Re-Post : Tadbir Mengukir Takdir


Time Based

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan pembaca yang saya hormati. Artikel ini sebenarnya bukanlah artikel per se, tetapi merupakan satu re-post kepada satu artikel yang saya rasa amat menarik untuk sama-sama kita baca dan hayati maksudnya. Artikel yang saya maksudkan ini adalah Khutbah Jumaat yang disampaikan pada 21 Jun 2013 yang lepas dan disediakan oleh JAWI. Walaupun khutbah bukanlah perkara asing bagi kaum Muslimin, tetapi saya tertarik dengan tajuk dan isi khutbah ini.

Tajuk khutbah yang dimaksudkan adalah Tadbir Mengukir Takdir.

Ia menarik perhatian saya kerana khutbah ini menerangkan konsep takdir yang sering disalah erti oleh sebilangan masyarakat kita sehingga tercetusnya isu malas berusaha, tidak mahu berubah dan sebagainya. Saya petik satu perenggan daripada teks Khutbah Jumaat tersebut yang bagi saya amat menarik;

Kita diberi ruang yang selesa untuk berusaha mencorak sesuatu keadaan sebelum ia terjadi. Bahkan kita juga belum diberitahu takdir yang bagaimanakah untuk kita, selagi mana ia belum terjadi. Justeru, mengapa kita berserah pada takdir yang buruk tanpa berusaha pada perkara yang kita sendiri belum pasti? Mengapa kita merajuk dan mengalah tanpa mengatur langkah mencorak takdir yang kita hajati?

Untuk teks penuh, pada pembaca boleh klik di sini untuk muat turun (format PDF, ~270Kb). Selamat membaca dan semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya. Insya Allah.

This entry was posted in Bahasa Melayu, Lifestyle & Social, Motivational and tagged , , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s