seminggu. Sekarang ini saya telah mendapat semula (hampir semua) kekuatan diri dan bersedia untuk masa depan yang lebih baik, cerah dan cemerlang.

Perubahan yang dilakukan pada blog ini adalah lebih kepada isi kandungan di mana saya telah menulis semula dan membuang beberapa perenggan dan ayat yang merujuk kepada ‘kisah silam’ saya. Saya turut menukar latar belakang blog ini kepada corak ‘carbon fibre’ yang lebih mudah dan mesra mata berbanding corak ‘classy leather’ yang sudah menunjukkan usianya. Susun atur elemen-elemen dikekalkan sebagaimana asal kerana para pembaca sudah biasa dengannya.

Perubahan terbesar semestinya pada nama blog ini, di mana saya menukarnya daripada TOK PENGHULU kepada nama penuh saya – AUDI FALIQ IBRAHIM. Tidak dinafikan TOK PENGHULU itu mempunyai nilai sentimental dan makna tersendiri, tetapi nama itu juga secara tidak langsung merujuk kepada kisah sedih saya yang telah berlalu, yang saya tidak mahu ingati dengan kerap. Maka, nama ‘baru’ ini menguatkan iltizam saya untuk meneruskan kehidupan dan memori lama dilipat kemas di dalam hati. KITA TIDAK BOLEH MEMADAM KISAH SILAM, TETAPI KITA BOLEH MERANCANG MASA DEPAN.

Insya Allah, saya akan mula menulis semula sedikit masa lagi, bergantung kepada idea dan inspirasi. Buat masa ini, saya ingin berkongsi dengan anda, lagu di atas yang diambil dari YouTube – Istana Menanti nyanyian Rahim Maarof. Sebab saya berkongsi lagu ini dengan anda kerana ia sedikit sebanyak menggambarkan perasaan saya pada ketika ini. Kita boleh mencuba, tetapi pada masa yang sama kita harus menerima akibatnya dan bersedia untuk meneruskan kehidupan dan siapa tahu, masa depan?

Berkenaan Facebook, benar, saya menutupnya buat sementara atas sebab peribadi. Saya memohon maaf kepada rakan dan taulan yang menyedari ‘kehilangan’ saya dan saya memberi jaminan, saya akan mengaktifkan semula tidak berapa lama lagi. Minggu-minggu yang sudah adalah amat mencabar dan saya memerlukan ruang untuk membina keyakinan diri.

Sekian, terima kasih.

AUDI FALIQ BIN IBRAHIM
Petaling Jaya, 24 Jun 2013

This entry was posted in Bahasa Melayu, English, Official Statement. Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s