Pengakhiran


EndSign

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, cuma yang membezakannya adalah adakah pengakhiran tersebut merupakan pengakhiran yang bermakna dan menggembirakan, atau, pengakhiran itu merupakan sesuatu yang menyakitkan dan mendukacitakan?

Saya ada menulis sedikit coretan berkenaan ‘pengakhiran’ di laman Facebook, dan coretan ini merujuk kepada rentetan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku. Sesungguhnya apa jua pengakhiran yang telah ditakdirkan kepada kita, mempunyai sebab dan hikmah untuk kita pelajari. Pengakhiran yang menggembirakan merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri, manakala pengakhiran yang (mungkin) menyedihkan merupakan ujian yang harus dijalani.

Tahun 2013 ini makin menghampiri pengakhirannya. Suka atau duka, manis atau pahit, semuanya adalah pelajaran untuk kita mengenali erti hidup, menghargai, dan mensyukuri segala-gala yang kita miliki dan yang terpaksa kita lepaskan pergi.

Saya lampirkan di bawah ini demi manfaat dan renungan bersama.

Pengakhiran.

Setiap sesuatu yang bermula pasti akan menemui titik penamat bila tiba masanya, dan yang membezakan setiap penamat itu sama ada ia akan berakhir dengan baik atau sebaliknya.

Semua mengimpikan pengakhiran yang baik, membahagiakan, menceriakan dan tiada siapa yang inginkan pengakhiran yang mendukacitakan, merungsingkan dan memberi tekanan.

Sesungguhnya kita telah melaksanakan usaha daya agar setiap pengakhiran itu dinoktahkan dengan kehormatan, tetapi kadang-kala atas beberapa insiden di luar kawalan, pengakhiran itu menjadi sesuatu yang menghancurkan harapan dan membunuh impian.

Atas dasar itu, tabahlah dengan apa jua kemungkinan, dan apabila pengakhirannya tiba dan ditakdirkan ia tidak berpihak kepada kita, anggaplah itu satu ujian, pelajaran, dan mungkin juga, jalan keluar yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk kita meneroka peluang dan rezeki yang terbentang luas di luar sana. Yang pasti, legasi kita akan kekal terpahat di dalam lipatan sejarah dan hati insan/kumpulan itu tanpa dapat dipadam lagi.

Ingatlah, apa jua yang dinikmati oleh insan/kumpulan tersebut pada hari ini dan masa akan datang sedikit sebanyak adalah hasil usaha kita dalam membina asas-asasnya. Berbanggalah atas kebahagiaan dan kesenangan mereka kerana kita yang membawa mereka ke tahap tersebut walaupun siapalah diri kita pada masa ini, dan jangan sesekali mendoakan kecelakaan kepada mereka. Siapalah kita untuk mengadili mereka dan serahkan kepada Allah S.W.T. untuk memberikan balasannya.

Akhiri dengan doa agar kita dan mereka sentiasa dalam rahmat dan keampunanNya, sehingga pengakhiran yang sebenar-benarnya, yakni mati, menjemput diri. Amin.

This entry was posted in Anecdote, Bahasa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s