Menyemai Kasih, Mengukuh Ukhwah, Mencetus Cinta, Menaut Kenangan


20130930 Article

KASIH dan UKHWAH. Dua perkataan ini berbeza ejaannya tetapi senada maknanya. Dua perkataan ini saling melengkapi dan melahirkan perasaan. Daripada UKHWAH lahirlah KASIH. Daripada KASIH lahirlah UKHWAH.

KASIH itu merupakan fitrah atau naluri semulajadi setiap insan. KASIH itu diciptakan sedemikian rupa supaya ia menjadi mekar dan hebat apabila dikongsi dengan insan-insan yang lain. Apabila dikongsi, akan terbuka dan terdetik satu pintu di dalam hati yang akan melahirkan kebahagiaan dan ketenangan. KASIH itu boleh dilahirkan secara bersendirian, tetapi impaknya lebih berkesan apabila dikongsi bersama.

UKHWAH itu kesatuan. Kesatuan itu adalah integrasi murni insan-insan yang berkongsi satu objektif yang serupa, ataupun hanya ingin melahirkan keinginan bersama dalam melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat. UKHWAH lahir daripada kasih dan sayang. UKHWAH tidak akan wujud jika tiada kasih dan sayang. UKHWAH menuntut kesatuan hati dan keutuhan maksud dan tujuan.

Melahirkan KASIH dan UKHWAH itu ada pelbagai cara. Pokok pangkalnya ia perlu dikongsi dan dibicara bersama-sama. Sama ada berdua, bertiga, dalam kumpulan, dalam organisasi, dalam masyarakat. Sukar melahirkan KASIH dan UKHWAH jika ia berseorangan. Fitrah kita menuntut pihak lain untuk sama berkongsi suka dan duka.

Ketenangan dan kebahagiaan pasti lahir apabila KASIH dan UKHWAH ini berjaya dicetuskan dengan jayanya. Satu rasa kepuasan apabila melihat senyum tawa insan-insan yang kita kongsi rasa hati mereka. Berkongsi KASIH dan UKHWAH ini memberi kita pengalaman dan ilmu yang berharga kerana perjalanan hidup setiap daripada kita adalah berlainan. Ilmu dan pengalaman yang dikongsi itu tidak boleh dicari ganti.

KASIH dan UKHWAH seterusnya akan melahirkan CINTA. CINTA bukan setakat kepada pasangan, keluarga, masyarakat tetapi juga kepada Allah S.W.T. selaku Maha Pencipta. Perasaan CINTA ini yang akan mengukuhkan ikatan KASIH dan UKHWAH selagi keikhlasan dan kejujuran menjadi titik penyambung persahabatan.

Akhirul-kalam, KASIH, UKHWAH dan CINTA ini akan melahirkan KENANGAN. KENANGAN yang bertaut tidak akan luput dan padam jika ia diisi dengan memori indah mahupun pahit, kerana setiap yang tersurat dan tersirat itu adalah takdir yang terbaik untuk diri kita. Teruskan perjalanan hidup dengan penuh istiqamah dan keyakinan atas setiap suratan mahupun kebetulan.

– – – – – – –

NOTA : Artikel ini adalah satu ‘tribute’ tidak langsung kepada team pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pengurusan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang telah menjayakan Program Semaian Kasih Tautan Ukhwah II di Asrama Kasih YBK Gesir dan Pasir Puteh Resort, Kalumpang. Berita program ini boleh dibaca di sini dan di sini.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu, Motivational and tagged , . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s